6 Syurga Coklat Di Kuala Lumpur Mesti Pergi!

0
5

6 Syurga Coklat Di Kuala Lumpur Mesti Pergi! Kebisaan, perempuan mempunyai selera lebih besar berbanding lelaki. Selera berganti selera setiapa hari dan bila sampi mood hendak datang bulan, kita mesti teringin hendak makan macam-macam terutamanya manisan atau snek yang bersalut coklat dan sebagainya.

BACA: 5 Hotel Murah Di Langkawi Bawah RM200 Semalam Yang Cantik & Selesa!

Tetapi di manakah restoran tepat yang menghidangkan sajian berupa coklat? Ini Wanista senaraikan enam syurga coklat menarik yang boleh anda pergi sekitar Kuala Lumpur!

1. The Dark Gallery Chocolate Boutique Cafe

Semuanya berperisa coklat gelap! Seperti yang kita semua tahu, coklat gelap memang banyak khasiatnya untuk kesihatan, jadi apabila anda makan hidangan bercoklat disini… tak perlulah rasa bersalah sangat ye?

Selain hidangan dalam bentuk coklat, ada juga roi bakar berinti coklat, tart, biskut, ais krim coklat, minuman coklat dan banyak lagi! 

Boleh cuba sendiri lebih-lebih lagi ketika mood anda tengah murung. Lepas makan di sini confirmterus happy!

2. Molten Chocolate Cafe

Sebelum ini Molten ChocolateCafe hanya ada di Dataran Pahlawan Melaka tetapi yang terkini, jenama kafe coklat ini sudah mengembangkan sayap dnegan membuka cawangan seterusnya di gedung membeli-belah MyTown, Cheras.

Di sini terdapat pelbagai jenis waffle enak yang disalut coklat berkelas manakala minuman berperisa coklatnya juga sedap berkrim. Khusus untuk golongan yang benar-benar mencintai manisan coklat! Oh ya, di UpTown Damansara pun ada cawnagan Molten Chocolate Cafe ni.

3. Schokolart, Solaris Mont Kiara

 

Okay, ini bukanlah kafe yang menghidangakan coklat semata-mata tetapi ia adalah restoran yang menghidangkan sajian inspirasi coklat. Jadi, siap sedia untuk rasa teruja bila menikmati menu-menu utama disini kerana setiap satunya mempunyai rasa coklat tersendiri. Biarpun hidangan yang anda makan adalah hidangan berbentuk protein seperti ayam atau ikan!

4. Salon Du Chocolat

Inginkan suatu kelainan, di sini anda boleh cuba merasa manisan yang disira dengan gabungan coklat serta kelopak bunga! Rasa coklat yang digabung dengan buah-buahan segar pun apa kurangnya kan? Kalau nak tahu macam mana sedapnya rasa sajian coklat di sini kena pergi sendiri!

5. Cocoa Boutique Matic

Butik coklat terbesar di Malaysia, jika anda pengemar coklat dan teringin mengetahui sejarah coklat di Malaysia… Ha, inilah tempat paling tepat. 

Menggunakan koko Malaysia, coklat-coklat di sini adalah bertaraf lima bintang tahu?

Semuanya diramu dengan rasa coklat asli yang ditanam di Malaysia dan pastinya mampu memuaskan selera coklat anda yang sedang mengganas tu!

Pelbagai jenis coklatada di sini, pelancong pun ramai yang datang ke sini untuk membeli buah tangan coklat untuk dibawa pulang ke negara masing-masing.

6. Illusion Chocolate Cafe

Jangan ketinggalan untuk menyertai happy hour time setiap jam 1pm hingga 6pm dan pelanggan layak menerima satu minuman percuma jika menempah makanan berharga RM35 ke atas!

Untuk pengetahuan semua, kafe coklat ini adalah yang paling popular dan ramai juga artis Malaysia yang gemar menikmati sajian-sajian manisan berasaskan coklat di sini. Jadi, apa yang anda tunggu lagi?

Selamat menjamu selera! 

Sumber: Wanista

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here