Adab Masuk Tandas Yang Ramai Tak Tahu Agar Ibadah Kita Sempurna!

Adab Masuk Tandas Yang Ramai Tak Tahu Perlu Alirkan Air Pada Dinding. Kebersihan diri adalah perkara penting yang harus kita utamakan kerana ianya adalah antara syarat sah solat. Selain doa masuk bilik air atau adab masuk tandas yang perlu kita tahu, adab ketika berada di dalam tandas juga wajib kita ketahui agar semua ibadah kita sempurna dan suci dari segala kekotoran dan najis sewaktu keluar tandas.

BACA: 3 Jenis Doa Yang Boleh Dibaca Apabila Menziarahi Orang Sakit

Adab Masuk Tandas Yang Ramai Tak Tahu Perlu Alirkan Air Pada Dinding

Mungkin ada yang hanya tahu adab masuk tandas dan doa keluar tandas tetapi tidak tahu bagaimana adab yang perlu dibuat sewaktu berada di dalam toilet dengan betul mengikut hukum syarak yang disarankan oleh agama Islam. Perkongsian Ustaz Iqbal Hamzi Md Anuar ini akan menerangkan secara terperinci.

Adab Masuk Tandas & Keluar Tandas

Di antara adab masuk tandas yang saya belajar dengan guru saya suatu masa dahulu, dan belum dapat lagi di tempat lain. Selain daripada melangkah masuk dengan kaki kiri, lipat seluar, beralas kaki (memakai selipar khas tandas).

Alirkan Air Paip Ke Dinding Ketika Dalam Tandas

Kita wajib alirkan air paip ke dinding kiri dan kanan tandas sebelum melepaskan hajat. – Ustaz Iqbal Hamzi

Adab masuk tandas yang satu ini juga penting dan mungkin masih ramai yang belum biasa buat.

Iaitu mengalirkan dahulu air paip pada keseluruhan dinding tandas. Dari kiri ke kanan, kanan ke kiri.

Jangan terus halakan air ke lantai tandas, bimbang nanti terpercik pada kaki atau seluar.

Ini penting dan sebahagian daripada thoharah. Kerana kita tidak tahu bagaimana dan di mana pengguna tandas sebelum kita membuang air. Sama ada dengan cara berdiri atau duduk. Di dinding atau di lubang tandas. Dia selesaikan hajatnya dengan ilmu atau secara semberono.

Boleh jadi pada dinding itu ada percikan-percikan air najis yang kita tidak nampak (najis hukmi). Apabila air dialirkan dari bahagian dinding, automatik air tersebut akan membawa sekali najis-najis hukmi pada dinding dan lantai tandas.

Wajib Bilas Kaki Sebelum Keluar Tandas

Kemudian, selepas kita selesaikan hajat kita, sebelum keluar, ulang semula perbuatan mengalirkan air pada dinding dan lantai tandas. Dan jangan lupa, bilas kaki sebelum melangkah keluar daripada tandas. Sebab kita tidak mahu najis-najis yang ada dalam tandas itu kita bawa keluar.

Lebih-lebih lagi tandas rumah atau tandas masjid. Kalau kita terbawa keluar najis tandas ke dalam rumah dan dalam masjid, bimbang seluruh lantai rumah atau masjid akan jadi najis, najis di mana saja kita jejak.

Akibatnya, sembahyang kita dan umat Islam yang lain tidak sah. Bila sembahyang umat Islam tidak sah, ibaratnya umat Islam tidak sembahyang. Bila umat Islam tidak sembahyang, bantuan Allah tidak datang. Umat Islam akan terus terhina di mana-mana.

Mari ambil perhatian. Wallahu a’lam. Perkongsian dari Ustaz Iqbal Hamzi Md Anuar

Adab Masuk dan Keluar Tandas

1. Masuk dengan kaki kiri

2. Keluar dengan kaki kanan

3. Tidak membawa sebarang ayat-ayat al-quran

4. Duduk bertinggung ke kiri ketika menunaikan hajat

5. Tidak menghadap atau membelakangi kiblat

Haram bagi yang menunaikan hajat di kawasan lapang dan tidak tertutup seperti di padang pasir atau hutan, menghadap atau membelakangi kiblat. Makruh bagi yang menunaikan hajat di kawasan bandar dan sempit seperti di rumah.

6. Menunaikan hajat di kawasan yang jauh dari orang

7. Pilih tempat yang tertutup dan tidak dilihat orang

8. Tidak menunaikan hajat:

9. Tidak bercakap

10. Tidak menggunakan air yang bertakung di bawah atau di lantai tempat menunaikan hajat untuk bersuci

11. Selesaikan hajat dan tidak menangguhkannya

12. Membaca doa ketika masuk dan keluar tandas

Doa Masuk Tandas & Maksud

Semoga perkongsian adab-adab masuk tandas, keluar tandas berserta doa harian ketika masuk ke tandas ini akan menjadikan ibadah ketika lebih sempurna dan diterima Allah SWT. Sebaiknya kita amalkan setiap hari supaya menjadi rutin dengan niat untuk memperbaiki diri ke arah yang lebih baik. Amin!

Sumber: Media Maklumat

3 Jenis Doa Yang Boleh Dibaca Apabila Menziarahi Orang Sakit

3 Jenis Doa Yang Boleh Dibaca Apabila Menziarahi Orang Sakit. Hak seorang Muslim kepada Muslim yang lain adalah menziarahi apabila […]

Panduan Cara Solat Sambil Dukung Bayi Yang Betul

Panduan Cara Solat Sambil Dukung Bayi Yang Betul. Bagi mereka yang mempunyai anak kecil ingin menunaikan solat tetapi sering terbantut […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *