Adakah Anak Anda Bermasalah? Baca Dan Fahami..

Adakah Anak Anda Bermasalah? Jika terlampau dilayan anak, nanti anak tidak tahu berdikari. Jika terlalu diberi tumpuan, nanti anak melampau. Benarkah?

Sebagai manusia kita akan sentiasa berusaha mencari dan berebutkan perkara yang kita rasakan perlu dan penting dalam hidup.

Ada yang tidak rasa bersalah bertolak-tolakkan dan berhimpit-himpit asalkan dapat apa yang dirasakan perlu itu.

Ada yang menangis-nangis, meraung-raung kerana sakit, ataupun kecewa kerana gagal mendapatkan apa yang dihajati.

Apakah Yang Diperlukan Oleh Kanak-Kanak?

Kanak-kanak perlukan perhatian, belaian, dan kasih sayang yang ditunjukkan melalui perbuatan oleh orang dewasa yang menjadi penjaga utama kanak-kanak. Kasih sayang bukan hanya kata nama, kasih sayang adalah juga kata kerja. Melayan anak adalah contoh perhatian dan kasih sayang.

Memberi tumpuan kepada anak adalah contoh perhatian dan kasih sayang. Apabila kita menunjukkan perhatian dan kasih sayang melalui perbuatan, kanak-kanak yakin dan percaya bahawa kita sayangkan mereka.

Rasa yakin ini menjadikan kanak-kanak tenang dan tidak perlu berebut-rebut untuk mendapatkan perhatian dan kasih sayang kita lagi.

Dengan ini mereka akan berupaya untuk berdikari kerana mereka tidak perlu bergantung sepenuhnya kepada kita. Mereka tahu kasih sayang itu sedia ada dan kita akan menyokong mereka kiranya bantuan diperlukan ketika berdikari.

Apabila kanak-kanak tidak perlu berebutkan keperluan utama tersebut, mereka lebih bebas untuk meneroka keupayaan dan potensi diri.

Tenaga mereka tidak perlu digunakan untuk mencari perhatian dan kasih sayang. Mereka boleh memberi tumpuan sepenuhnya kepada proses pembelajaran.

Apabila mereka tidak perlu merebutkan perhatian dan kasih sayang, tingkah laku mereka juga menjadi lebih positif kerana tingkah laku anak bergantung kepada perhatian yang diberikan oleh ibubapa.

Kenapa sekarang ini ramai anak yang bermasalah? Cuba fikir kembali apakah prioriti kita. Adakah peluang untuk meluangkan masa dengan anak digunakan sepenuhnya untuk membina hubungan yang rapat dengan anak?

Ataupun mungkin kita hanya hadir secara fizikal di sisi anak tetapi kita tidak menunaikan keperluan emosi dan kasih sayang kepada anak?

Ayuh fikirkan dan lakukan perubahan demi anak-anak yang kita sayangi.

5 Tip Merebut Kembali Cinta Isteri Yang Para Suami Tidak Tahu

5 Tip Merebut Kembali Cinta Isteri. Jika mak ayah kita dulu berkahwin selalunya dengan pilihan orang tua, kebanyakan kita pula […]

Baca Dan Fahami… 5 Sebab Ibadah Kita Menjadi Sia-Sia

5 Sebab Ibadah Kita Menjadi Sia-Sia. Sesungguhnya tujuan kita dihidupkan adalah untuk beribadah kepada Allah SWT. Jadi semua ibadah yang […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *