Baca ayat ini sebanyak 7 kali setiap kali selesai solat fardhu

Baca ayat ini sebanyak 7 kali setiap kali selesai solat fardhu. Jika dia seorang yang lemah, maka akan menjadi kuat. Jika dia seorang yang hina, maka akan menjadi seorang yang mulia. Jika dia seorang yang kalah, maka akan segera mendapatkan pertolongan. Jika dia seorang yang berkesempitan, maka akan mendapat kelapangan. Jika dia seorang yang berhutang, maka akan segera dapat membayar. Jika dia seorang yang berada dalam kesusahan, maka akan hilang kesusahannya. Jika dia seorang yang sulit dalam penghidupan, maka akan segera mendapat kelapangan kehidupan.

 

Ayat 128 Surah At-Taubah

“Laqad jaakum rasoolun min anfusikum AAazeezun AAalayhi ma AAanittum hareesun AAlaykum bilmu’ mi neena raoofu raheem”

Ayat 129 Surah At-Taubah

“Fa-in tawallaw faqul hasbiya Allahu la ilaha illa huw AAalayhi tawakkaltu wahuwa rabbu alAAarshi alAAzeem”

Erti ayat 128

Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w.), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat lobakan (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman.

Erti ayat 129

Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (Wahai Muhammad): “Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia kepadaNya aku berserah diri, dan Dialah yang mempunyai ‘Arasy yang besar. Siapa nak beramal? Silakan… Lebih mujarrab jika memohon keizinan.

sumber: Ustaz Ebit Lew

Artikel lain

Orang Perempuan Takkan Cakap Dia Marah. Ini 5 ‘Tanda’ Yang Biasa Dibuat Dalam Mesej

Orang Perempuan Takkan Cakap Dia Marah. Ini 5 ‘Tanda’ Yang Biasa Dibuat Dalam Mesej. Tak dinafikan bahawa orang perempuan adalah makhluk yang kompleks dan kadangkala ‘misteri’. Bila dia marah, dia takkan cakap yang dia tengah marah. Sebaliknya, lebih suka menyimpan perasaan lepas tu mengamuk tak tentu pasal. Jarang perempuan berterus-terang bila dia sedang marah atau bengang. Lelaki pula tak semuanya faham bila perempuan bagi ‘isyarat’ melalui gaya bahasa, mimik muka atau kelakuan. Tapi anda mungkin perasan macam ada benda yang tak kena dengannya. Perempuan mungkin boleh berlakon macam tiada apa-apa berlaku bila kita berjumpa atau bercakap dengannya, tapi kita masih boleh mengagak dengan mudah jika dia sedang marah pada kita melalui cara dia membalas pesanan ringkas (whatsapp/ text). Kalau nak tahu, ada pakar dalam bidang psikologi hubungan dah buat kajian dan menekankan beberapa kelakuan wanita membalas mesej teks ketika dia sedang marah.

1. TIBA-TIBA LAMBAT BALAS

Kalau kita dah kenal seseorang, kita mesti dah terbiasa dengan jangka masa yang seringdi ambil untuk balas mesej. Selalunya perempuan tidak akan mengambil masa yang lama untuk membalas lebih-lebih lagi dengan orang yang penting baginya. Bila dia tiba-tiba lambat membalas, itu bermakna ada benda yang tak kena. Nak-nak pula kalau sekadar ada ‘double tick’ atau ‘seen’ yang menunjukkan dia dah baca mesej kita tadi. Pakar mengatakan bahawa itu merupakan salah satu ‘amaran’ yang pasangan ada buat salah dengannya. Perubahan drastik kepada jangka masa dalam berkomunikasi ni merupakan cara pasangan untuk menjarakkan dirinya. Melainkan anda berdua sedang sibuk dengan kerja atau perkara lain, itu tandanya dia tengah benganglah!

2. TAK ADA EMOJI

Daripada zaman sms lagi, perempuan ada satu tabiat yang satu ini. Emoji atau emoticon pada hujung mesej dianggap sebagai tanda mesra. Meletakkan simbol-simbol comel ini juga merupakan tanda bahawa dia senang berbicara dengan kita. Bagi lelaki, mungkin hanya pernah guna 1-2 emoji saja. Tapi bagi perempuan, hampir setiap emoji ini ada maksud tersendiri dan ia menggambarkan mood seseorang sama ada sedang sedih, gembira, suka atau macam-macam lagi. Jika mesej yang dibalas hanya kosong dan hambar tanpa sebarang emoji atau simbol heart yang bertubi-tubi seperti dulu, ini bermakna adalah benda yang tak kena tu.

3. MESEJ MAKIN LAMA MAKIN PENDEK

ni sebenarnya ada banyak maksud. Ada OK yang OK, ada OK yang tak OK. Fuh, confused kan? Mesej pendek-pendek sebenarnya membawa pesanan yang dia betul-betul sedang marahkan kita. Jarang perempuan mesej sekerat-sekerat macam tu walaupun bagi lelaki ianya sesuatu yang normal dan menjimatkan masa. Kalau sebelum ini dia punya cerita bukan main berjela-jela, tiba-tiba hanya membalas ‘Ya, Tak, Tak tahu’ atau paling teruk dia jawab ‘K’, jangan cepat sangat senang hati. Perempuan tu mungkin nak anda sendiri perasan yang ada benda dia tengah tak puas hati sampai buat dia merajuk. Jadi janganlah anggap walaupun dia masih membalas mesej, anda boleh ‘terlepas’!

4. MESEJ TIBA-TIBA BERTUKAR FORMAL

Jika tiba-tiba pasangan anda tidak mahu menggunakan panggilan manja atau sweet, guna pula gaya bahasa yang formal, anda mungkin dalam bahaya. Berbual dengan formal adalah cara kita berkomunikasi dengan orang asing, bukan dengan pasangan yang kita sudah lama kenal. Tona formal ini menghasilkan jurang antara pasangan. Ini juga bermakna dia mahu menjauhkan diri dan mahu mengganggap anda sebagai orang asing – buat sementara waktu. Kalau dah sampai tahap ini, cepat-cepat cari punca supaya dia kembali mesra seperti dulu.

5. TAK BERTANYA SOALAN LAGI

Selain menceritakan tentang harinya, orang perempuan ni biasalah, macam detektif. Dia rajin bertanya soalan walaupun yang lelaki anggap remeh, contohnya ‘balik pukul berapa?’, ‘hari ni makan apa?’ atau ‘mesyuarat tadi ok?’. Selalunya perempuanlah yang akan menghidupkan perbualan dua hala dalam mesej teks. Dia juga jarang menghentikan perbualan lebih-lebih lagi dengan orang yang disayangi. Jadi kalau dalam perbualan tu dia hanya menjawab dan tak bertanya lagi, berhati-hatilah ya.

Sumber: Sirap Limau

Kongsikan artikel ini.
  • 1K
  •  
  •  
  •  

Jika Nak Bahagia, Jangan Berkawan Dengan Orang Negatif!

Jika Nak Bahagia, Jangan Berkawan Dengan Orang Negatif! Agak-agak mampu tak membezakan orang yang negatif dan yang lebih positif dalam […]

Cara Paling Berkesan Nak Hilangkan Selulit Degil!

Cara Paling Berkesan Nak Hilangkan Selulit Degil! Setiap wanita pasti sinonim dengan selulit terutamanya wanita yang pernah melahirkan anak. Bukan […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *