Bila Tak Sedar Diri, Suami Ke Isteri Orang Mudahnya Curang

Bila Tak Sedar Diri, Suami Ke Isteri Orang Mudahnya Curang. Menakutkan dunia sekarang. Garis sempadan batasan hubungan suami orang mahupun isteri orang semacam sudah hilang. Bebasnya bergurau senda tanpa sedar diri siapa diri anda yang sebenarnya. Benar, hubungan rakan sepejabat saja. Takkan berubah menjadi cinta. TAPIII.. jangan sesekali dimulakan. Sebab sekali terlajak meluah isi hati, amat payah untuk ditarik balik. Angaunya bila berCINTA (kononnya) dengan rakan sepejabat, atau rakan apa-apalah.. akan membawa luka yang tersangat parah dalam rumah tangga anda kelak. Mesej ini ditujukan buat suami mahupun isteri orang. Sebab zaman sekarang sama saja galaknya. Macam saling berdendam pula, bila suami boleh curang mengapa tidak isteri. Eh! Eh! Kau ni dah ikut mazhab mana. Baiklah sebelum kesan kecurangan makin melarat. Sebelum VIRUS cemburu, keluh kesah dan was-was merosakkan rumah tangga. Latih diri.. batasi diri dari melakukan 4 hal ini.

1. Jangan Cari Pasal Ya.. Tak Perlu ‘TEST MARKET’

Cukup-cukuplah menguji kesetiaan isteri. Tak perlu juga nak ‘test market’ dekat dara-dara, teruna, janda malah bapak-bapak orang. Sebabnya, isteri atau suami bila dah ikhlas cintai kita, mereka adalah pencinta yang setia.

2. Telefon Bukan Dicipta Untuk Melukakan Hati Isteri

Sayangnya ramai dah salah guna. Telefon canggih itu lebih indah rupanya berbanding isteri sendiri. Lihat! Berapa ramai isteri-isteri makan hati dengan telefon suami. Sekat telefon bimbit anda ketika berada di kamar tidur (ketika bersama isteri, suami), di meja makan, ketika bersantai atau jalan-jalan dengan famili. Pleaselah.. set dekat minda yang tak dapat hadap telefon setengah jam itu tak rugi mana pun.

3. Ke Mana Pun Pergi

Tahu status diri, siapa kita sebenarnya. Suami orang atau isteri orang. Dua-dua kena kawal emosi agar tak terlalu bergurau mesra sampai membawa mimpi-mimpi indah ke orang lain. Bukan tak boleh bergurau dengan kawan. Isk! Melampau sangat sekatan itu. Cuma, berguraulah dengan cara yang sepatutnya. Kena letak batasan. Jangan terover.. membawa kepada whatsapp personal yang krik! krik! sangat.

4. Jangan Mulakan Perbualan ‘Nak Tolong Selesaikan Masalah Kawan’

Oh.. ini sangat bahaya untuk suami atau isteri orang. Mula-mula memang anda mendengar kisah-kisah rumah tangganya yang berantakan. Suami tak beri kasih sayang, mentua tak sayang, anak-anak berjauh hati. Nah! Lama-lama.. PERCAYALAH! dari niat nak tolong dengar dan bantu nak selesaikan masalah itulah yang akhirnya menjerat diri. Sudahnya, isteri orang kau tolong.. isteri di rumah kau abaikan. APOO??

Doa Itu Senjata Terbaik Untuk Baiki Hubungan Suami Isteri

Berdoa boleh saja di mana-mana. Tak perlu tunggu ketika waktu solat. Sambil menyapu boleh berdoa, ketika memasak boleh memohon padaNya. Kalau suami isteri ‘car pool’ ketika pulang dari kerja, bolehlah isteri bacakan doa-doa pengerat kasih sayang. Biar suami di sebelah tenang mendengar. Itu lebih baik daripada bergosip pasal jiran atau kawan-kawan sepejabat yang kita tak sebulu.

Sumber: Mingguan Wanita

Artikel Lain

Punca Rumah Tangga Hancur, Dek Kerana Cinta kembali Berputik Selepas Majlis Reunion!

Jaga-Jaga! Punca Rumah Tangga Hancur, Dek Kerana Cinta kembali Berputik Selepas Majlis Reunion! Rumah tangga hancur dek kerana cinta kembali berputik selepas menghadiri majlis reunion bukan lagi perkara asing. Sudah acap kali kita dengar. Tapi, apa puncanya hingga masing-masing yang sudah pun berkeluarga masih sanggup berlaku curang demi cinta lama?

Punca

Apakah mereka kesepian, kehausan kasih sayang, dahagakan perhatian, kurang sentuhan oleh pasangan sendiri hingga cinta lama kembali berputik? Tidak juga, ada yang tidak sengaja pada mulanya, akhirnya ketagih, lupa dunia! Lupa keluarga! Apakah penyebab seorang wanita dan lelaki dewasa yang sudah berkahwin, beranak-pinak, berkecukupan jasmani dan rohani mudah dikalahkan oleh nafsu? Bagaimana mahu menghilangkan ketagihan cinta ini dan langkah apa yang perlu diambil untuk menutup semua pintu kecurangan hati?

1. Tutup pintu hati

Jerat cinta lama tak akan kekal jika kita berani menamatkannya secepat yang mungkin. Tetapi tidak cukup menutup pintu hati tanpa membukanya kepada yang lebih mulia untuk dilayan cintanya. Tutup pintu untuk maksiat dan buka hati untuk bertaubat, carilah cinta Allah yang hilang. Dulu kita pernah berada pada tahap iman yang tinggi, mungkin ibadah telah sampai pada khusyuk yang sempurna dan hati cukup kenyang dengan ilmu agama dan akhlak mulia, kemudian berlalulah masa di mana kelalaian itu datang dan syaitan kembali menghembuskan syahwat yang mengalahkan iman.

2. Jaga masa, jaga amal

Setiap detik itu menentukan syurga neraka kita, begitulah nilaian yang akan diterima di akhirat. Boleh jadi disebabkan satu detik maksiat telah memberatkan timbangan dosa kita sedetik lebih daripada timbangan pahala. Semua dihitung dengan begitu halusnya sebagaimana hati yang diciptakan penuh sensitiviti seharusnya kita lebih peka dengan dosa dan pahala.

3. Keluarkan toksin daripada akal fikiran dan hati

Mahukah kita memakan daging yang sudah busuk, tentu akal kita akan berkata ia memudaratkan jasad kemudian hati terus menolaknya. Begitu juga zina dan maksiat dan perbuatan-perbuatan yang menjurus ke arahnya baik yang kecil atau besar, yang halus atau yang terang, sengaja atau tidak sengaja, semua itu mesti dibenci sebagaimana kita membenci benda-benda kotor yang memudaratkan badan. Benda kotor atau sampah itu umpama dosa-dosa yang dilakukan mata, telinga, mulut, kaki, tangan, perut, akhirnya akal dan hati menjadi penentu. Apabila kita pandai memilih makanan yang baik dan halal tentulah tubuh badan selamat dari penyakit. Tetapi jika mulut suka berkata lucah dan memfitnah, kaki tangan membantu melakukan kejahatan, akal dan hati telah dicemari toksin dosa yang tak dapat dibersihkan, mampukah kita hidup menghirup nafas iman pada akhirnya? Cinta bukan untuk dinafikan tapi dijadikan petunjuk arah, apakah syurga atau neraka yang kita petakan dalam minda dan jiwa!

Kongsikan artikel ini.
  • 659
  •  
  •  
  •  

Bukan Hanya Urut-urut Di Perut, Terus Boleh Kata Rahim Jatuh!

Bukan Hanya Urut-urut Di Perut, Terus Boleh Kata Rahim Jatuh! Betul ke lepas beranak, kaum mak-mak akan berisiko mengalami rahim […]

Tip Mudah Bangun Subuh. Amalkan, InsyaAllah Lepas Ni Tak Susah Bangun Solat Subuh!

Tip Mudah Bangun Subuh. Amalkan, InsyaAllah Lepas Ni Tak Susah Bangun Solat Subuh! Ramai beranggapan lagi lama tidur lagi bagus […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *