Tiada Istilah Belum Sampai Seru Untuk Berhijab

Belum Sampai Seru Untuk Berhijab? Bukankah kehidupan ini suatu proses? Tiada yang kelihatan sempurna serta-merta. Sesungguhnya, Allah SWT tidak menilai seseorang itu dari hasil yang didapatinya, tetapi atas segala usaha yang dilakukannya.

Jika anda berada dalam situasi ini, usah bimbang. Ada jalan penyelesaiannya. Jika anda benar-benar menyayangi mereka yang belum berhijab, apa kata cuba tips di bawah ini.

1 – Memberi Hadiah

Apa kata, berikan mereka hadiah seperti tudung, buku atau majalah yang berkaitan dengannya. Letakkan tudung itu dengan bungkusan berbunga-bunga atau dengan warna yang digemarinya agar dapat menawan hatinya. Bukankah dengan pemberian hadiah juga dapat mengeratkan hubungan silaturrahim dan mewujudkan kasih sayang?

2 – Mengajak Ke Majlis Ilmu

Tidak dinafikan, banyak persatuan mahupun organisasi sama ada badan kerajaan mahupun swasta mengadakan forum berbentuk islamik. Hal ini bagi mendidik masyarakat ke arah yang lebih baik.

Mungkin, anda boleh manfaatkan peluang ini untuk mengajak teman-teman ke majlis seumpama ini, yang sudah pasti memberi input yang baik. Jika mereka menolak, cubalah cara lain iaitu dengan menghantar apa jua perkongsian ilmu daripada You Tube dan seumpamanya.

3 – Sentiasa Follow-Up

Jangan sisihkan mereka tetapi sentiasalah update dan follow-up perkembangan diri mereka. Hantarkan mesej berbentuk kata-kata mutiara islamik atau kata-kata motivasi setiap hari atau seminggu sekali kepadanya. Ini menunjukkan anda concern padanya dan sudah pasti dirinya berasa dihargai serta disayangi.

4 – Hantarkan Tutorial Bertudung

Dengan teknologi yang sedia ada pada zaman sekarang, mudah untuk didapati apa jua tutorial. Ini termasuklah tutorial untuk bertudung. Apa kata, hantarkan tutorial bertudung itu ke dalam group whatsapp secara random. Jadi, tak nampaklah anda seolah-olah menfokuskan kepadanya seorang, kerana group tersebut ramai.

5 – Ikon Muslimah

Jika anda perasan, kini ramai selebriti sudah mulai berhijab. Mungkin, anda boleh mengambil mereka sebagai contoh. Pujilah selebriti ini di hadapan rakan, ahli keluarga atau saudara mara anda yang masih belum berhijab. Siapa tahu, dirinya juga turut tergerak hati untuk mencontohi selebriti tersebut?

6 – Tidak Putus Berdoa

Di samping usaha seperti di atas, doa juga amatlah perlu dan penting. Ini kerana, doa adalah senjata utama bagi setiap mukmin. Setiap doa akan didengar oleh Allah SWT. Lambat atau cepat doa tersebut dimakbulkan bukanlah penting, apa yang penting adalah usaha anda. Yakinlah, tiada doa yang tidak didengariNya.

10 Tanda Wanita Dicintai Oleh Jin Jantan

10 Tanda Wanita Dicintai Oleh Jin Jantan. Jin  merupakan salah satu makhluk ciptaan Allah yang tidak dapat dilihat oleh mata […]

Istilah Adil Yang Isteri Perlu Ketahui Apabila Suami Berpoligami

Istilah Adil Yang Isteri Perlu Ketahui Apabila Suami Berpoligami. Islam mengharuskan poligami atas beberapa sebab tertentu seperti isteri mandul, isteri […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *