6 Perkara Yang Perempuan Tidak Tahu! Yang Paling Penting No. 1!

0
1

6 Perkara Yang Perempuan Tidak Tahu! Yang Paling Penting No. 1! Ramai perempuan ingat yang dia sudah benar-benar kenal dengan lelaki di sisi mereka. Sebenarnya, ada lagi di sebalik sifat lelaki yang tidak diketahui. Jom kita bongkar dan baca tentang rahsia lelaki.

 

1. Mahu isteri yang bersifat keibuan

Selalu kita dengar lelaki suka perempuan cantik. Pantang nampak perempuan dahi licin, mata tidak berkelip. Namun sebaliknya, perempuan cantik dan seksi itu bukan pilihan utama lelaki itu untuk dijadikan suri rumah. Lelaki biasanya tidak terpikat terhadap wanita disebabkan mereka cantik. Namun, mereka lebih mudah terpikat terhadap personaliti dan ketrampilan seseorang perempuan itu. Kadang-kadang, cantik dalaman itu lebih penting bagi mereka.

2. Tidak ‘call’ bukan bermakna tidak sayang

Lelaki tidak suka kalau ‘awek’ atau isteri asyik SMS atau ‘call’ dia. Kadang-kadang, bukannya lelaki tidak baca SMS atau tidak perasan ‘miss call’, mereka sengaja biarkan sahaja. Itu bukan bermakna mereka tidak peduli. Lelaki hanya mahukan ruang peribadi untuk diri sendiri. Lelaki akan cepat rasa rimas bila perempuan mahukan perhatian sepanjang masa.

3. Tanya soalan yang sama

“Tengah buat apa tu?”, “Dah makan ke?”. Nampak pelik kan? Tapi itu ialah merupakan soalan paling kerap ditanya lelaki ketika mereka menelefon seorang wanita. Masa bercinta boleh cakap lama-lama. Lepas beristeri, 30 saat pun sudah di kira lama.

4. Masih Ingat Pada Isteri atau Kekasih

Lelaki akan sentiasa sibuk dengan pekerjaan mereka sepanjang hari. Namun percayalah, sebelum tidur pasti mereka akan memikirkan mengenai wanita yang mereka benar-benar sayang. Jika telah beristeri sekalipun, walaupun baring di sebelah berkongsi bantal, lelaki akan memikirkan tentang insan tersayang.

5. Utamakan kekasih, isteri, anak-anak

Apabila lelaki benar-benar sayang terhadap seorang wanita, mereka akan mengabaikan semua perbuatan dan sifat negatif yang ada pada wanita tersebut. Orang kata, bila hati sudah buta, semuanya dia percaya. Apabila berkeluarga, bapa atau suami akan mengutamakan yang lain. Diri sendiri tidak penting. Asalkan ‘family happy’, mereka pun ‘happy’.

6. ‘Cair’ atau ‘Malu’ dengan senyuman wanita

Tidak kira bila-bila wanita memberikan senyuman manis pada seorang lelaki, terutama sekali orang yang tidak dikenali, hati mereka akan menjadi tidak keruan. Ia mungkin adalah signal yang lain. Ia boleh jadi dua perkara, “Hensem sangat ke aku hari ni?” atau “Eh, aku tak zip seluar lagi ke hari ni?”.

Tanda Anda Seorang Yang Pentingkan Diri Sendiri! Betul Ke?

Lebih parah apabila kejahilan itu sebenarnya berlaku tanpa sedar. Sifat berat sebelah atau mementingkan diri sendiri ini boleh berlaku dalam pelbagai keadaan sama ada di dalam perhubungan bersama pasangan, antara diri dan keluarga bahkan terhadap orang lain.

1. Sukar Berkorban Demi Orang Lain

Yang ini memang tidak adil. hendak orang bersusah-susah untuk dirinya tetapi liat sungguh berkorban untuk orang lain. Sebagai contoh dalam percintaan, anda marah-marah mahu si dia luangkan masa dengan anda, tetapi waktu dia memerlukan semangat dari anda, entah ke mana anda menghilangkan.

2. Hanya Fikirkan Diri

Jika anda hanya memikirkan tentang diri sendiri dalam apa situasi sekalipun tanpa mengambil kira perihal orang lain, sah anda sebenarnya jenis pentingkan diri. Ingat, ‘keutamaan’ tidak selalunya perlu diberikan kepada diri sendiri. Jika anda sejenis manusia yang memiliki hati mulia seperti Snow White, sudah tentu anda akan meminjamkan keutamaan itu pada orang lain, lebih-lebih lagi buat si dia dan kaum keluarga tersayang.

3. Tidak Memikirkan Kesan

Sesetengah tindakan anda mungkin telah memberi kesan buruk terhadap orang lain, itu adalah perkara paling mustahak untuk diambil kira sebenarnya tahu? Jika ia memberi impak yang menjejaskan buat individu lain dan anda tidak pernah mempedulikannya, anda memang jenis keras hati dan sangat mementingkan diri.

4. Tidak Tahu Berterima Kasih

Biarpun sedikit pengorbanan yang dilakukan orang itu untuk anda, itu tetap dikira pengorbanan menandakan dia benar-benar mengambil berat dan sayangkan anda. Tetapi, jika anda jenis yang tak tahu malu, tak tahu berterima kasih mahupun menunjukan penghargaan buat si dia, anda memang sengaja cari nahas dna boleh dilabel sebagai SELFISH!

5. Suka Sangat Mengawal & Mengarah

Orang yang suka mengawal adalah mereka yang mahu kehendaknya sahaja dipenuhi. Dalam masa yang sama akan ‘menggunakan’ orang lain untuk mencapai kemahuannya itu.

6. Suka Memanipulasi

Sebab anda rasa anda dah cukup bagus, cukup baik, cukup sempurna daripada orang lain, walhal? Suka sangat meracun fikiran orang untuk bertindak mengikut cara anda kerana anda rasa anda sahaja yang betul dalam satu-satu hal. Tapi itu bukan bijak namanya, itu pentingkan diri.

7. Memiliki Tahap Ego

Angkuh dan gemar membangga diri dengan apa yang anda ada serta status diri yang popular itu sedikit sebanyak telah menunjukkan anda selfish. Lebih parah jika anda rasa, andalah yang paling mulia berbanding orang lain yang anda anggap ‘biasa-biasa’ itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here