Bulan Syaaban, Pecutan Akhir Buat Wanita Untuk Qada’ Puasa

Bulan Syaaban, Pecutan Akhir Buat Wanita Untuk Qada’ Puasa. Tidak lama lagi, kita akan memasuki bulan Syaaban. Selepas habis bulan Syaaban, kita akan menempuhi pula bulan Ramadan, iaitu bulan yang disyariatkan buat semua umat Islam untuk berpuasa.

Bagi kaum wanita, inilah masa-masa akhir yang patut diambil peluang untuk mengqada’ atau menggantikan puasa yang ditinggalkan ketika bulan Ramadan yang lepas atas sebab-sebab yang tertentu. Ini kerana, ia adalah suatu kewajipan yang patut dilaksanakan.

Berikut adalah golongan wanita yang diberikan keringanan ;

1 – Wanita yang sedang haid atau nifas.

2 – Wanita yang sakit sama ada mempunyai harapan untuk sembuh atau tidak.

3 – Wanita yang sedang bermusafir ketika bulan Ramadan.

4 – Wanita yang terlalu lapar dan dahaga. Jika dia tidak berbuka akan memudaratkannya.

5 – Ibu yang menyusukan anak dan bimbang akan kesihatan dirinya sahaja atau diri berserta anaknya.

6 – Wanita hamil yang khuatir akan kesihatan dirinya sahaja atau diri berserta anaknya.

7 – Wanita tua yang sangat uzur.

8 – Wanita yang mengalami penyakit kritikal dan tidak ada harapan untuk sembuh.

9 – Wanita yang tidak mampu berpuasa kerana terpaksa bekerja berat setiap hari bagi menyara kehidupan sendiri.

Wanita yang termasuk dalam kelompok ini diharuskan berbuka dan wajib menggantikan puasa pada hari yang lain. Namun begitu, dalam situasi tertentu, ada juga golongan wanita ini diberikan keringanan lain iaitu dengan hanya membayar fidyah; iaitu pemberian sedekah kepada fakir miskin mengikut bilangan hari yang ditinggalkan, seperti golongan wanita pada nombor 7, 8 dan 9.

Adapun, bagi wanita yang perlu menggantikan puasa, mereka perlulah melaksanakannya sebelum tiba bulan Ramadan pada tahun berikutnya. Mereka diberikan pilihan sama ada ingin menggantikannya secara berturut-turut atau berselang-seli, asalkan puasa tersebut bukannya dilakukan pada hari-hari yang diharamkan berpuasa.

Sekiranya mereka tidak berbuat demikian, puasa ganti itu perlu dibawa ke tahun berikutnya dengan dikenakan denda fidyah gandaan bagi setiap tahun yang ditinggalkannya.

Kadar fidyah itu pula bergantung pada setiap negeri dan ada juga negeri yang tidak mengenakan fidyah gandaan seperti Selangor.

Apapun, cuba ingat kembali, berapakah bilangan hari yang telah ditinggalkan pada Ramadan yang lepas dan adakah kita telah menggantikannya atau belum. Jika belum, bertindaklah segera. Usah melengah-lengahkan kewajipan ini kerana ia adalah satu perintah dari Allah SWT yang termaktub dalam kitabullah. Wallahua’lam.

3 Tips Mudah Menjemput Rezeki Yang Korang Kena Tahu!

3 Tips Mudah Menjemput Rezeki. Disini dikongsikan 3 tips mudah menjemput rezeki. Perkongsian ini telah dikongsi dalam kuliah duha di […]

Jangan Takut! Hikmah Diri Diuji Dengan Jodoh

Jangan Takut! Hikmah Diri Diuji Dengan Jodoh. Ada manusia, diuji dengan ujian harta benda. Ada juga, yang diuji dengan hal […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *