“Alhamdulillah! Maruah Diri Saya Akhirnya Terbela..” – Bekas Penasihat Dr Rozmey dipenjara 15 tahun, denda RM90,000

“Alhamdulillah! Maruah Diri Saya Akhirnya Terbela..” – Bekas Penasihat Dr Rozmey dipenjara 15 tahun, denda RM90,000. Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM90,000 ke atas bekas penasihat peribadi dan kewangan ahli perniagaan, Datuk Dr Che Rozmey Che Din.

BACA: Langit sudah jadi merah!

“Alhamdulillah! Maruah Diri Saya Akhirnya Terbela..” – Bekas Penasihat Dr Rozmey dipenjara 15 tahun, denda RM90,000

Hakim Azman Abu Hassan, menjatuhkan hukuman itu ke atas Abdullah Sani, 64, yang didapati bersalah atas tiga tuduhan pecah amanah membabitkan wang milik syarikat Herba Prima Marketing berjumlah RM246,600.

Bagi tuduhan pertama, Abdullah didapati bersalah mengambil sewaan bangunan di Taman Bayu, Bukit Mertajam, Pulau Pinang berjumlah RM97,000 antara 5 September hingga 5 Disember 2014.

Bagi tuduhan kedua dan ketiga, dia didapati bersalah mengambil sewaan bangunan sama berjumlah RM88,000 antara 20 Mac 2015 hingga 28 Disember 2015 dan RM61,600 antara 19 Januari 2016 hingga 8 Julai 2016.

Mohon Rayuan

Dia didakwa melakukan semua kesalahan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan di pejabat Herba Prima Marketing di Bandar Darul Aman Jaya, Jitra.

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara lima tahun bagi setiap pertuduhan dan memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara serentak bermula semalam.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Nabilah Md Ruslan dan tertuduh diwakili peguam, Badrol Hisham Abdullah.

Dr Rozmey

Badrol Hisham kemudian memohon mahkamah menangguhkan hukuman penjara ke atas anak guamnya atas faktor Abdullah perlu menjalani rawatan penyakit kencing manis dan hipertensi selain bagi membolehkannya memfailkan rayuan.

SAHABAT KARIB & EX ADVISOR * SABIT KESALAHAN 15 TAHUN PENJARA… KHIANAT DAN TIPU MAJIKAN DATO DR ROZMEY.

Posted by Dato Rozmey Che Din on Sabtu, 21 September 2019

Mahkamah membenarkan permohonan itu, namun memerintahkan tertuduh membayar denda itu serta-merta atau dipenjara 24 bulan jika gagal berbuat demikian.

Sumber: Berita Harian

Jerebu tanda murka Allah kerana tangan manusia… Berdoa dan kembalilah ke pangkal jalan!

Jerebu tanda murka Allah kerana tangan manusia… Berdoa dan kembalilah ke pangkal jalan. Manusia merupakan khalifah di atas muka bumi […]

Nabi Muhammad SAW Balik Dari Mana-Mana Beri Hadiah Untuk Isteri

Nabi Muhammad SAW Balik Dari Mana-mana Beri Hadiah Untuk Isteri Dan Keluarga. Hidup bahagia di samping keluarga menjadi impian bagi […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *