Bukan Hanya Urut-urut Di Perut, Terus Boleh Kata Rahim Jatuh!

Bukan Hanya Urut-urut Di Perut, Terus Boleh Kata Rahim Jatuh! Betul ke lepas beranak, kaum mak-mak akan berisiko mengalami rahim jatuh? Nak juga tahu, apa simptom-simptom yang berkait dengan masalah ini. Ada yang kata wanita akan rasa tak selesa nak duduk, kencing kerap, dan sakit tumit kaki. Puncanya sebab tak jaga dan selalu angkat benda berat. Isyh, semudah itu? Haa… sebenarnya sejauh mana kebenaran wanita akan ada masalah rahim jatuh kalau tak jaga lepas bersalin anak kecil? OK, ini pengalaman daripada salah seorang doktor sendiri, Khairul Faizie Mohammad Kamar yang berkongsi di laman facebook miliknya tentang pesakitnya yang mengadu pasal rahim jatuh.

Masalah Rahim Jatuh

Seorang wanita usia 28, berbadan kurus, anak seorang, sejarah bersalin normal, kerja ofis, takda masuk gym angkat berat. Datang sebab risau rahim jatuh. Aku tanya kenapa boleh terfikir rahim jatuh? Jawapannya sebab sakit kaki. Orang kata kalau sakit tapak kaki tu tanda rahim jatuh. Pergi berurut, tukang urut pun kata ” ni dah tanda awal rahim jatuh”. Aku tanya tukang urut tengok ke private part? Jawapannya tak, urut sekitar perut dan kawasan rahim je. Memang tipikal kan selalu dengar cerita, kalau pergi berurut, tukang urut kata rahim jatuh atau kena naikkan peranakan. Soalannya, betul ke rahim jatuh? Betul ke kena naikkan peranakan?Rahim jatuh di panggil Uterine Prolapse.

Apa simptomnya?

Rasa berat / pressure di kawasan pelvis / kawasan private part. Rasa ada benda tertonjol keluar dari vagina. Kesukaran nak kencing / berak. Sakit masa berhubungN. Jadinya, tiada simptom sakit tapak kaki. Tidak hanya dengan urut-urut kat kawasan perut atau lower abdomen tanpa melihat sendiri ke vagina, si tukang urut boleh kata rahim dah jatuh.

Dan kena faham faktor risiko untuk rahim jatuh:

Apa apa yang menaikkan pressure pada abdomen ( intra-abdominal) seperti angkat barang berat, batuk yg kronik, meneran sebab sembelit yang kronik. Kerosakan pada otot pelvis dan tisu sekitarnya semasa proses bersalin. Kelemahan otot pelvis dlm menyokong rahim, dan sebab itu majoriti kes nya berlaku pada wanita yg dah berumur..sebab hormon estrogen mula berkurangan dengan peningkatan umur ( hormon estrogen yg memastikan kekuatan otot pelvis). Pregnancy – sedang mengandung itu sendiri pun ialah risk factor utk rahim jatuh. Ada banyak lagi perkara berkaitan Uterine Prolapse / Rahim Jatuh ni, namun tulisan yang pendek ni harapnya dapat buka minda masyarakat kita, yang mana masih ada yang mudah dimomokkan dengan isu rahim jatuh.

Sumber:  Khairul Faizie Mohammad Kamar Via Mingguan Wanita

Artikel Lain

Adakah Dia Memang Ditakdirkan Untuk Kita?

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan.

1. Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang Bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3. Terima Kita Seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa Jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita.

5. Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain.

Kongsikan artikel ini.
  • 2
  •  
  •  
  •  

Nak Dapatkan Bulu Mata Lentik Dan Cantik? Korang Kena Amalkan Tips Yang Senang Ni!

Nak Dapatkan Bulu Mata Lentik Dan Cantik? Korang Kena Amalkan Tips Yang Senang Ni! Semua wanita mesti mengidamkan bulu mata […]

Bila Tak Sedar Diri, Suami Ke Isteri Orang Mudahnya Curang

Bila Tak Sedar Diri, Suami Ke Isteri Orang Mudahnya Curang. Menakutkan dunia sekarang. Garis sempadan batasan hubungan suami orang mahupun […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *