“Aku Just Nak Bagitahu Siapa-Siapa Yang Hantar Benda Ni, Kau Dah Berjaya..”

0
4

“Aku Just Nak Bagitahu Siapa-Siapa Yang Hantar Benda Ni, Kau Dah Berjaya..” . Amalan sihir bukanlah sesuatu yang taboo untuk diperkatakan. Sihir adalah perbuatan (atau kejadian) luar biasa yang dilakukan oleh manusia secara tersembunyi (ghaib), yang melibatkan makhluk halus. Manakala menyihir pula adalah perbuatan menggunakan sihir melalui amalan tertentu dengan mendekatkan diri kepada syaitan dan meminta pertolongannya.

Menerusi laman Facebook, Ahmad Junaidi Abdul Aziz telah berkongsi pengalamannya terjumpa ‘benda’ di dalam kedainya.

Jumpa ‘benda kuning’ dalam kedai

Menurut Ahmad Junaidi, semasa dia dan pekerjanya sedang mengemas barang untuk proses pemindahan dan penutupan kedai, pekerjanya terjumpa ‘benda’ (bungkusan kuning) di dalam locker besi.

Kemas2 showroom hari ni
Nak pindah barang dan tutup kedai
Dalam dok alih barang, staff terjumpa benda ni belakang locker besi

Siap ada gambar dan tanah

Aku maafkan kau..

Baginya, individu yang menghantar ‘benda’ sihir ini telah berjaya membuatkan kedainya terpaksa ditutup. Dia juga memaafkan perbuatan keji individu ini dan menerimanya dengan hati yang terbuka.

Aku just nak bagitahu
Sapa2 yg hantar benda ni, kau dah berjaya
Tapi aku langsung tak marah dan nak ucap terima kasih kat kau
Kerana apa yang kau antar ni,
Buat aku buka mata untuk cuba banyak lagi cabang perniagaan yang lain

Aku maafkan kau
Dari ujung rambut sampai ujung kaki
Kalau boleh marilah kita bersahabat
Semoga menjadi asbab untuk kita sama2 berjaya dunia dan akhirat

Tanah tu tanah dari kubur

Pelanggan tak selera tengok kedai

Ada lagi otak kolot

Berniaga online pun kena juga

Ni kerja orang buat business shortcut

Semoga kita semua terhindar daripada perbuatan sihir ini.

Sumber: Ahmad Junaidi Abdul Aziz

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here