Bas Terbakar di Sungai Perak, Al-Quran Pemandu Tidak Hangus

Bas Terbakar di Sungai Perak, Al-Quran milik Pemandu Tidak Hangus. Senaskah al-Quran ditemukan masih berkeadaan baik walaupun bas ekspres yang dalam perjalanan dari ibu kota ke Kedah musnah dalam kebakaran di hentian Rehat dan Rawat (R&R), Sungai Perak semalam.

Baca: Izreen Azminda Kongsi Foto Luang Masa Bersama Dua Anak Tiri

Bas Terbakar, Tapi Al-Quran Tidak Hangus

bas terbakar

Pemandunya Nuzul Hakimi Anuar berkata, isi kandungan kitab suci itu dalam keadaan baik tanpa ada satu ayat terkena api melainkan bahagian kulit naskah berkenaan yang terbakar.

Bawa Bersama

bas terbakar

“Al-Quran dan surah Yasin itu memang saya sentiasa bawa dan akan dibaca bersama dengan rakan setugas setiap kali kami berhenti rehat untuk solat.

Berada Dalam Keadaan baik

“Saya tidak sangka kitab suci itu dalam keadaan baik sebab papan pemuka bas cair dan keadaan bas sendiri musnah terbakar,” katanya menerusi laporan Utusan Online.

Dalam kejadian kira-kira 1.50 petang itu, dua pemandu yang membawa 12 penumpang terselamat setelah kebakaran dipercayai bermula di bahagian enjin telah memusnahkan 80 peratus bas dua tingkat berkenaan.

Katanya, dia bagaimanapun bersyukur apabila kejadian itu tidak menyebabkan sebarang kecederaan kepada penumpang bas berkenaan.

“Dalam keadaan kelam kabut itu, pemandu bas lain dan pemandu lori sama-sama membantu mengeluarkan beg pakaian penumpang bagi mengelakkan turut hangus terbakar,” katanya.

Dalam kejadian pada pukul 1.50 petang itu, sebuah bas ekspres dua tingkat yang membawa 12 penumpang dan dua pemandu bas yang berada di kawasan letak kereta di hentian R&R Sungai Perak musnah terbakar.

Kejadian itu bagaimanapun tidak melibatkan kemalangan jiwa dan kecederaan.

Sumber : Utusan

Izreen Azminda Kongsi Foto Luang Masa Bersama Dua Anak Tiri

Pelakon Izreen Azminda sering kali terpalit dengan kecaman sejak dirinya telah berkahwin dengan seorang pemuzik bebas, Ude atau nama sebenarnya, […]

“Saya tertekan… Mereka Kaitkan Video Gigil Dengan Malam Pertama” – Ardell Aryana enggan keluar rumah, dimalukan sekumpulan remaja

“Saya tertekan… Mereka Kaitkan Video Gigil Dengan Malam Pertama” – Ardell Aryana enggan keluar rumah, dimalukan sekumpulan remaja. Pelakon Ardell […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *