Apa Hukumnya Jika Kita Menolak Perkahwinan? Ini Jawapannya!

Apa Hukumnya Jika Kita Menolak Perkahwinan? Ini Jawapannya! Perkahwinan merupakan salah satu di antara sunah Rasulullah SAW. Perkahwinan juga sebenarnya termasuk dalam tuntutan syara’ untuk kita penuhinya.

Oleh itu sebarang bentuk penolakan tentang perkahwinan seperti bernazar atau bersumpah untuk tidak berkahwin sama sekali tidak akan diterima oleh Allah Taala. Bahkan ia menjadi satu kesalahan sekiranya dilakukan.

Sebagaimana Allah telah mewajibkan kita untuk menunaikan solat, maka Allah juga perintahkan untuk berkahwin. Maka dianjurkan bagi semua umat Islam untuk berkahwin sekiranya berkemampuan dan dilarang untuk terus hidup membujang. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada mereka yang menolak perkahwinan dan menolak kebaikan yang telah Allah anugerahkan.

Al-Quran sebenarnya telah menjelaskan kepada kita: “Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu haramkan benda-benda yang baik-baik yang telah dihalalkan oleh Allah bagi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas (pada apa yang telah ditetapkan halalnya itu); kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas.” al-Maidah: 87

Bolehkah Suami Menghalang Isteri Daripada Menziarahi Ibu Bapanya?

Secara adab dan akhlaknya suami hendaklah membenarkan isteri menziarahi ibu bapanya kerana itu adalah tanda suami menghormati ibu bapa mertuanya, dan supaya hubungan ibu bapa dan menantu berada dalam keadaan harmoni dan baik.

Jika mertua terpaksa bergantung hidup dengan anak perempuannya yang telah berkahwin, suami hendaklah memberi izin kepada isteri untuk menziarahi dan berkhidmat kepada ibu bapanya tanpa menjejaskan hak suami. Jika ia tidak memberi izin tanpa sebab yang munasabah ia berdosa dan jika isteri melanggarnya sebahagian ulama berpandangan isteri tidak dikira nusyuz ketika itu.

Hukumnya harus, jika isteri memberi belanja dari duitnya sendiri kepada ibu bapanya sekalipun tidak ada izin suami namun eloklah ia meminta izin suaminya sebagai tanda hormat kepada suami.

Sebenarnya dalam kehidupan suami isteri, apa yang penting adalah persefahaman dan saling hormat menghormati dan faham akan situasi isteri dan suami supaya kehidupan berumah tangga aman dan harmoni.

Buat Suami Isteri Yang Soleh & Solehah, Pasti Bahagia Ganjarannya

Apabila berbicara berkenaan suami dan isteri yang soleh, janganlah masing-masing memandang sebagai “kerja” atau “beban” yang terpaksa dilakukan kepada pasangan masing-masing.

Pandangan seperti ini akan menyebabkan masing-masing mudah kehilangan motivasi untuk berbuat baik kepada pasangannya.

Bahkan masing-masing akan berkira “Saya dah buat ini, dia tak buat itu pun” atau “Saya dah buat macam-macam, dia dah buat apa?”

Sebaliknya hendaklah suami dan isteri memandang peranan masing-masing sebagai satu amal soleh di sisi Allah.

Suami yang soleh kepada isterinya akan mendapat ganjaran syurga di sisi Allah sementara isteri yang soleh kepada suaminya akan mendapat ganjaran syurga di sisi Allah. Masing-masing berlumba-lumba untuk beramal soleh dalam berperanan sebagai suami dan isteri.

Berdasarkan pandangan yang positif seperti ini, akan tertegaklah sebuah rumah tangga yang bahagia.

Bahagia kepada suami, bahagia kepada isteri dan bahagia kepada anak-anak. Lebih penting, bahagia di dunia dan bahagia di akhirat.

Kongsikan artikel ini.
  • 417
  •  
  •  
  •  

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *