Bila Orang tanya bila nak kahwin, Kau Jangan Gelabah. Kau Jawab Je Ni Confirm diam..

Bila Orang tanya bila nak kahwin, Kau Jangan Gelabah. Kau Jawab Je Ni Confirm diam.. Jika kau masih bujang, mesti saudara mara ataupun makcik korang ada yang tanya soalan macam ni dekat korang kan;

“BILA NAK KAWIN?” Kau jangan gelabah. Kau jawab je dengan tenang,

“In Sha Allah, doakan saya dapat jodoh yang baik”. Sambil mengukir senyuman.

Jodohkan rahsia Allah, biarlah kau serahkan pada Allah. Tak perlu nak ambil hati pun kalau ada orang tanya kau soalan macam tu.

Takkan lari Bila Dikejar

Jodoh takkan lari bila dikejar, takkan datang jika tak ikhtiar. Kalau orang yang kau suka nak pergi tu lepaskan dia dengan rela. Mungkin si dia hadir sekadar persinggahan. Sama ada kau belajar sesuatu daripada dia ataupun dia belajar sesuatu daripada kau.

1. Kau serahkan hal ehwal jodoh kepada Allah. Tapi kau kenalah berusaha juga. Usaha itu dari perilakuan, perbuatan dan perkataan.

2. Apapun, berdoalah dan beristikharahlah. Mohon petunjuk Allah. Sesungguhnya hanya Allah tahu siapa jodoh yang terbaik untuk kita.

3. Jika ada yang berkenan, semoga proses ta’aruf itu dipermudahkan Allah, In Sha Allah dia lah jodoh yang terbaik. Jika sebaliknya, bersabarlah. Mungkin belum masanya untuk Allah temukan kau orang dengan jodoh yang terbaik untuk kau orang.

Jika Sudah Mendapat Petunjuk Teruskan Langkah

4. Jika sudah mendapat petunjuk, teruskan langkah. Jika dia jodoh yang Allah tetapkan untuk kita, pasti Allah akan mempermudahkan segalanya.

5. Apabila Allah menginginkan dua hati bertemu, Dia akan menggerakkan keduanya. Tidak hanya salah satu hati.

6. Tapi jangan cuba nak try jodoh orang lain pulak ye. Dah kau orang tahu dia dah berpunya, tak payah la nak cuba juga. Tak elok kau bahagia orang lain pula derita. Binalah rumah tangga tanpa buat orang lain sengsara.

7. Jodoh ni kalau benar-benar kau sudah sedia ia akan berlaku sekejap sahaja. Contohnya berkenalan bulan satu, bertunang bulan lima dan kahwin bulan tujuh. Ataupun lebih pantas daripada itu. Kenal kejap terus akad nikah.

8. Pada kaum lelaki persiapan diri dengan ilmu pengetahuan, agama, pengurusan kewangan dan motivasi diri. Kawal marah dan tingkatkan kesabaran. Jadilah sang setia, penyayang, jujur serta ikhlas. Jika kau sudah sedia, tentunya Allah akan tunjukkan jodoh kita.

9. Pada kaum wanita, tak perlulah bersedih jika jodoh belum sampai walaupun sudah berusia. Ada hikmah disebaliknya. Perancangan Allah Maha Hebat. Dia tahu apa yang terbaik untuk kita. Senyumlah dan sabar menunggu jodoh. Berusaha dan berilah ruang dan peluang pada mereka mahu mengenali diri kau. Mana tahu jodoh kau orang sebenarnya ada depan mata. Rupa bukanlah segala-galanya. Ingat tu.

10. Kau harus bersyukur kenapa Allah belum jumpakan aku dengan jodoh kau tu. Mungkin Allah mahu kau jaga mak ayah dan keluarga kau dulu. Beri sepenuhnya perhatian kepada mereka.

Jodoh takkan datang jika kau tak usaha. Kalau kau tak berani nak ucap isi hati kau, memang kau tak tahu dia pun ada rasa yang sama ke kau ataupun tak. Usaha dulu dan tawakal kepada Allah.

Semoga tahun depan kau akan jadi suami ataupun isteri orang dah. Moga kau cepat-cepat kahwin. Kah!

[ASY]

#AmirSyahir

Kongsikan artikel ini.
  • 415
  •  
  •  
  •  

Lelaki Ini Kongsi Manfaat & Cara Nak Guna 11 Jenis Masker Untuk Wajah, Beli Di Drugstore Je!

Lelaki Ini Kongsi Manfaat & Cara Nak Guna 11 Jenis Masker Untuk Wajah, Beli Di Drugstore Je! Lelaki juga perlu […]

Kenapa perempuan suka upload gambar muka seketul kat media sosial ni? Yang Single Ok, Yang dah Kahwin tu..

Kenapa perempuan suka upload gambar muka seketul kat media sosial ni? Yang Single Ok, Yang dah Kahwin tu.. Kenapa ye […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *