Batuan angkasa bersaiz Piramid Giza lintasi bumi

Batuan angkasa bersaiz Piramid Giza lintasi bumi. Ancaman asteroid sememangnya menakutkan. Malah, impak hentamannya juga pasti membawa kesan kemusnahan yang teruk.

Jika baru-baru ini gempar mengenai batuan angkasa yang dinamakan 2002 NT7, kali ini timbul pula perkhabaran mengenai asteroid 2016 AZ8.

Pihak NASA mengesahkan ia akan melintasi bumi pada Isnin.

Bersaiz 430 meter, ia bakal melalui bumi dan bulan, pada jarak 2.8 juta batu.

Setelah pakar astronomi membuat cerapan, mereka mendapati ia turut hadir bersama sebuah lagi objek gergasi.

Menurut pihak tersebut, mereka percaya batuan angkasa itu memiliki saiz lebih besar daripada Piramid Giza.

Tidak membawa Ancaman

Ia bagaimanapun tidak membawa sebarang ancaman terhadap manusia dan bumi.

Baru-baru ini, timbul laporan mengenai asteroid 2002 NT7 yang dikatakan bakal memasuki bumi pada kelajuan pada kelajuan 60,000 kilometer sejam.

Menurut perkiraan, ia berkemungkinan bakal menghentam bumi pada 1 Februari.

Bagaimanapun, ramalan mengenai asteroid 2002 NT7 itu ditarik serta-merta oleh pihak NASA, sekaligus menimbulkan keraguan orang ramai.

Dalam kemas kininya, NASA berkata ia bakal melalui bumi tanpa membuat sebarang perlanggaran. – Daily Star.

Kongsikan artikel ini.
  • 4.3K
  •  
  •  
  •  

“Hanya Disebabkan Tidak Berpuas Hati Pasal Futsal Sembilan Lelaki Bertindak Memukul Empat Beradik…”

“Hanya Disebabkan Tidak Berpuas Hati Pasal Futsal Sembilan Lelaki Bertindak Memukul Empat Beradik…”Tindakan sembilan lelaki membelasah empat beradik lelaki di […]

Anak-anak ke sekolah hanya bekal nasi laukkan sayur ubi kayu dan budu.. tiada wang saku’

‘Anak-anak ke sekolah hanya bekal nasi laukkan sayur ubi kayu dan budu.. tiada wang saku’ Berat mata memandang berat lagi […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *