Istilah Adil Yang Isteri Perlu Ketahui Apabila Suami Berpoligami

Istilah Adil Yang Isteri Perlu Ketahui Apabila Suami Berpoligami. Islam mengharuskan poligami atas beberapa sebab tertentu seperti isteri mandul, isteri ditimpa penyakit kronik berpanjangan, isteri sukar dididik, suami sentiasa bermusafir dan tidak mampu bersabar dengan dorongan nafsu, serta jumlah perempuan melebihi lelaki.

Seringkali isu yang timbul dalam poligami ialah sikap suami yang tidak adil dalam pembahagian dari pelbagai segi sedangkan adil kepada semua isteri adalah WAJIB.

Sebagai seorang isteri, berikut ialah keadilan yang anda perlu sentiasa ingatkan kepada suami anda:

1 – Penting Untuk Suami Adil Kepada Dirinya Sendiri

Apakah maksud adil kepada diri sendiri? Ertinya suami yakin dia boleh berlaku adil kepada isteri-isteri dan anak-anak di samping mampu menyara dan mengurus kehidupan mereka dengan cara terbaik menurut syariah.

2 – Isteri Mendapat Hak Mereka Daripada Suami

Ini termasuk kemesraan hubungan jiwa, dan nafkah yang berupa makanan, pakaian, dan tempat tinggal. Hukumnya WAJIB. Suami bertanggungjawab menyediakan tempat tinggal untuk setiap isteri dan anak-anak mengikut kemampuan suami.

3 – Menunaikan Nafkah

Walaupun isteri mempunyai pendapatan atau harta yang lebih berbanding suami, ini tidak bermakna suami boleh mengurangi nafkahnya dan memberikan bahagian isteri itu pula kepada isterinya yang lain.

Diingatkan bahawa isteri boleh membantu suami dalam soal nafkah tapi mestilah di atas keredhaan isteri dan bukan atas paksaan suami.

4 – Tiada Perbezaan Dalam Prinsip Adil

Tiada beza antara isteri yang asalnya gadis atau janda, isteri muda atau isteri tua, tahap pendidikan, tahap kedudukan, pangkat dan harta dan sebagainya. Setiap isteri berhak menerima hak mereka secara adil dan saksama.

5 – Pembahagian Masa

Apabila membahagikan masa untuk isteri masing-masing, suami hendaklah menginap di rumah setiap isteri pada jumlah hari atau masa yang sama banyaknya. Ini termasuklah jika isteri dalam keadaan haid kerana perkahwinan bukanlah tentang hubungan seks semata-mata.

6 – Adil Terhadap Anak-Anak

Suami bukan sahaja perlu adil kepada isteri, malah anak-anak juga mesti mendapat perlindungan dan kasih-sayang yang sama. Tiada anak dari isteri tertentu yang istimewa dan mendapat perhatian lebih. Semua anak mendapat perhatian yang sama.

Islam menuntut keadilan dalam berpoligami agar rumah tangga yang dibina terpelihara dan kekal bahagia. Poligami yang berlaku tanpa ilmu hanya akan memporak-perandakan institusi keluarga dan memberi kesan buruk kepada pandangan luar terhadap agama.

Tiada Istilah Belum Sampai Seru Untuk Berhijab

Belum Sampai Seru Untuk Berhijab? Bukankah kehidupan ini suatu proses? Tiada yang kelihatan sempurna serta-merta. Sesungguhnya, Allah SWT tidak menilai […]

Lepas wuduk pakai mekap. Ini Jawapannya..

Lepas wuduk pakai mekap. Apakah hukumnya seorang wanita mengambil wuduk, kemudian memakai mekap ke wajah sebelum menunaikan solat? Jawapan Bagi […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *