Anak-anak ke sekolah hanya bekal nasi laukkan sayur ubi kayu dan budu.. tiada wang saku’

‘Anak-anak ke sekolah hanya bekal nasi laukkan sayur ubi kayu dan budu.. tiada wang saku’

Berat mata memandang berat lagi bahu memikul, begitulah nasib keluarga daif sembilan beranak di Kampung Bukit Pauh, Gual Ipoh di sini yang hidup dalam serba kekurangan.

Ketua keluarga, Roslan Kori, 38, menghidap ketumbuhan  dalam perut menyebabkan dia tidak dapat melakukan pekerjaan.

Anak bongsunya pula  yang baru berusia 20 hari mengalami masalah jantung  berlubang dan memerlukan rawatan susulan.

“Kami tidak punya pendapatan tetap kerana keadaan suami yang sakit dan kerja tidak tetap jadi untuk bantu keluarga saya jual kulat sisir dan siput gondang ditemani anak sulung.

“Tapi sekarang saya tak dapat bekerja kerana baru saja lepas melahirkan anak bongsu. Buat masa ini saya terpaksa mengikat perut dan hanya belanja ikut keperluan memandangkan anak-anak perlu bersekolah dan memerlukan perbelanjaan sampingan,” katanya.

Bekalkan anak

Menurutnya, dia juga terpaksa memasak dan membekalkan anak-anak ke sekolah dengan nasi berlaukkan pucuk paku dan budu setiap hari berikutan tidak mempunyai wang belanja yang mencukupi.

“Saya berharap nasib anak-anak saya akan berubah selepas ini. Walau anak-anak terpaksa jalan kaki ke sekolah setiap hari tapi saya tak sanggup jika mereka ponteng sekolah dan tertinggal dalam pelajaran.

“Biarlah keluarga kami miskin harta sekalipun, tapi pelajaran anak-anak perlu diteruskan demi masa depan mereka,” katanya.

Bagi yang ingin menyalurkan sumbangan terhadap keluarga ini boleh salurkan melalui akaun Agro Tani atas nama Wan Rosmini Mat Leh di no akaun 2-00-6671-00019084-2.

Sumber: Sinar Harian

Kongsikan artikel ini.
  • 293
  •  
  •  
  •  

Batuan angkasa bersaiz Piramid Giza lintasi bumi

Batuan angkasa bersaiz Piramid Giza lintasi bumi. Ancaman asteroid sememangnya menakutkan. Malah, impak hentamannya juga pasti membawa kesan kemusnahan yang […]

Pakar Perubatan Alternatif Terkenal Malaysia Ditahan Di Indonesia, Media Dakwa Langgar Visa Melancong

Pakar Perubatan Alternatif Terkenal Malaysia Ditahan Di Indonesia, Media Dakwa Langgar Visa Melancong Pihak berkuasa imigrasi Indonesia di Palembang, Indonesia […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *