Bila Stress Perut Makin Buncit, Kenalah Rajin Amalkan Petua Ibu-Ibu Zaman Dulu, Confirm Cun!

Bila Stress Perut Makin Buncit, Kenalah Rajin Amalkan Petua Ibu-Ibu Zaman Dulu, Confirm Cun! Ditegur rakan sepejabat akan perut yang makin buncit memang buat wanita stress. Di tambah pula dengan rungutan suami yang semakin membingitkan telinga. Hal ini buat kita rasa rendah diri.

Masalah perut buncit memang boleh buat wanita jadi jiwa kacau. Teguran merupakan petanda bahawa anda harus lebih menumpukan pada kecantikkan diri sendiri. Jangan asyik kisahkan soal anak sahaja.

Sambil-sambil masak di dapur, apa kata anda cuba buat petua ini. Tak usaha tak tahu akan hasilnya. Jadi kenalah cuba!

Petua 1 -Limau Nipis vs Kapur Sireh

Perah jus limau nipis dan campurkan dengan sedikit kapur sireh. Gaulkan rata dan sapukan seperti pilis pada perut. Lakukan pada keseluruhan perut dan kemudian barulah bengkung di pakai dengan kemas seperti biasa. Lakukan langkah ini setiap pagi dan petang, selama 40 hari sepanjang tempoh waktu berpantang.

Petua 2 – Cuka Vs Kunyit Hidup

Ambil sedikit cuka, garam dan kunyit hidup kemudian kisarkan hingga halus. Sapukan pada permukaan kulit perut dan ratakan seluruh kawasan. Berbengkunglah seperti biasa dan lakukan setiap hari.

Petua 3 – Jus Gula Merah

Ambil sedikit beras dan kisar hingga halus. Kemudian ambil sedikit cekur bersama gula merah, air asam jawa dan sedikit air suam dan gaulkan rata. Tapis kesemua bahan ini dan amalkan empat kali seminggu.

Petua 4 – Halia & Asam Jawa

Ambil beberapa potongan halia dan tumbuk halus kemudian gaulkan dengan perahan asam jawa yang agak pekat. Makanlah dengan nasi yang masih panas dan amalkan sajian ini setiap hari. Hasilnya, perut akan menjadi kempis malah pengaliran darah dalam badan juga akan lebih teratur. Wajah anda akan tampak lebih sihat dan berseri.

Petua 5 – Halia & Limau Nipis

Gunakan halia sebagai asas utama untuk membuang angin. Ambil halia, perahan jus limau nipis, air suam, garam dan sesudu kecil lada hitam kemudian dikisar halus. Kacau adunan dan tapislah airnya. Amalkan minum air ini sehingga perut leper.

Petua Tuam Muka Dengan Ais Beri Manfaat Untuk Kecantikan Wajah

Sebelum nak kahwin pasti macam-macam petua yang cuba anda amalkan agar seri wajah anda terserlah di hari bahagia. Maklum sahajalah anda kan bakal menjadi tumpuan ramai. Tak perlu berhabis wang ringgit, petua menuam muka dengan ais batu ternyata beri banyak manfaat untuk kecantikan wajah. Jom kita tengok antara kelebihan mengamalkan petua ini.

RAWAT BENGKAK BAWAH MATA

Masalah bengkak di bawah mata pasti merungsingkan terutamanya jika hari bahagia anda bakal tiba. Gunakan ketulan ais yang diperbuat daripada jus timun dan air mawar untuk mengatasi masalah ini. Hanya balut dua biji air batu dengan kain dan tekapkan pada mata yang terpejam. Kemudian urut dengan gerakan membulat secara perlahan selama 2 minit.

PENGGANTI ALAT SOLEK

Jangan bimbang jika anda tak ada masa nak mengenakan alat solek. Balut ais batu dan oleskan pada wajah. Hasilnya menjadikan kulit wajah akan berseri secara semula jadi tanpa penggunaan sebarang alat solek.

KECILKAN LIANG PORI

Bagi anda yang miliki pori-pori wajah yang besar, cuba sapukan ais batu pada wajah selama 2-3 minit. Jika anda lakukan secara konsisten, pori-pori wajah yang besar itu akan mula mengecil hanya dalam masa beberapa hari.

SAPUAN BEDAK ASAS LEBIH SEMPURNA

Ternyata ais batu merupakan penyegar kulit wajah yang murah dan menjimatkan. Sebelum memakai alat solek, sapukan dahulu ais batu pada wajah. Hasilnya menjadikan sapuan bedak asas anda lebih sempurna dan sekata.

Kelebihan Menuam

Memang banyak rupanya kelebihan menuam ais batu pada wajah ni kan? Rugi kalau yang nak kahwin tu tak amalkan. Dah kasi kelebihan, sekarang anda ikuti pula perkongsian Zara Razali yang pernah mengamalkan petua menuam ais batu atas saranan mak andamnya sebelum beliau melangsungkan majlis pertunangan.

Sumber: Keluarga, Pesona Pengantin

Kongsikan artikel ini.
  • 339
  •  
  •  
  •  

Sesuaikan Diri Lepas Kahwin Dengan 10 Perkara Baru Ini! Paling Penting Belajarlah Terima Pasangan Seadanya..

Sesuaikan Diri Lepas Kahwin Dengan 10 Perkara Baru Ini! Paling Penting Belajarlah Terima Pasangan Seadanya.. Kehidupan ketika bercinta tentunya tidak […]

Tak Perlu Tayang Bahagia Di Media Sosial, Bukan semua Orang Suka Kita!

Tak Perlu Tayang Bahagia Di Media Sosial, Bukan semua Orang Suka Kita! Cabaran dunia tanpa sempadan kini, ramai yang gemar […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *