Belum nak berpisah, Sharnaaz Tolak Tuntutan Berpisah Nabila?

apakes

Belum nak berpisah, Sharnaaz Ahmad tolak tuntutan lafaz cerai Nabila? Kemelut rumah tangga pelakon terkenal Sharnaaz Ahmad dengan isterinya Noor Nabila dilihat semakin meruncing apabila mereka tiba di mahkamah pagi tadi bagi menyelesaikan kes penceraian antara mereka.

Baca: “Dia Nak Jumpa Zizan” – Adik Firash ‘Pergi’ Lepas Hajat Tertunai

Belum Nak Berpisah, Sharnaaz-Nabila tiba di mahkamah

#LIVE Kes perceraian Sharnaaz Ahmad & Noor Nabila di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur #METROTV#BHTV#NSTTV

Posted by Berita Harian Online on Selasa, 10 September 2019

Sharnaaz dan Nabila dilaporkan tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur kira-kira jam 9 pagi dan sudah memasuki mahkamah bagi mendengarkan sebutan kes.

Menerusi lintas langsung oleh Berita Harian, pasangan tersebut telah tiba secara berasingan dan masing-masing memakai pakaian serba hitam dan berjalan dengan tenang.

Tolak tuntutan lafaz cerai

#LIVE Perkembangan kes perceraian Sharnaaz Ahmad & Noor Nabila di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur #METROTV#BHTV#NSTTV

Posted by Berita Harian Online on Selasa, 10 September 2019

Namun begitu, menurut Sharnaaz selepas keluar daripada Mahkamah, Sharnaaz telah memberi keterangan bahawa belum bersetuju untuk melafazkan cerai pada hari ini.

Tambahnya, dia hanya mahu mengikut prosiding mahkamah dengan beberapa proses bagi memberi ruang untuk kedua-dua pihak berbincang.

Nabila pula kelihatan sedikit sebak semasa ditemuramah dan belum bersedia untuk memberi sebarang kenyataan kepada media. Dia hanya berkata ingin memberi fokus kepada anak mereka iaitu Jebat Jayden Ahmad dan mengikut prosiding mahkamah seterusnya.

Terdahulu, Mungkin ramai yang sudah sedia maklum tentang keretakan rumahtangga di antara pelakon Sharnaaz Ahmad dan kakak Neelofa, Noor Nabila yang sehingga kini masih belum reda.

Terbaru menerusi laporan Berita Harian, Nabila membuka mulut dan menjelaskan kedudukan sebenar kontroversi yang sedang dilaluinya itu.

Tidak Tinggal, Persetujuan bersama

Katanya, keputusan untuk bercerai itu adalah persetujuan bersama di antara dirinya dengan Shaarnaz.

Ia dibuat selepas kedua-dua mereka gagal untuk memperbaiki hubungan meskipun pelbagai usaha telah dilakukan.

Saya agak terkejut dengan kenyataan balasnya (Sharnaaz), seolah-olah dia tidak menjangkakan perkara ini (permohonan cerai). Sedangkan, kami bersetuju untuk bercerai selepas usaha untuk membaik pulih perkahwinan tidak berjaya.

Malah katanya, mereka juga sudah sepakat untuk menyelesaikan kemelut ini dengan baik dan aman demi masa depan putera sulung mereka, Jebat Jayden.

Apa sahaja yang terjadi, memang anak yang akan menjadi keutamaan kami, sekarang.

Sharnaaz dah hantar surat perjanjian cerai

Bercerita lebih lanjut Nabila berkata, Sharnaaz juga telah menghantar surat perjanjian cerai menerusi aplikasi WhatsApp kepadanya.

Malah dirinya juga turut menerima butiran yang sama menerusi email daripada peguam suaminya itu.

Saya menerima surat perjanjian cerai itu daripada Sharnaaz pada 26 Ogos lalu. Dia juga meletakkan beberapa terma perceraian

Selepas berbincang dengan peguam saya, kami (saya dan peguam) bersetuju untuk memfailkan kes ini di mahkamah pada 27 Ogos. Buat masa ini, kami sedang menunggu hari perbicaraan.

Tak tinggal sebumbung sejak Februari 2018

Nabila bagaimanapun enggan memberikan sebarang komen sama ada punca kepada penceraian itu adalah kerana sikap panas baran Sharnaaz ataupun kewujudan orang ketiga.

Menurutnya, dia tidak akan memberikan sebarang respon tentang perkara itu memandangkan mereka sudah tidak tinggal sebumbung sejak Februari tahun lalu.

Saya tidak mahu komen bab itu. Kami pun sudah tidak tinggal sebumbung, sejak Februari tahun lalu.

Sebelum ini timbul juga dakwaan kononnya Neelofa menjadi punca masalah pasangan itu namun dinafikan sendiri usahawan dan selebriti terkenal itu.

Sharnaaz dan Nabila mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata.

Sumber : Berita Harian

“Dia Nak Jumpa Zizan” – Adik Firash ‘Pergi’ Lepas Hajat Tertunai

“Dia Nak Jumpa Zizan” – Adik Firash Hembuskan Nafas Terakhir Lepas Hajat Tertunai. Benar, kematian tak mengenal usia malah tiada […]

zizan

Zizan ‘Belanja’ Video, Gelak Tak Henti Jumpa Asif & Yoe Parey!

Zizan ‘Belanja’ Video, Gelak Tak Henti Jumpa Asif & Yoe Parey! Bukan hanya netizen malah selebriti tanah air juga terhibur […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *