Caj Tambahan RM5 Kalau Nak Renew Road Tax Di Pejabat Pos Bermula 15 Oktober

Caj Tambahan RM5 Kalau Nak Renew Road Tax Di Pejabat Pos Bermula 15 Oktober. Desas desus mengenai caj tambahan RM5 bagi memperbaharui lesen cukai jalan atau Lesen Kenderaan Motor akhirnya disahkan oleh Pos Malaysia. Caj tambahan itu akan bermula pada 15 Oktober 2018. Walaubagaimanapun caj tambahan tersebut hanya akan dikenakan kepada pelanggan korporat seperti wakil bank, syarikat kewangan, insurans atau takaful, syarikat jualan kereta baru dan terpakai sahaja.

Untuk pelanggan korporat sahaja

Orang ramai boleh menarik nafas lega kerana caj tambahan itu tidak akan dikenakan terhadap pelanggan individu. Pos Malaysia mengambil maklum mengenai gambar notis pengumuman yang tular membabitkan caj tambahan berkenaan. Notis itu ditujukan kepada pelanggan korporat seperti wakil bank, syarikat kewangan, insurans atau takaful, syarikat jualan kereta baru dan terpakai. Namun begitu, tiada caj tambahan akan dikenakan bagi pelanggan individu.

Sumber: Berita Harian

Artikel lain

Suka Berselfie Tanda Sakit Mental? Betul Ke?

Berselfie atau berswafoto belum diklasifikasikan sebagai penyakit mental kronik di Malaysia bagaimanapun tahap obses masyarakat kita terhadap aktiviti trend itu semakin membimbangkan.

Pakar Perunding Psikiatri

Pakar Perunding Psikiatri dari Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Rusdi Abd Rashid berkata, penyelidikan berkenaan perbuatan itu di negara ini tidak banyak dilakukan dan ia masih perlukan kajian ilmiah sebelum diklasifikasikan penyakit kerana dibimbangi rakyat di negara ini terjebak amalan itu secara berlebihan hingga boleh mendatangkan kemudaratan sama ada kepada kesan fizikal ataupun mental seseorang. Cuma beberapa tahun kebelakangan ini, pakar psikiatri dari seluruh dunia mengklasifikasikan swafoto sebagai satu ‘mental disorder’ terutamanya yang mendatangkan kemudaratan. Setakat ini terdapat kajian dijalankan di United Kingdom dan India terhadap 225 golongan muda melalui selfitis behaviour skill bagi melihat tahap keseriusan mereka berselfie,’ katanya.

Selfitis Borderline

Beliau yang juga Pengarah Universiti Malaya Specialist Centre (UMSC) berkata, melalui kajian itu, lebih 65 peratus daripada 225 orang berkenaan mengalami masalah selfitis behaviour scale (SBS) yang dikategorikan sebagai selfitis borderline, selfitis akut dan selfitis kronik. Selfitis borderline bermaksud mereka yang berselfie sekurang-kurangnya tiga kali sehari dan tidak memuat naik gambar dalam media sosial. Manakala selfitis akut dikategorikan mereka yang berswafoto sekurang-kurangnya tiga kali sehari dan memuat naik gambar dalam media sosial, selfitis kronik pula mereka yang berswafoto lebih daripada enam kali sehari dan memuat naik gambar dalam media sosial,” katanya. Menurutnya, berdasarkan ketiga-tiga selfitis itu, selfitis akut dan kronik akan mendorong individu itu melibatkan diri dalam aktiviti swafoto bahaya.

Mempunyai Penyakit Mental

Mereka juga dikaitkan dengan penyakit mental seperti kemurungan atau tekanan dan personaliti kepada umum.Mengikut kajian dibuat juga mendapati mereka yang berumur belasan hingga 20 tahun sering terlibat dengan gejala itu, bagaimanapun semakin meningkat usia dorongan ke arah perbuatan swafoto semakin berkurangan,” katanya. Dalam pada itu, beliau menyifatkan berswafoto juga mempunyai kaitan dengan ‘narsisistik personaliti’ bagi mereka yang mempunyai penyakit-penyakit psikiatri seperti anxiety disorder, dan ketagihan.

Mempunyai Penyakit Was-Was

“Kita tidak pasti sama ada hubung kait ini berkaitan punca atau akibat berswafoto itu sendiri. Bagaimanapun jika dilihat perbuatan berswafoto itu kemungkinan seseorang itu sudah ada penyakit atau kesan daripada sibuk berselfie akan menyebabkan komplikasi penyakit mental. Contohnya, bagi mereka yang mempunyai masalah penyakit was-was atau kurang berkeyakinan berkaitan penampilan, maka mereka akan berselfie kerana mahu memastikan diri kelihatan sempurna dalam alam maya,” katanya.

Artikel Lain

Tips Hilangkan Bekas Jerawat Lama Dengan Bahan Semulajadi!

Kesan parut lama yang sangat sukar untuk hilang boleh membuatkan anda rasa segan untuk berhadapan dengan orang ramai. Sudah bermacam cara digunakan, sudah beratus ringgit dihabiskan untuk merawat masalah kulit berparut, namun masih juga tidak hilang, malah jika tidak sesuai dengan kulit, bukan makin pulih, malah makin teruk pula jadinya. ada cara semulajadi yang boleh anda amalkan bagi menghilangkan kesan jerawat dengan lebih berkesan. Bukan sahaja menjimatkan duit anda, malah senang untuk didapati.

Kulit kayu manis dan bedak sejuk

Sediakan dua batang kulit kayu manis dan segenggam bedak sejuk. Tumbuk kulit kayu manis sampai jadi serbuk halus. Kemudian, campurkan serbuk kayu manis itu dengan bedak sejuk dan tambah sedikit air. Bila dah siap, lumurkan pada parut di muka. Buat sekerap yang mungkin, dan kelamaan parut akan pudar dan hilang. Ini juga sesuai untuk hilangkan bintik hitam pada muka anda.

Lidah buaya (aloe vera)

Bahan ini susah sikit nak cari bagi sesetengah orang. Tapi anda tetap boleh cuba juga kalau nak. Gunakan daun lidah buaya. Daun lidah buaya itu dibelah supaya lendirnya keluar dan sapukan lendir dain itu pada parut. Buat tiga kali seminggu dan parut akan hilang.

Asam Jawa

Ambil sikit asam jawa, kemudian campurkan dengan sedikit air. Pastikan jangan terlalu pekat. Sapukan campuran itu pada tempat yang berparut. Biarkan sampai kering. Sebaiknya buat pada waktu malam sebelum tidur. InsyaAllah, kelamaan nanti parut akan pudar dan hilang.

Madu

Jika anda ambil madu setiap pagi untuk ketahanan badan, ianya juga mampu memberi manfaat kepada kulit anda. Ambil sikit madu dan campurkan sikit dengan bedak sejuk. Tekapkan bedak tersebut pada tempat yang ada kesan jerawat. Lakukan sekurang-kurangnya 2 hari sekali.

Timun

Letakkan timun pada pengisar dan tapiskan airnya. Tempelkan hampas timun pada muka. Biar dalam setengah jam dan cuci bersih dengan air suam.

Daun senduduk

Rendam beberapa helai daun senduduk, sedikit cekur dan segenggam beras. Kemudian giling hingga lumat. Sapukan pada parut muka 2 kali seminggu.

Daun sirih muda

Sirih muda bukan sahaja dimanakan atau direbut untuk kesihatan dalaman, malah boleh dibuat masker bagi menghilangkan kesan jerawat. Tumbuk beberapa helai daun sirih muda. Tempelkan pada muka terutama pada bekas jerawat. Dah kering, cuci muka dengan air bersih. Cuba amalkan 3 kali seminggu.

Kongsikan artikel ini.
  • 5.8K
  •  
  •  
  •  

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *