Baca Dan Fahami… 5 Sebab Ibadah Kita Menjadi Sia-Sia

5 Sebab Ibadah Kita Menjadi Sia-Sia. Sesungguhnya tujuan kita dihidupkan adalah untuk beribadah kepada Allah SWT. Jadi semua ibadah yang dikerjakan mestilah berlandaskan kepada iman, iaitu percaya bahawa hanya Allah sebagai penjamin hidup kita di dunia dan akhirat.

Namun, tidak semua amal ibadah kita diterima olehNya kerana terdapat syarat yang mungkin tidak penuhi dalam ibadah tersebut, antaranya;

1- Memakan Harta yang Haram

Memakan harta haram sama saja dengan menumbuhkan daging yang haram dalam tubuh kita. Ini termasuklah memakan makanan yang dicuri, hak kepunyaan anak yatim, serta makanan yang ternyata haram hukumnya seperti babi.

Memakan makanan yang haram juga membuatkan doa manusia tidak dimakbulkan Allah SWT.

Rasulullah SAW pernah bersabda;

“Ibadah yang disertai dengan memakan (makanan) yang haram sama saja seperti (mendirikan) bangunan di atas pasir.”

2- Derhaka Terhadap Ibu Bapa

Menderhaka kepada ibu bapa sehingga menyakiti hati mereka akan menyebabkan amal ibadah ditolak dan tidak diterima oleh Allah.

Bersikap menghormati dan menyayangi ibu bapa sangat dituntut dalam Islam. Bukan saja tidak dimakbulkan doa, tetapi tidak akan mendapat keberkatan hidup kepada sesiapa yang menderhaka.

Imam Jaafar al-Shidiq mengatakan;

“Barang siapa yang memandang kedua-dua orang tuanya dengan pandangan kesal atau benci, maka solatnya tidak diterima.”

3- Mengumpat (Ghibah)

Mengumpat merupakan perbuatan yang sangat dibenci oleh Allah SWT, begitu juga dengan perlakuan fitnah yang memecah-belahkan umat, sehingga setiap amal ibadah si pelaku tidak diterima oleh Allah SWT.

Rasulullah SAW bersabda;

“Barangsiapa yang mengumpat (ghibah) seorang muslim lelaki ataupun perempuan, maka tidak diterima solatnya dan puasanya selama 40 hari 40 malam, kecuali orang yang diumpat itu memaafkannya.”

4- Minum Arak

Arak atau khamar merupakan minuman yang memabukkan yang membuatkan fikiran manusia menjadi menjadi separa sedar dan sukar dikawal. Minuman itu memberi banyak kesan buruk serta menyebabkan amal ibadah seseorang itu tidak diterima oleh Allah.

5- Meringan-ringankan Solat Dan Ibadah Lain

Menunda daripada mengerjakan solat, seperti solat fardhu, dan solat jumaat serta meremehkan perbuatan solat boleh membuatkan amalan ibadah lain tidak diterima Allah SWT.

Contohnya, berpuasa di bulan Ramadan, tetapi tidak mendirikan solat wajib. Sama juga, bersolat tetapi melakukan fitnah, bukankah semua itu sia-sia?

Dengan itu, solatlah di awal waktu, dan angkatlah setiap suruhan Allah di tempat yang tertinggi supaya Allah memandang setiap amalan soleh yang dikerjakan. Sesungguhnya solat adalah tiang agama Islam.

Adakah Anak Anda Bermasalah? Baca Dan Fahami..

Adakah Anak Anda Bermasalah? Jika terlampau dilayan anak, nanti anak tidak tahu berdikari. Jika terlalu diberi tumpuan, nanti anak melampau. […]

Apakah Ubat Untuk Riya’? Cuba Amalkan..

Apakah Ubat Untuk Riya’?. Imam Hasan Al Bashri berkata: Ada seorang laki-laki yang berkata : ‘Demi Allah aku akan beribadah […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *