Cara Mudah Turunkan Berat Badan Dalam Masa Seminggu Dengan Betik

Cara Mudah Turunkan Berat Badan Dalam Masa Seminggu Dengan Betik. Diet Betik, Cara Mudah Turunkan Berat Badan Dalam Masa Seminggu | Jika anda ingin menurunkan berat badan, ada cara mudah untuk mengurangkan lemak yang degil. Anda boleh makan buah betik, yang kaya akan gizi dan juga membantu untuk menurunkan berat badan dan lemak berlebihan dari dalam tubuh.

Cara Mudah Turunkan Berat Badan Dalam Masa Seminggu Dengan Betik

Betik adalah buah yang kaya akan kalsium, vitamin, zat besi, dan riboflavin. Betik juga mempunyai kadar lemak yang sangat rendah. Enzim dalam betik, dapat membantu untuk melancarkan pencernaan lebih cepat dan mengurangkan sembelit.

Rendah Kalori

Sebiji betik kecil yang beratnya 1/2 kg hanya mengandungi 68 kalori atau 3 peratus daripada diet standard 2,000 kalori. Diet 3,500 hingga 7,000 kalori setiap minggu, dapat mengurangkan 1 hingga 2 kg berat badan. Hal ini sangat menyihatkan bukan?

Serat

Satu potongan kecil betik, dapat menyediakan 2.7 gram serat. Diet cukup serat akan menetapkan pencernaan lebih baik, serta menyerap karbohidrat. Di samping itu juga mencegah naiknya gula darah yang boleh mencetuskan kenaikan berat badan.

Lemak

Sepotong betik, hanya mengandungi 0.41 gram lemak. Tubuh memerlukan keperluan harian lemak untuk otak dan kesihatan jantung. Memakan betik tidak akan menyebabkan peningkatan lemak. Berat badan pun lebih mudah turun.

Air

Sepotong buah betik mengandungi 138 gram air atau 89 peratus dari berat keseluruhannya. Pengambilan cecair akan membersihkan racun dari tubuh dan melancarkan metabolisme.

Diet Betik Selama Seminggu

1. Mulakan untuk mengambil betik pada setiap pagi. Potong dadu dan jadikan salad untuk sarapan.

2. Selepas makan tengah hari, anda boleh amalkan minum 1 gelas jus betik tanpa gula. Lakukannya selama seminggu.

3. Tempatkan betik mentah pada suhu bilik agar cepat matang. Setelah matang simpan dalam peti sejuk selama seminggu. Pengambilan segera atau dalam beberapa hari.

Amalkan pengambilan betik dalam makanan harian anda, selain itu sentiasa minum air putih, makan makanan kaya serat dan rutin bersenam. Inshaallah, anda boleh dapatkan bentuk badan ideal.

Kongsikan artikel ini.
  • 698
  •  
  •  
  •  

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *