Berlaku Di Carpark Shah Alam, Hati-Hati Korang!

Berlaku Di Carpark Shah Alam, Pasangan Laki Perempuan Kena Dengan Lelaki P4k istan. Pasangan kekasih yang baru saja pulang sebuah pasar raya cedra disrang oleh tiga lelaki yang dipercayai cuba mencuri kereta dan mencvlik mereka. Dalam kejadian yang berlaku di AE0N Shah Alam, Seksyen 13, mangsa mengalami kec3draan di bahagian telinga, manakala teman lelakinya cedra ringan.

MEMANDANGKAN ramai yang bertanya tentang kejadian itu, ini ceritanya.

Pada awalnya masa nak park kereta, saya dan Ady perasan kereta Myvi putih ini. Tetapi tak ada terlintas nak fikir yang bukan-bukan, sebab datang nak makan saja.Kemudian selepas makan, kami nak balik ke rumah. Sampai di tempat parking, Myvi putih itu park di tepi kereta kami. Seorang lelaki berdiri di belakang kereta dengan tangannya di dalam poket jaket.

Dah rasa tak sedap hati tetapi oleh kerana saya tak nak fikirkan sangat, saya gagahkan diri juga masuk ke dalam kereta. Masa dah nak dekat dengan kereta, saya perasan dia macam bagi signal pada member dia dalam kereta untuk keluar dan masa itu juga saya fikir lain. Saya fikir dia nak jaga member dia tengah buat ‘projek’.

Jadi, saya biarkan saja boyfriend (BF) masuk dulu sebab kalau dia nak buat apa-apa, at least saya ada di luar untuk menjerit. Selepas BF saya masuk, diorang masih berlagak selamba walaupun member diorang yang baru keluar dari kereta itu berdikir di pintu pemandu Myvi. Kiranya macam bersebelahan dengan seat penumpang kereta kitorang.

Nampak diorang macam okey saja, saya pun masuk ke kereta. Masuk saja dalam kereta, saya suruh BF kunci pintu. Belum sempat kunci pintu, lelaki itu dah tarik dan kawan dia seorang lagi bagi signal suruh masuk seat belakang. Yang tarik pintu saya itu, dia terus tarik kepala saya dan hntak di handbrake. Mungkin sebab nak bagi saya pngsan.

Saya terus menjerit agar orang lain dengar. Kemudian dia tumbuk telinga saya bertubi-tubi. Tetapi disebabkan saya tak nak diam juga, dia tutup mulut saya dan nasib baik otak saya berfungsi, saya terus gigit lemak kat tangan dia yang kemudian berasa sakit lalu dia menumbuk saya sekali lagi.

Selepas dia menumbuk saya, dia tarik muka saya untuk menghadap Pak istan di belakang yang menjadi tukang bagi signal mereka tadi. Mungkin dia nak suruh Pak istan itu pukau saya.Sementara itu, lelaki Pak istan itu ketuk hulu pisau yang dipegangnya pada tengkuk BF saya. Im bersyukur BF saya tak pengsan. BF saya cepat-cepat keluar dari kereta dan ada satu lelaki India badan sasa tak tahu datang dari mana terus menmbuk BF saya.

Mungkin dia rasa plan dia gagal, dia pun rush masuk kereta. Kitorang sempat tarik side mirror dia saja. Saya tmbuk cermin kereta diap un tak jadi apa-apa. Tarik pintu, dia dah kunci.Masa dia reverse kereta, kitorang di depan kereta dia sikit, dia nak langgar kitorang lagi. Tak tahulah pernah buat salah apa kat dia. Mujur BF saya sempat counter attack dia. Jadi, pisau dia terjatuh. Dahlah pisau macam nak potong ayam tu.

Kemudian ada seorang lelaki ini datang menjerkah pada penyamun tarbus ini semua. Lelaki yang tmbuk saya tadi macam tergamam dan saya ambil kesempatan itu sepak kemluan dan perut dia. Tetapi dia tak rasa senak langsung. Kemluan besi ke apa saya tak tahu.Selepas BF saya menjerit, ramai orang ramai datang tetapi malangnya mereka dah melarikan diri. Tak apa, saya cuma berdoa agar dia ditangkap.

Kejadian ini benar-benar membuatkan saya trauma. Walaupun saya masih mampu bercakap dengan orang, saya masih akan terbayangkan bagaimana dia menarik pintu kereta dan menghentak kepala saya di handbrake sebelum ditumbuk bertubi-tubi.

Akibat dari kejadian itu, gegendang telinga saya pecah dan belakang telinga bengkak serta kelenjar telinga saya kemerahan. Doktor kata mungkin drah dan saya dinasihatkan untuk menghabiskan antibiotik sebelum menjalani pemeriksaan dengan pakar ENT.

Kepada wanita di luar sana, tolong berhati-hati. Bawalah pepper spray, sekiranya ada apa-apa, sembur saja pada mata penyangka ini. Biar mati segala plan diorang. Jangan bagi diorang peluang, lagi diorang berjaya buat, lagi diorang triggered nak buat lagi akan datang.

Doakan agar penyangka itu kena tangkap. Sesiapa yang tinggal di kawasan Shah Alam, Subang atau Selangor ini ke kalau nampak Myvi berwarna putih nombor pendaftaran WSH 6131, side mirror sebelah kanan rosak ke apa, tolong maklumkan. Sekurang-kurangnya korang dapat bantu kitorang jejak mereka. Terima kasih.

Polis kata, niat suspek bukan nak mencuri kereta itu saja, tapi mungkin nak culik orang sekali sebab mungkin nak dijadikan sebagai tebusan. Mungkin dia nampak kereta BF saya ada-ada, ditambah pula dengan BF saya keding saja. Sebab itu dia fikir boleh ‘makan’. Syukur saya masih hidup dan diberi peluang untuk hidup.

Kejadian ini berlaku terlalu pantas sampaikan saya sendiri pun tak percaya perkara ini boleh berlaku. Kejadian itu berlaku di AE0N Shah Alam, Seksyen 13.Hati-hati gais..kongsikan,moga bermanfaat.

Sumber: TR

Kongsikan artikel ini.
  • 5.2K
  •  
  •  
  •  

Suami Kalau Kerja Jauh, PJJ Lagi Dia Manja Dengan Isteri

Suami Kalau Kerja Jauh, PJJ Lagi Dia Manja Dengan Isteri. Ada suami isteri yang terpaksa berjauhan setelah berkahwin disebabkan beberapa […]

‘Saya Dah Bertunang Tapi Putus..’ – Doktor Kongsi Kisah Sayu Pesakit Kanser Tahap 4

‘Saya Dah Bertunang Tapi Putus..’ – Doktor Kongsi Kisah Sayu Pesakit Kanser Tahap 4. Kerjaya seorang doktor bukannya mudah seperti […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *