Berita buruk: Suhu lautan dunia sebenarnya meningkat dalam rekod lebih pantas – Kajian

Suhu lautan sedunia semakin meningkat dalam rekod bacaan yang lebih pantas, sekali gus menunjukkan bahawa pemanasan global terus berlaku dan mengancam pelbagai hidupan marin serta bekalan makanan utama bagi planet Bumi.

Agensi berita AFP melaporkan perkembangan itu berdasarkan dapatan kajian pasukan penyelidik pada Khamis, yang turut tersiar dalam jurnal Science.

Kajian diketuai Akademi Sains China itu menafikan hasil kajian sebelumnya yang menyatakan bahawa aktiviti pemanasan global terhenti sementara dalam tahun-tahun kebelakangan ini.

Teknologi terkini membuktikan perkara itu tidak pernah terjadi, sekali gus membawa kebimbangan tentang betapa cepatnya perubahan iklim dan impaknya terhadap penampan Bumi, iaitu lautan.

“Pemanasan laut adalah petunjuk penting mengenai perubahan iklim, dan kami mempunyai bukti kukuh bahawa ia berlaku lebih pantas daripada yang kita jangkakan,” ujar penyelidik bersama, Zeke Hausfather, di University of California, Berkeley.

Kira-kira 93 peratus haba berlebihan yang terperangkap di sekeliling Bumi akibat kesan gas rumah hijau, kini terkumpul di lautan-lautan sedunia.

Laporan terkini itu merujuk kepada empat kajian, yang diterbitkan antara tahun 2014 dan 2017. Ia memberi jangkaan yang lebih tepat mengenai bacaan suhu laut sebelum ini, hingga membolehkan saintis mengemas kini kajian dan meramal masa depan.

Analisis terbaharu menunjukkan bacaan pemanasan lautan adalah selari dengan peningkatan suhu udara.

Jika tiada usaha dilakukan untuk mengurangkan kesan gas rumah hijau, unjuran kajian meramalkan suhu di lapisan permukaan 2,000 meter di semua laut di dunia ini bakal meningkat sehingga 0.78 darjah Celsius menjelang penghujung abad.

Lonjakan bacaan termal ini menjadi punca pengembangan air laut hingga boleh meningkatkan paras laut sehingga 30 sentimeter, iaitu melebihi bacaan peningkatan paras laut akibat pencairan glasier dan ais di kutub.

Peningkatan suhu bumi ancaman kepada penduduk dunia

Saban hari, kita sering mendengar berita cuaca yang tidak menentu sehingga mengakibatkan banjir, kemarau atau ribut taufan.

Sama ada sedar atau tidak, ini antara kesan daripada pemanasan global yang menganggu ekosistem bumi.

Baru-baru ini, laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah mengunjurkan peningkatan suhu bumi sehingga 2 darjah celcius.

Ini bermakna penduduk dunia kini semakin terdedah kepada ancaman cuaca buruk dan dahsyat yang boleh meragut nyawa.

Panel Antara Kerajaan mengenai Perubahan Iklim (IPCC) telah menetapkan had pemanasan global kepada 1.5 darjah celcius, berbanding 2 darjah celcius sebelum ini.

Keputusan ini mendapat persetujuan IPCC di Incheon, Korea Selatan pada Sabtu selepas melihat ‘Laporan Khas Pemanasan Global pada 1.5 darjah Celcius’ yang melibatkan lebih 6,000 rujukan para saintis dan pakar dalam isu ini.

Laporan ini juga menujukkan penetapan had pemanasan global pada 1.5 darjah celcius ini boleh membantu menurunkan ketinggian paras laut 10cm pada paras lebih rendah berbanding 2 darjah celcius.

“Laporan ini memberi maklumat yang diperlukan para penggubal dasar dan pihak terlibat dalam membuat keputusan bagi menangani isu perubahan iklim.

“Perubahan yang dilakukan dalam beberapa tahun akan datang mungkin keputusan paling penting dalam sejarah kita,” kata Pengerusi Bersama Kumpulan Kerja IPCC II, Debra Roberts.

IPCC adalah satu badan utama di dunia yang membuat penilaian berkaitan perubahan iklim, kesannya dan risiko pada masa hadapan serta, menyediakan pilihan penyelesaian kepada isu berkaitan suhu bumi.

Sumber: Astro Awani

Kongsikan artikel ini.
  • 476
  •  
  •  
  •  

Gangguan bekalan air berjadual di 20 kawasan terlibat mulai Sabtu dan Ahad ini

Gangguan bekalan air berjadual di 20 kawasan terlibat mulai Sabtu dan Ahad ini. Beberapa kawasan di pusat bandaraya Kuala Lumpur […]

Tengku Abdullah Sultan Pahang Keenam

PEMANGKU Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dimasyhurkan sebagai Sultan Pahang keenam, berkuatkuasa serta merta. Majlis pemasyhuran itu akan […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *