Cara Nak Kelihatan Cantik Semulajadi, Amalkan Sapu Vaseline Sebelum Tidur

Cara Nak Kelihatan Cantik Semulajadi, Amalkan Sapu Vaseline Sebelum Tidur.Setiap orang mempunyai pengalaman yang berbeza-beza dalam menjaga kesihatan diri, dari penjagaan rambut sehinggalah kaki. Bagi sesetengah orang, untuk memiliki rupa yang cantik dan kulit yang sihat, anda perlu mengeluarkan kos yang banyak.Tetapi jika anda tahu bagaimana untuk manfaat sesuatu produk, ataupun daripada bahan semulajadi, anda tidak perlu habiskan ribuan ringgit pun untuk mendapatkan kulit yang cantik.

Penjagaan Kulit

Kita semua tahu Vaseline merupakan produk penjagaan kulit yang mengagumkan dan sememangnya boleh dipercayai, ianya mampu merawat pelbagai jenis masalah kulit. Sesi 10 minit sebelum tidur sediakan bahan-bahan ini. 1 bekas Vaseline Petroleum Jelly.1 losyen badan Vaseline. Sebenarnya bahan-bahan ini mampu menyelesaikan beberapa masalah yang kerap menganggu anda. Jom kita lihat.

Anda Kerap pakai maskara?

Jika anda seorang wanita yang sangat gemar memakai maskara, apa yang paling merimaskan adalah apabila anda mahu mencucinya, jika tersalah cuci, mata anda akan menjadi hitam. Dengan Vaseline masalah itu boleh datasi. malah dengan Vaseline akan membuatkan bulu mata anda akan menjadi lebih lebat dan cantik secara semulajadi. Solusi: Sebelum tidur, ambil sedikit Vaseline Petroleum Jelly dan sapu nipis di helaian bulu mata. Jangan terlalu tebal, nanti melekit pula disekitar kelopak dan bawah mata. Hasil: Bulu mata semakin lebat, tebal dan bila tanggalkan maskara memang jarang bulu mata tercabut. Paling best, helaian bulu mata semakin lebat.

Masalah siku hitam

Solusi: Seperti biasa, sapukan Vaseline Petroleum Jelly di kedua-dua belah siku anda. Sapu sehingga kulit menyerap produk. Hasil: Bila bangun tidur esok paginya, memang rasa kulit dibahagian siku lebih lembut dan licin. Setelah dua minggu, anda akan dapat lihat kulit siku pun lebih cerah.

Lipstik lebih tahan lama

Solusi: Seperti biasa sapu Vaseline Petroleum Jelly di bibir selepas selesai semua rutin penjagaan wajah. Hasil: Bila anda hendak pakai lipstik keesokannya memang mudah sahaja, bibir lebih lembut dan licin. Kesan pemakaian lipstik pun tahan lebih lama. Selamat mencuba!

Sumber: Ciklee.club

Artikel Lain

Khasiat Limau Kasturi Kepada Seluruh Badan Anda

Limau kasturi sememangnya terkenal dengan rasanya yang sangat sedap apabila dicampurkan dalam minuman, malah mampu memberi aroma yang sangat sedap dalam masakan. Antara menjadi kegemaran orang melayu adalah laksa, jika tiada perahan limau, ianya seperti tidak lengkap dalam hidangan laksa tersebut. Dalam minuman pula, ianya mampu memberi rasa segar kepada sesiapa sahaja yang meminumnya, antara minuman yang boleh dicampurkan dengan perahan limau kasturi adalah Teh. Sesiapa yang gemar akan minuman itu pasti sudah tahu akan rasanya. Pokok limau kasturi ini lebih dikenali melalui batang dan cabangnya yang berduri, buahnya berbentuk seperti limau namun saiznya lebih kecil. Baunya yang sangat harum boleh menyegarkan sesiapa sahaja yang menghidunya.

Kandungan Vitamin

Limau kasturi juga terkenal dikalangan mereka yang sangat mementingkan kesihatan, kerana Ia juga mengandungi kandungan vitamin C dan merupakan salah satu sumber antioksidan yang baik. Jika anda mahu hilangkan rasa tertekan, dan mahu rasa segar sepanjang hari, anda boleh cuba minum air perahan limau kasturi ini. Pasti ianya akan memberikan anda rasa yang lebih tenang dan segar. Mengandungi sebatian antibakteria yang bagus, limau kasturi juga mampu berfungsi sebagai deodoran semula jadi kerana boleh menyelesaikan masalah bau badan dengan beberapa cara. Berikut merupakan beberapa khasiat dan kegunaan limau kasturi yang mampu menyelesaikan beberapa masalah kesihatan.

Ubat kurus

Perah limau nipis dicampur bersama teh tanpa gula dan minum setiap hari. Sebaik-baiknya biarlah teh itu suam. Amalkan meminum air ini dan InsyaAllah perut yang buncit akan menjadi kempis.

Ubat demam

Petik 2-4 genggam daun limau nipis, rebus dengan 2 hingga 4 gelas air. Gunakan air rebusan itu untuk menuam pesakit yang demam dengan merendam kain dengan air rebusan dan diperah, lalu diletakkan didahi.

Ubat hilang bau ketiak

Siapkan limau nipis yang telah dicampur dengan kapur sireh. Setelah mandi, sapukan campuran ini pada ketiak dan biarkan beberapa waktu sebelum dibasuh. Lakukan dengan kerap pagi dan petang.

Ubat pening kepala

Ambil sebiji limau kasturi dan potong sedikit dibahagian atasnya. Kemudian, picit kulit limau kasturi tadi sehingga mengeluarkan air. Pastikan anda menghalakan cecair itu kearah hidung semasa ia terpancut.

Ubat lelah

Ambil satu sudu madu (kalau boleh madu asli). Kemudian, campurkan dengan 5 titik jus limau kasturi. Anda boleh meminumnya bila-bila masa ketika mengalami lelah. Cukuplah diamalkan seminggu sekali.

Ubat batuk

Campurkan limau, kicap dan garam. Amalkan minum setiap pagi dan malam.

Ubat kelemumur

Biasakan mencuci rambut dengan beberapa helai daun rambutan yang diramas bersama setengah cawan air hingga mengeluarkan lendir. Kemudian bancuh sebati lendir daun rambutan bersama dua cawan santan dan sebiji limau nips. Lumur pada kepala dan balut menggunakan tuala lembap. Biar sebentar sebelum dibilas bersih. Lakukan seminggu sekali.

Hilangkan kesan minyak pada baju

Perah sebiji limau kasturi kedalam piring. Campur perahan limau dengan sedikit garam. Kemudian, gosokkan campuran diatas pada bahagian pakaian yang terkena minyak. Lepas digosok, biarkan selama 5 hingga 10 minit. Kesan minyak akan hilang. Akhir sekali basuh pakaian tadi dengan pakaian lain seperti biasa.

Ubat wangi rambut

Ambil beberapa biji limau nipis dan hiris. Kemudian gosok seluruh kepala, biarkan beberapa minit dan barulah dicuci bersih.

Mengilatkan cermin mata

Cuci dan gosok sedikit limau pada kaca cermin mata. Bilas sebersihnya kemudian lap dengan kain bersih atau tisu. Hasilnya cemin mata nampak jelas dan tahan lebih lama.

Kongsikan artikel ini.
  • 689
  •  
  •  
  •  

Cara Mudah Nak Delete Akaun Facebook, Bila Pemiliknya Telah ‘Pergi’

Cara mudah nak nak delete akaun facebook, Bila Pemiliknya Telah ‘Pergi’. Buat waris atau ahli keluarga pemilik facebook yang dah […]

Terlajak Perahu Boleh Diundur, Terlajak Komen…

kelmarin Sultan Muhammad V, dimaklumkan sudah meletakkan jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong XV berkuat kuasa 6 Januari (Ahad). Pengumuman yang […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *