BERTUNANG MUSIM RAYA LEBIH MUDAH, JIMAT DAN TIDAK PERLU SEMBUNYI-SEMBUNYI

BERTUNANG MUSIM RAYA LEBIH MUDAH, JIMAT DAN TIDAK PERLU SEMBUNYI-SEMBUNYI

Pertunangan adalah janji bagi kedua belah pihak iaitu bakal suami dan isteri dalam mengikat tali perkahwinan dan selalunya ia melibatkan waktu-waktu yang telah ditetapkan dan dipersetujui oleh kedua belah pihak.

Antara persoalan yang selalu timbul di dalam pertunangan ini, adakah dibenarkan syarak untuk mengiklankan atau dihebahkan pertunangan tersebut sepertimana diiklankan majlis perkahwinan atau pun tidak.

Sebahagian ulama’ melihat bahawa menyembunyikan pertunangan adalah suatu yang digalakkan.

Adapun sebahagian pendapat yang lain menyatakan bahawa tiada masalah iaitu dibolehkan untuk mengiklan serta menghebahkan perihal pertunangan seseorang itu kerana tiada nas yang sahih di dalam larangan berbuat demikian. Hadis Ummu Salamah R.Anha yang disebutkan sebelum ini, di nilai dhaif (lemah) oleh sebahagian muhaddis. Ini kerana terdapat perawi yang majhul (tidak dikenali) di dalam sanad hadis tersebut dan al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalani Rahimahullah juga tidak memberikan apa-apa komentar di dalam Mukhtasarnya (ringkasannya) terhadap Musnad al-Firdaus tersebut.

Kesimpulan

Kami lebih cenderung untuk mengatakan bahawa perlunya agar pertunangan itu dihebahkan. Ini bagi mengelakkan  berlakunya pinangan atas pinangan  yang mana ianya jelas dilarang di dalam Islam. Dengan mengiklankan pertunangan, sedikit sebanyak boleh mengelakkan dari berlakunya perkara tersebut. Dalam sebuah hadis daripada Ibn ‘Umar R.Anhuma, Rasulullah SAW telah bersabda:

JANGAN MAIN-MAIN BILA ISTERI DAH TAWAR HATI, MUNGKIN TIADA HARAPAN UNTUK BERSAMA

JANGAN MAIN-MAIN BILA ISTERI DAH TAWAR HATI, MUNGKIN TIADA HARAPAN UNTUK BERSAMA Dalam rumah tangga ada pasang surutnya. Pergaduhan itu […]

“SAYA, AWAK BOLEH TUNGGU, BABY TAK BOLEH TUNGGU.” FETAL DISTRESS, KEPUTUSAN KE HOSPITAL AWAL SELAMATKAN BABY BOY

“SAYA, AWAK BOLEH TUNGGU, BABY TAK BOLEH TUNGGU.” FETAL DISTRESS, KEPUTUSAN KE HOSPITAL AWAL SELAMATKAN BABY BOY Situasi cemas saat […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *