“Bertuah rakyat Terengganu!” – Jambatan Angkat bakal dibuka sepenuhnya sempena Aidilfitri

“Bertuah rakyat Terengganu!” – Jambatan Angkat bakal dibuka sepenuhnya sempena Aidilfitri! Jambatan angkat Kuala Terengganu yang sedang dalam pembinaan, telah menjadi tumpuan penduduk Terengganu, berikutan sturuktur pembinaan yang menarik dan cantik.

Pastinya ramai yang tidak sabar menantikan jambatan angkat yang bakal menjadi mercu tanda Kuala Terengganu itu siap sepenuhnya.

Bakal jadi mercu tanda Kuala Terengganu!

Mula operasi hujung bulan Jun…

Baru-baru ini, Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Datuk A. Rahman Yahya telah mengumumkan jambatan berkenaan akan dibuka bermula 2 Jun sehingga 17 Jun bagi tujuan melancarkan perjalanan aliran trafik sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri nanti.

Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, jambatan berkenaan dijangka siap sepenuhnya akhir bulan Jun, sebelum diserahkan kepada kerajaan negeri.

“Kita menjangkakan drawbrigde ini akan beroperasi sepenuhnya pada akhir bulan Jun depan bagi memperkemaskan lagi operasinya terutama pemasangan papan tanda.”

Tak sabarnya!

Jambatan angkat sepanjang 638 meter dengan ketinggian 12.5 meter ini, akan menghubungkan muara selatan pusat bandar Kuala Terengganu dan muara utara di Seberang Takir.

Fasiliti ini telah menjadi mercu tanda, serta ikon baru Terengganu. Pastinya ia akan mampu menarik perhatian ramai bukan sahaja masyarakat tempatan, malah seluruh dunia.

Warga Ganu tak sabar nak balik kampung

Selepas pengumuman berkenaan, ramai rakyat Terengganu tidak sabar untuk menantikan pembukaan Jambatan Angkat Terengganu ini.

Sumber: Berita Harian, Kosmo Online

“Sampaikan SalamKu Buat Negaraku Yang Tercinta,” – Noh Hujan Sebak Terima Nota Ringkas Dari ‘Seseorang’ Sebelum Berangkat Ke Syria!

“Sampaikan SalamKu Buat Negaraku Yang Tercinta,” – Noh Hujan Sebak Terima Nota Ringkas Dari ‘Seseorang’ Sebelum Berangkat Ke Syria! Mereka […]

“Buat Hal Betullah…” – Alat sulit remaja 16 tahun tersekat dalam lubang paip besi

“Buat Hal Betullah…” – Alat sulit remaja 16 tahun tersekat dalam lubang paip besi. Padah masukkan alat sulit dalam lubang paip […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *