Baki Hutang Dilupus Dan Perlepasan Cukai Untuk Majikan Antara 5 Dasar Baru PTPTN

Baki Hutang Dilupus Dan Perlepasan Cukai Untuk Majikan Antara 5 Dasar Baru PTPTN. Isu hutang pendidikan percuma dan hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) antara isu hangat yang sering diperkatakan netizen sejak kebelakangan ini.

Namun menerusi satu sidang media dan perkongsian yang dibuat di laman facebook rasmi PTPTN, beberapa dasar baru telah diperkenalkan bagi menjawab segala polemik dan memudahkan urusan pembayaran oleh peminjam-peminjam tabung berkenaan.

Antara dasar-dasar baru yang menarik termasuklah majikan menikmati pelepasan cukai sekiranya membantu membayar hutang pendidikan pekerja.

”Majikan layak menikmati potongan cukai ke atas apa-apa jumlah bayaran balik, baik yang dibayar secara ansuran setiap bulan atau melalui pembayaran sekaligus.

”Syaratnya ialah majikan tidak boleh mengenakan apa-apa syarat atau tuntutan kepada pekerja setelah pembayaran ini dibuat,” kata kenyataan itu.

Bagi peminjam yang sudah mencapai usia 60 tahun dan masih mempunyai baki pinjaman belum dijelaskan, PTPTN mengambil keputusan untuk melupuskan baki pinjaman tersebut sesuai dengan dasar kerajaan terhadap warga emas.

”Sebagai penghargaan kepada warga emas yang komited dan konsisten dalam membuat bayaran balik, kerajaan bersetuju untuk melupuskan baki hutang peminjam yang memasuki umur 60 tahun sekiranya peminjam berpendapatan RM2,000 hingga RM4,000 sebulan dan konsisten membayar balik dalam tempoh tiga (3) tahun terkini sebelum umur mencapai 60 tahun,” kata kenyataan itu lagi.

Selain itu, PTPTN juga akan memberi pengecualian bayaran balik pinjaman kepada graduan daripada keluarga B40 dan M40 yang berjaya memperoleh Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama. PTPTN juga mengumumkan bahawa pelaksanaan pemotongan gaji secara progresif akan dilaksanakan melibatkan pemotongan diantara 2 hingga 15 peratus berdasarkan gaji bulanan peminjam.

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)

Manakala pelepasan taksiran cukai Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) dinaikkan daripada RM 6,000 kepada RM 8,000 bermula taksiran 2019 sebagai galakkan tabungan.

Sumber : Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional

Rasuah sudah jadi nilai hidup, budaya orang Melayu – Tun Mahathir

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad meluahkan rasa bimbangnya terhadap segelintir masyarakat masa kini yang dilihatnya tidak lagi segan atau malu dengan pemberian dan penerimaan rasuah.

Katanya, perbuatan ‘memperasuahan’ kerap dilakukan dalam masyarakat sehingga menjadi sebahagian dari budaya mereka terutama dikalangan orang Melayu.

“Mereka yang mengamal rasuah akan menyembunyi perbuatan mereka kerana sedar yang ia adalah sesuatu amalan yang salah di sisi undang-undang dan agama juga.

Amalan Rasuah

“Tetapi apabila masyarakat terima amalan rasuah sebagai perkara biasa yang boleh diamal secara terbuka, maka tidak lagi ada perasaan segan silu apabila melakukannya, baik oleh pemberi atau penerima,” kata beliau dalam catatan terbaharu di blognya www.chedet.com, pada Rabu malam.

Menurut Dr Mahathir, di zaman pemerintahan yang percaya cash is king atau ‘wang adalah raja’, pemberian dan penerimaan rasuah menjadi satu dari nilai hidup mereka.

“Apa sahaja sanggup dibuat jika disogok dengan wang atau pemberian yang diminati. Soal baik buruk sesuatu yang diberi atau diarah tidak termasuk dalam pertimbangan.

“Percanggahan dengan undang-undang, bahkan berdosa dari segi agama tidak diambil kira. Yang diutamakan ialah pendapatan yang memuaskan nafsu,” katanya.

Jelasnya, golongan itu sedar bahawa perbuatan menyogok dan menerima rasuah itu tidak baik dan dilarang, namun disebabkan nafsu dan wang, mereka menerima sahaja tanpa memikirkan kesan buruknya terhadap masyarakat.

“Sudah tentu perasaan kebangsaan dan kesan terhadap bangsa dan negara tidak lebih utama dari nafsu penerima rasuah,” tambahnya.

Sumber: Berita Awani

Kongsikan artikel ini.
  • 52
  •  
  •  
  •  

(Video) Si Kecil Berzikir gara-gara takut dimarahi ibu kerana ‘berkubang’ di belakang rumah, gelagat kanak-kanak comel ini tarik perhatian ramai

(Video) Si Kecil Berzikir gara-gara takut dimarahi ibu kerana ‘berkubang’ di belakang rumah, gelagat kanak-kanak comel ini tarik perhatian ramai. […]

Lahir Tanpa Kidney, Limpa & Salur Najis – Ibu Redha Dengan Pemergian Anak

Lahir Tanpa Kidney, Limpa & Salur Najis – Ibu Redha Dengan Pemergian Anak. Setiap pasangan yang sudah mendirikan rumah tangga […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *