Belum Sampai Seru Untuk Berhijab?

Belum Sampai Seru Untuk Berhijab?. Buntu? Sudah kering idea untuk menasihati mereka yang belum bertudung? Mungkin, ada yang tidak kena pada tutur kata kita yang seakan-akan mendesak atau memaksa.

Bukankah kehidupan ini suatu proses? Tiada yang kelihatan sempurna serta-merta. Sesungguhnya, Allah SWT tidak menilai seseorang itu dari hasil yang didapatinya, tetapi atas segala usaha yang dilakukannya.

1 – Memberi Hadiah

Apa kata, berikan mereka hadiah seperti tudung, buku atau majalah yang berkaitan dengannya. Letakkan tudung itu dengan bungkusan berbunga-bunga atau dengan warna yang digemarinya agar dapat menawan hatinya. Bukankah dengan pemberian hadiah juga dapat mengeratkan hubungan silaturrahim dan mewujudkan kasih sayang?

2 – Mengajak Ke Majlis Ilmu

Tidak dinafikan, banyak persatuan mahupun organisasi sama ada badan kerajaan mahupun swasta mengadakan forum berbentuk islamik. Hal ini bagi mendidik masyarakat ke arah yang lebih baik.

Mungkin, anda boleh manfaatkan peluang ini untuk mengajak teman-teman ke majlis seumpama ini, yang sudah pasti memberi input yang baik. Jika mereka menolak, cubalah cara lain iaitu dengan menghantar apa jua perkongsian ilmu daripada You Tube dan seumpamanya.

3 – Sentiasa Follow-Up

Jangan sisihkan mereka tetapi sentiasalah update dan follow-up perkembangan diri mereka. Hantarkan mesej berbentuk kata-kata mutiara islamik atau kata-kata motivasi setiap hari atau seminggu sekali kepadanya. Ini menunjukkan anda concern padanya dan sudah pasti dirinya berasa dihargai serta disayangi.

4 – Hantarkan Tutorial Bertudung

Dengan teknologi yang sedia ada pada zaman sekarang, mudah untuk didapati apa jua tutorial. Ini termasuklah tutorial untuk bertudung. Apa kata, hantarkan tutorial bertudung itu ke dalam group whatsapp secara random. Jadi, tak nampaklah anda seolah-olah menfokuskan kepadanya seorang, kerana group tersebut ramai.

5 – Ikon Muslimah

Jika anda perasan, kini ramai selebriti sudah mulai berhijab. Mungkin, anda boleh mengambil mereka sebagai contoh. Pujilah selebriti ini di hadapan rakan, ahli keluarga atau saudara mara anda yang masih belum berhijab. Siapa tahu, dirinya juga turut tergerak hati untuk mencontohi selebriti tersebut?

Ketahuilah Batasan Bagi Anda Wanita Dalam Tempoh ‘Iddah

Ketahuilah Batasan Bagi Anda Wanita Dalam Tempoh ‘Iddah. Perkataan ‘iddah’ adalah sinonim dengan penceraian, sama ada cerai hidup atau cerai […]

5 Tip Merebut Kembali Cinta Isteri Yang Para Suami Tidak Tahu

5 Tip Merebut Kembali Cinta Isteri. Jika mak ayah kita dulu berkahwin selalunya dengan pilihan orang tua, kebanyakan kita pula […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *