Cara Bacaan Tahiyat Akhir Dan Awal Dengan Betul, Perbaiki!

Tip Mudah

Cara Bacaan Tahiyat Akhir Dan Awal Dengan Betul, Perbaiki! Jika anda rasa panduan ini untuk anda, jom kita mulakan. Bacaan tahiyat awal dan tahiyat akhir adalah rukun dalam solat.

BACA: SELEPAS SOLAT BACALAH 2 DOA INI UNTUK NAIKKAN SERI WAJAH, AMALKAN!

Oleh itu, lafazkan bacaan ini dengan makhraj dan tajwid yang betul.

Solat tidak sah apabila tertinggal mana-mana satu rukun.

Cara Bacaan

Meninggalkan salah satu rukun solat secara sengaja, solat akan terbatal. Sekiranya terlupa, tidak terbatal solat. Tetapi perlu ditambah rukun yang terkurang itu apabila ingat kembali.

Contohnya seorang yang terlupa membaca tahiyat semasa duduk tahiyat akhir, sebaliknya membaca al-Fatihah.

Apabila menyedari kesilapannya, dia perlu terus membaca tahiyat.

Syarat-Syarat Tasyahud (Tahiyat)

Ada beberapa perkara yang disyaratkan dalam tasyahud:

-Memperdengarkan dirinya sendiri bacaan Tasyahud

-Berurutan bacaan perkataan-perkataan tasyahud.

-Jika diselangi diantara bacaannya pertaan asing atau diam yang panjang, maka tidak dikira tasyahud itu kecuali bagi perkataan-perkataan yang warid dalam bacaan yang sempurna.

-Membaca tasyahud dalam duduk yang diikuti oleh salam.

-Bacaan tasyahud dalam bahasa arab.

-Menjaga bacaan makhraj-makhraj huruf tasyahud.

-Menjaga bacaan baris-baris sabdu dalam tasyahud.

-Membaca tasyahud dengan tertib. Membaca tasyahud dengan tertib ialah syarat yang jika ia tidak dibaca dengan tertib, bacaannya akan mengubah maknanya.

Takrif tertib

Tertib boleh ditakrifkan sebagai mendahulukan yang dahulu dan mengemudiankan yang kemudian.

Semasa mengucapkan syahadat (tulisan berwarna biru), hendaklah kita menegakkan jari telunjuk kanan.

Walau bagaimanapun, tulisan rumi tidak dapat mengeja sebutan tajwid dan makhraj perkataan Arab dengan tepat.

Oleh itu, gunakan audio bacaan yang disediakan untuk mengatasi kelemahan ini.

Sumber: Aku islam

Hampir 12 tahun ‘ghaib’, kepulangan adik Sharlinie masih dinanti keluarganya

Hampir 12 tahun ‘ghaib’, kepulangan adik Sharlinie masih dinanti keluarganya. Sekitar tahun 2007, seluruh rakyat Malaysia digemparkan dengan kes kehilangan dan […]

Kandungan Sebenar Telur Rebus Separuh Masak Setiap Pagi

Kandungan Sebenar Telur Rebus Separuh Masak Yang Kita Makan Setiap Pagi. Banyak kebaikan telur separuh masak ni. Boleh turunkan berat […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *