Betapa Mahalnya Harga Seorang Anak Sulung Di Dalam Keluarga, Jangan Pandang Rendah Terhadap Mereka!

Betapa Mahalnya Harga Seorang Anak Sulung Dalam Keluarga. Kasih sayang adik beradik sama ada anak sulung sehinggalah anak bongsu sememangnya pasti ada dalam sesebuah keluarga dan rasa kasih itu telah dipupuk oleh ibu bapa semenjak mereka masih kecil sehinggalah dewasa. Semua ibu bapa mengharapkan semua anakya berkasih sayang dan mengharapkan anak mereka akan kekal sayang sampai bila-bila.

Anak Sulung Paling Disayangi

Anak sulung adalah anak yang paling disayangi pada awalnya. Ada yang direzekikan awal, ada yang direzekikan setelah bertahun. Jadi, kecintaan pada anak pertama itu melebihi. Namun, kasih terbahagi bila dapat adik. Berkurang lagi bila bertambah bilangan adik-beradik. Semakin hujung anak itu, makin disayangi. Signifikan, yang bongsu lebih dimanjakan. Yang awal-awal sudah semakin dewasa, kasih beralih pada yang lebih kecil.

Anak sulung

Masa kecil, biasa saja abang atau kakak menyakat adik-adiknya. Itulah gurauan berkasih dalam keluarga. Kadang-kadang, bergaduh, kata-mengata, bertegang leher, tu lumrah dalam pertalian keluarga. Orang kata, lepas bergaduh, makin erat. Itu kasar pada kita. Tidak pada mereka. Lain orang lain ragam, ada bahasakan “aku-kau”, ada bahasakan nama, ada panggil along angah. Bergaduh macam mana pun, biasanya anak sulung dan kedua lebih mengalah pada adik-adiknya. Awal-awal saja seperti rimau, sebenarnya di dalam kiut seperti kucing. Marahnya ada sebab kerana daya fikirnya lebih dulu matang dari adik-adik.

Pengorbanan

Yang sulung-sulung abang kakak ni, nampak saja buat dono tak peduli. Tapi sebenarnya, adik-adik jadi prioriti. Ada abang kakak yang korbankan pengajiannya demi menyara adik-adik. Ada yang sanggup berlapar demi adik. Ada yang rela adik hidup senang, dia sendiri kais pagi makan pagi. Ada yang korbankan usia mudanya hingga tak berumahtangga demi adik-adik. Ada yang menjamin gadai nama demi adindanya. Pengorbanan ikhlas. Tiada mengungkit. Jika diungkit sekalipun, demi menyedarkan, bukan meminta jasa dibalas semula.

Pelindung

Setelah ayah dan ibu, pelindung adik-adik adalah anak sulung abang dan kakak. Kata buruk pada adik-adik, merekalah yang dulu membela. Terjadi apa-apa musibah, merekalah yang tampil menjaga. Kadang-kadang, bila sakit pening adik-adik, yang duduk berteleku di samping adalah abang kakak picitkan kepala, tadah muntah dan tahan segala ragam adik-adiknya. Terima kasih kerana bersusah payah menjaga dan bersabar. Andai ikut turutan umur, logiknya yang tua-lah akan pergi dulu tinggalkan adik-adiknya.Hargailah abang dan kakak kita. Merekalah yang tempuh fasa jatuh bangun bersama ayah ibu di awal membina kehidupan berkeluarga. Biarlah adik-adik nikmati dan kecapi era senang selesa.

Artikel Lain

Nak Kahwin Dengan Anak Sulung? Korang Kena Ready Dengan Karakter-Karakter Pelik Ni

Ada yang bakal berkahwin dengan anak sulung ke? Mesti korang dah nampak sikit-sikit perangai mereka ni kan. Walaupun nampak matang, tapi sebenarnya ada karakter pelik tapi baik dari anak sulung ni. So, bersedialah untuk mengahsbiskan waktu-waktu tua bersama ya.

Matang

Biasalah anak pertama kan, perangai ‘kakak-kakak’ atau ‘abang-abang’ tu wajib ada.

Murah hati

Tak berdendam, anak sulung ni sejenis yang mudah memaafkan, tak kedekut pulak tu. Paling penting, sentiasa murah hati

Nampak garang

Dah jadi kakak atau abang, kena la tegas sikit kan? Seorang Yang Ceria. Dengan adanya sikap matang tu membuatkan mereka sentiasa ceria dan tak suka terbawa-bawa emosi negatif

Penyayang, mudah mesra

Dari kecil lagi mak ayah dah pupuk sifat penyayang pada anak pertama ni. Iye la mana taknya, siapa lagi nak jaga dan sayang adik-adik kalau bukan kak long atau abang long kan? Hiks

Suka tersenyum walaupun tengah sedih

Tak suka tunjuk dia sedang bersedih, so anak sulung ni lebih banyak tersenyum sepanjang masa. susah nak lupakan orang yang dia sayang. Dah penyayang, mestilah caring. Kalau dah sayang seseorang, mereka memang susah betul nak lupakan orang tu. Hati-hati!

Kongsikan artikel ini.
  • 1.7K
  •  
  •  
  •  

Ini 10 Petanda Rahim Tidak Sihat Dan 9 Cara Mengatasinya! Jangan Ambil Mudah Sakit Pinggang Dan Sakit Tumit..

10 Petanda Rahim Tidak Sihat Dan 9 Cara Mengatasinya! Bila tubuh terasa sangat berat dan susah untuk bergerak, wanita harus […]

Jangan Pernah Takut Nak Kahwin. Allah Tak Pernah Tipu Tentang Rezeki Yang Dijanjikan!

Jangan Pernah Takut Nak Kahwin. Allah Tak Pernah Tipu Tentang Rezeki Yang Dijanjikan! Setiap pasangan yang bercinta mesti bercita-cita nak […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *