Angin Kencang, Laut Bergelora Di 6 Negeri Mulai Esok

Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40-50 kilometer sejam dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, Sarawak dan Barat Sabah bermula esok hingga Jumaat, 2 November ini.

Jabatan Meteorologi

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, keadaan angin kencang dan laut bergelora itu berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri. Selain itu, kawasan pantai di Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur dan Sarawak juga terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut yang dijangka berlaku dalam tempoh sama.

Artikel Lain

Padah Makan Pil Kurus Ke-16 Usus Wanita Ini Bengkak, Akhirnya Dibedah

Terlalu obses nak kurus, wanita ini pernah amalkan makan 15 jenis minuman mahupun pil kurus. Selama 2 tahun dia hentikan pengambilan dan disahkan sihat selepas jalani pemeriksaan kesihatan.

Tidak Fikir Panjang

Dalam tempoh 2 tahun itu, dia amalkan diet Atkins yang membuatkan berat badannya turun dari 83 kg ke 75 kg. Keinginan mahu kelihatan langsing ketika bersanding, membuatkan Nursyahidah Sukeri akhirnya terpaksa melalui pembedahan usus yang tidak dijangkakan. Semua disebabkan pil kurus ke-16 yang dibelinya. Nak kurus cepat. Tak fikir panjang, tak google dah. Harap orang jual je. Terbeli satu produk kurus ni.” Pil bentuknya. Hijau memukau suasana. 1 st makan pening dan lapaq ayaq. Tapi pening dia sat ja. Hari kedua ambil rasa nak muntah.

Obses Nak Kurus

“Untuk produk yang ke-16 ni aku dah tak google. Pi terus beli je, tengok feedback terbaik. Geram la I. Yes memang aku pengamal diet Atkins. Tapi masa makan ubat ni aku tak pantang tau“. Pagi menu aku roti, Tengah hari kadang mee sup, bihun sup, soto, nasi ayam, nasi tomyam. Erm sedapnya. Malam pula kadang KFC, tortila wrap. Nikmat makan bagaikan orang gila. Tapi tak boleh nak makan banyak. Semua makanan aku tak habis. Pembaziran di sini.

Sebaik Amal Pil Kurus Ke-16

Hari pertama aku makan, pening sat. Badan panas. Hari tu 3 liter air. Hari kedua aku makan lagi. Yang ni buatkan aku bila tengok makanan, aku nak muntah. Bahagianya sebab dok nampak nak kurus nuh. Iyalah setelah 2 tahun tinggai ubat kurus akhirnya terjumpa ubat kurus bagi kesan terbaik dekat hang. Masuk hari ketiga, aku tak ambil sebab tak sedap badan. Rasa nak demam. Air minum banyak sebab dahaga. Punya KUAT ubat ni walaupun hang tak makan dia, still hang rasa kenyang. Bahan apa aku tak tau dia masukkan dalam ni.

Sakit Perut Sampai Rasa Nak Pengsan

Tiba-tiba malam Sabtu tu, 20/7 perut aku sakit tiba-tiba. Masa ni sakitnya tak kuat lagi. Ahad & Isnin pi kerja macam biasa. Dok ingat sebab angin dalam badan. Tapi bila urut makin hari makin sakit tempat tu. Ya Allah.. Hari Selasa pergi kerja lagi, tapi makin sakit rasa nak pengsan. Terpaksa balik dan terus ke klinik. Pi jumpa doktor, dia tanya sakit dekat mana. Kira usus sebelah kanan aku ni sakit sampai ke pinggang. Kalau apendiks awak akan demam, awak akan muntah-muntah. Sebelum ni awak ada jadi macam ni? Dak pun tau. Doktor tambah air sebab ingat tak serius. Tapi nadi & jantung aku yang laju. Padahal dah lama berhenti ambil ubat kurus.

Kena Refer Ke Hospital

Doktor buat surat pi hospital. Dok kecemasan 1 hari setengah jugalah. 3 orang doktor check cakap bukan apendiks. Pagi tu bangun, kurang sakit. Bila doktor mai tekan-tekan, rasa sakit dan hari tu aku nak berjalan tak larat sangat.

Tahan Sakit 4 Hari, Nasib Usus Tak Pecah

Selepas melalui semua kepayahan itu, Nursyahidah maklumkan pada doktor yang dia makan ubat kurus. Doktor tanya nama. Nanti dia minta sample untuk hantar ke unit farmasi. Doktor beritahu usus dah nak pecah sebab dia membengkak. Tahniah juga sebab awak tahan sakit selama 4 hari. Gila lah! Nasib usus tak pecah. Tidak mati aku.”

Kenapa aku yakin sakit ini dari ubat kurus ni :

Ubat ni panas. Aku sembelit. Macam mana ubat ni hadam aku tak berak. Mungkin gegetah luar dia tu melekat di usus. Muntah aku warna hijau dan keluar macam lumpur. Aku makan apa warna hijau macam tu melainkan ubat kurus. Jantung aku laju. Kalau jantung laju ni sangat bahaya dan anda WAJIB stop ambil ubat kurus. Bukan healing crisis tau tapi kalau jantung laju ni tandanya anda menempah MAUT. Tak ada istilah dia pam jantung ibarat hang joging lekong satu kolam mada.

Kena Ingat! Kemungkinan Ubat Kurus Ada Sejenis Dadah

Jika makan ubat kurus tak rasa lapar. Kemungkinan ada sejenis dadah. Tau dak nama apa? SIBUTRAMINE yang berfungsi sebagai penahan lapar. Struktur molekul hampir sama dengan amphetamine. Bahan yang sama untuk dadah jenis syabu @ ais. Sebab tu pil pelangsing susah nak tau sapa ponder, susah nak ada KKM. Sekali makan hampa rasa tak lapar tu maknanya kemungkinan ada benda ni.

Sebab tu juga nadi hampa laju

Takpalah.. dalam hal ni orang masih salahkan aku. Mula-mula nak diam. Tapi kes jadi besar sampai melibatkan tempat kerja. Sampai cakap aku makan silap. Aku ikut hampa bagi ja. Tunggu keputusan doktor. Kalau bahan selamat aku up sini. Kalau tak selamat pun aku nak up sini. Tak salah share pengalaman, supaya orang lebih hati-hati.

Nak Cantik Berpada-pada

Aku share untuk orang semua hati-hati. Check dulu KKM ada tak. Kalau ada teruskan makan. Kalau tiba-tiba makan ubat kurus hang pening, nak muntah, nak demam, jantung laju STOP je lah. Sebab boleh rosakkan organ dan bawa MAUT. Usus memang tempat WIN dia nak jadi. Satu lagu buah pinggang. Moga jadi pengajaran. 30/9 ni follow up pakar. Harap usus aku okey dan tak ada penyakit lain. Usus bengkak, hampir pecah sebab ubat kurus panas. Hang tak berak.. jantung laju. Allah masih panjangkan usia. Tak salah nak share pengalaman. Itu sahaja. Sayangi nyawa dan tubuh badan. Bila dah sakit tak dapat apa dah.

Kongsikan artikel ini.
  • 556
  •  
  •  
  •  

“Tak Perlu Ada Kawan Rapat Berlainan Jantina Sampai Tahap Kerap Sangat Berhubung!”

“Tak Perlu Ada Kawan Rapat Berlainan Jantina Sampai Tahap Kerap Sangat Berhubung!” Kalau dah kahwin, buat cara dah jadi milik […]

Jangan Simpan 10 Jenis Makanan Ini di Dalam Peti Sejuk

Jangan Simpan 10 Jenis Makanan Ini di Dalam Peti Sejk,  Simpan 10 Jenis Makanan Ini di Dalam Peti Ais | […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *