Checklist Umrah Wanita, Ini Antara Senarai Barangan Keperluan

Checklist Umrah Wanita, Ini Senarai Barang Keperluan Umrah. Sesiapa sahaja yang mendapat peluang untuk mengerjakan haji atau umrah, pastinya tidak sabar-sabar untuk menjadi tetamu Allah. Mana tidaknya, bukan semua orang berpeluang untuk mengerjakan tuntutan agama itu. Selain dapat melaksanakan ibadah di sana, para jemaah juga berpeluang melawat tempat-tempat bersejarah. Oleh sebab itu, kami begitu teruja untuk berkongsi checklist umrah wanita.

Sedikit pesanan komuniti, bagi yang belum ada rezeki menunaikan haji tahun ini, boleh cuba dapatkan contoh surat rayuan haji.

Checklist kelengkapan, keperluan & persediaan pergi umrah

Penulisan ini adalah sebagai langkah awal persediaan umum untuk orang yang merancang untuk menunaikan kedua-dua ibadah ini kelak.

Bawa atau beli barang di sana?

Dikhabarkan bahawa harga sesetengah barangan di sana juga agak mahal. Oleh itu, perancangan yang rapi dapat menghindari masalah-masalah lain di sana nanti. Hendak beribadah pun hati menjadi tenang.

Namun, jika anda ada duit lebih dan rasa beg berat untuk bawa semuanya dari Malaysia, itu terpulang. Tiada paksaan.
Kami hanya akan menyenaraikan barangan yang perlu dibawa oleh jemaah wanita serta kelengkapan umum. Selain itu, maklumat tempat untuk mendapatkan barangan tersebut juga akan dikongsikan.

Checklist umrah wanita yang penting

Barang keperluan umrah wanita yang umum
Tambahan: Checklist haji wanita
Checklist umrah wanita yang penting
Checklist umrah wanita dan barang keperluan haji
Ini ialah senarai barangan kelengkapan untuk jemaah wanita yang ingin pergi menunaikan ibadah umrah.

Telekung

Jemaah wanita perlu membawa 2 helai telekung yang mempunyai label Malaysia. Bawalah telekung yang ringan tetapi tidak jarang. Tidak perlu hiasan berlebihan seperti manik dan sulaman. Ingat, tujuan anda ke sana adalah untuk beribadah, bukan untuk menghias diri secara berlebihan.

Jubah hitam / putih

Cukuplah membawa 2 helai jubah yang berwarna hitam atau putih. Jika hendak beli di sana juga boleh. Harga yang ditawarkan masih murah. Jika dibawa dari sini, pastikan jubah itu tidak berat dan mempunyai hiasan berlebihan.

Tudung labuh hitam / putih

Jemaah wanita juga dikehendaki membawa 2 helai tudung labuh sama ada berwarna hitam atau putih. Pastikan tudung tersebut mempunyai penutup dagu. Bukan apa, boleh terus dibuat solat nanti.

Stoking

Perlu juga membawa 4 pasang stoking iaitu 2 pasang jenis mesra wuduk dan 2 pasang lagi stoking jenis biasa. Stoking jenis mesra wuduk ini sangat membantu untuk mengambil wuduk.
Namun, dinasihatkan berhati-hati kerana ketika bertawaf kain mudah tersingkap dan menampakkan kaki. Oleh itu, bolehlah memakai alas stoking biasa bersama untuk mengelakkan masalah ini.

Sarung lengan

Dinasihatkan juga membawa 2 pasang sarung lengan. Walaupun memakai jubah dan bertelekung, dikhuatiri lengan baju terselak atau ternaik ketika membuat tawaf. Jangan lupa, aurat wajib dijaga!

Anak tudung

Kini, terdapat pelbagai jenis anak tudung di pasaran. Bolehlah bawa 3 helai anak tudung untuk dipakai dengan tudung labuh atau telengkung nanti.

Kasut tawaf / sa’i

Jika hendak bawa, cukuplah sepasang sahaja. Jika sudah ada stoking, kasut ini boleh juga tidak dipakai.

T-Shirt

Untuk keselesaan ketika tidur, jemaah wanita bolehlah membawa 2 helai T-Shirt. Malahan, ketika hendak mendaki gunung juga boleh dipakai. Yang penting longgar, labuh dan tidak jarang.

Seluar

Boleh bawa 2 pasang seluar untuk dipakai ketika tidur. Malahan, boleh juga dipakai ketika tawaf untuk mengelak masalah melecet di celah kelengkang.

Kain batik

Cukup hanya bawa sehelai kain batik yang boleh dijadikan kain basahan semasa berada di dalam bilik.

Kasut dan selipar

Boleh bawa sepasang kasut bertutup atau selipar (pastikan pakai stoking sekali) untuk memudahkan berjalan.

Pakaian dalam

Pakaian dalam seperti baju dalam atau anak baju bolehlah dibawa ikut keperluan sahaja.

Barangan peribadi

Jangan lupa bawa tuala wanita, panty liner dan kapas muka untuk dipakai jika berlaku keputihan ketika tawaf. Lampin dewasa juga perlu dibawa bagi jemaah yang memerlukannya.

Barang keperluan umrah wanita yang umum

Checklist umrah wanita ini bukanlah untuk perempuan sahaja. Ia adalah umum, iaitu untuk perempuan dan juga lelaki. Di bawah ini, kami senaraikan senarai semak yang umum.

Passport

Jangan lupa bawa pasport, surat atau tiket penerbangan dan dokumen yang berkaitan. Jika dengan travel agency, biasanya mereka akan pegang tiket kapal terbang. Hanya jika anda pergi sendiri-sendiri secara DIY, perlu semak semula yang semuanya ada.

Pastikan semuanya telah lengkap sebelum pendaftaran. Diingatkan bahawa kad pengenalan anda tidak perlu dibawa kerana di sana segala.

Sumber: The Rohani

Dunia Akan Bergelap Selama 40 Hari, Gejala Jerebu Ingatkan Tentang Peristiwa ‘Dukhon’

Dunia Akan Bergelap Selama 40 Hari, Gejala Jerebu Ingatkan Tentang Peristiwa ‘Dukhon’. Susulan daripada kebakaran hutan lebih 1000 hektar di […]

5 Cara Islam Kalau Nak Jaga Wajah Agar Kelihatan Awet Muda. Rugi Kalau Tak Cuba!

5 Cara Islam Kalau Nak Jaga Wajah Agar Kelihatan Awet Muda. Rugi Kalau Tak Cuba! Wajah yang kelihatan awet muda […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *