Cara Untuk Bangun Solat Tahajud, Cara Konsisten Untuk Beginner!

0
14

Cara Untuk Bangun Solat Tahajud, Cara Konsisten Untuk Beginner! Tip ni mungkin tak sesuai untuk otai tapi beginner suka sangat tip ni sebab mereka perlukan tip untuk istiqamah buat tahajud. Inilah uniknya tip yang dikongsikan Rafiza Idayu. Yang mana idea ini diperoleh semasa bulan puasa dan dipraktikkan secara konsisten malah buat dirinya terus istigamah bangun bertahajud.

BACA: Setiap Kali Jiwa Terasa Sedih & Terbeban Dengan Hutang, Amalkanlah Doa Ini!

Tip Bangun Solat Tahajud Untuk Beginner

Tip

Sekali lagi ni ilham dari Allah, kemudian saya share tip ini pada kawan saya. Kemudian dia suka tip ini sebab dia kata agak praktikal. Mungkin dah ada yang amalkan tapi ramai juga belum tahu.

Dulu kalau saya bangun tahajud selalu set alarm pukul 3 atau 4 pagi. Liat jugalah nak bangun. Buat tahajud pun tak konsisten. Lepas tu siap fikir ngantuk kot esok pagi sebab waktu tidur dah short sikit sebab cilok untuk tahajud. Dah la solat tahajud celam celum, terus buat yang extreme. Baca surah sampai 7 kali setiap rakaat. Lepas tu, sujud lama baca 40 kali doa Nabi Yunus. Lepas itu tambah lagi solat taubat dan solat witir. Saya buat tapi tak istiqamah.

Cara Bangun Solat tahajud Ini Lebih Praktikal

Saya bangun awal 4.30 pagi siapkan sahur dahulu. Sebelum nak makan sahur, dalam pukul 5 pagi saya cilok buat tahajud dua rakaat dengan basic solat sahaja. Kemudian saya makan sahur. Kemudian solat Subuh. Hasilnya, bulan puasa tersebut saya dapat istiqamah buat tahajud.

Tip Untuk Beginner

1. Bangun solat tahajud dalam pukul 5 atau 5.15 pagi. Atau setengah jam sebelum masuk waktu Subuh.

2. Buat solat sunat basic dahulu. Tak perlu extreme buat solat dengan bacaan surah sampai 7 kali. Buat solat macam kita solat sunat sebelum atau selepas solat fardu. Pendek dan ringkas.

Nak Istiqamah Kena Pasangkan Niat Untuk Konsisten

Selalu Amalkan

Semoga kita istiqamah. Bukan senang kita nak bangun Solat Tahajud. Bila kita start nak berubah menjadi lebih baik, syaitan hantar General Perang dia yang asyik bisik “ko bangun tahajud, nanti esok ngantuk. Lagipun ko muda lagi, tunggulah esok dah pencen, anak anak dah beso barulah engkau buat.”

Kita dah bangun ni setan bisik apabila kita off alarm dalam smartphone kita “tengoklah facebook dulu, update status kita bangun awal. Nanti ko boleh tengok kawan kawan ko yang bangun awal, siapa update status.” Skrol punya skrol, azan Subuh pun berkumandang.

Sahabat… Begitulah kita. Bukan mudah nak didik hati sendiri melakukan perubahan. Nak lawan nafsu dan nak lawan syaitan. Saya doakan kita istiqamah. Semuanya bermula dari langkah pertama. Mari kita rebut ganjaran Allah untuk mereka yang kuat dan istiqamah.

Sumber: Rafiza Idayu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here