Berhijrahlah Demi Allah, Bukan Kerana Manusia

Berhijrahlah Demi Allah, Bukan Kerana Manusia. Sebak saya mendengar perkongsian Datuk Rosyam Nor hari ini. Katanya, dekat setengah abad beliau tidak pandai membaca Al-Quran.

Beliau menyambung lagi;

“Bermula detik itu saya mula belajar Iqra. Saya jemput ustaz datang ajar saya. Hari-hari saya belajar. Umur 45 tahun saya khatam Al-Quran, sewaktu itu 10 hari akhir Ramadhan. Ya Allah indahnya ustaz. Saya usaha setiap tahun untuk khatam Al-Quran. Dulu-dulu kami sekeluarga agak jauh dari agama.”

Beliau menangis bercerita, maknya sempat pergi mengerjakan haji. Boleh mengaji dan keluarga beliau semuanya berhijrah.

Paling sebak kisah isterinya mula bertudung. Anak perempuannya 5 orang semuanya beliau menasihati;

“Wahai anak ayah, ayah dulu banyak buat salah. Ayah minta anak ayah tolonglah ayah. Tolonglah ayah jadi anak baik.”

Dengan kasih sayang beliau memimpin isteri dan anak-anaknya semua. Subhanallah, katanya rahsia semua ini adalah doa daripada ibu ayah;

“Saya sudah hilang satu doa. Kini tinggal satu lagi doa daripada ibu saya. Saya beri dia duit sentiasa dan minta beliau sedekah banyak-banyak. Saya usaha sedekah dan niat Allah luaskan kubur dan hadiahkan syurga Firdaus buat ayah saya.”

Saya hadiahkkannya buku isteriku Bidadari. Kata beliau;

“Ustaz saya dah baca buku ini, saya dah ada buku ini lama dah. Banyak saya sudah amalkan. Saya selalu tengok video ustaz mendekati golongan punk. Dakwah depan club orang-orang yang mabuk. Saya tersentuh ustaz puji dan hargai mereka. Saya tidak mampu buat begitu”

Saya kata kepadanya;

“Kalau TaiLong turun satu Kuala Lumpur pasti akan turun dengar ceramahnya.”

Subhanallah, Rosyam Nor yang sebenar memang baik sangat. Subhanallah, Allah sentiasa menunggu kita untuk memohon ampun di atas segala kelalaian yang kita lakukan. Berhijrahlah demi Allah!

Kongsikan artikel ini.
  • 254
  •  
  •  
  •  

Ketahui 3 Peringatan Ini Buat Anda Yang Bersedih

Ketahui 3 Peringatan Ini Buat Anda Yang Bersedih. Khusus buat diriku serta seluruh umat. Aku akui selaku hamba kepada Maha […]

Keajaiban Al-Quran Hingga Meremang Bulu Roma

Keajaiban Al-Quran Hingga Meremang Bulu Roma. Saya terkejut besar setelah mendengar pengakuan kawan saya, Zulkarnain Hasan Basri, orang Perak yang […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *