Bukan saja orang kebiasaan yang turut mengalami nasib malang apabila beg rosak ketika dalam penerbangan, nampaknya pengacara serba boleh iaitu AC Mizal turut bengang dengan perkara yang terjadi ke atasnya itu. Perkara itu dikongsikan oleh isterinya di laman Instagram.

Tidak Puas Hati Dengan AirAsia

“Bertahun naik kapal terbang dari pelbagai syarikat tetapi hari ini naik AirAsia, hancur beg! Bila pergi sevis pelanggan layanan acuh tidak acuh sahaja. Apa jenis Airline yang tidak pasti bahawa ‘luggage’ kita berada dalam keadaan baik? AirAsia, Tolong hormat pelanggan anda!” tulis isteri AC Mizal di laman tersebut.

Menurut AC, dia terpaksa mencari bag baru dan jika dia ingin mendapatkan ganti rugi untuk bag tersebut, dia perlu membawa semula bag yang telah rosak berkenaan apabila pulang ke Kuala Lumpur nanti.

Ramai Terima Nasib Yang Sama

Apa yang pasti, ruangan komen dipenuhi dengan luahan-luahan hati mereka yang turut menerima nasib yang sama ketika menggunakan servis penerbangan tambang murah itu. Bagaimana kesudahan kisah bagasi AC Mizal ini nanti tidaklah kami ketahui namun harap-harap semuanya dapat diselesaikan dengan cara yang baik.

Kongsikan artikel ini.
  •  
  •  
  •  
  •  

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *