Cikgu Sekolah Ini Kagum Dan Sungguh Tidak Sangka, Pemuda Tukang Cuci Di Sekolah Rupa-Rupanya Bakal Doktor Lulusan Dari Mesir

Cikgu Sekolah Ini Kagum Dan Sungguh Tidak Sangka, Pemuda Tukang Cuci Di Sekolah Rupa-Rupanya Bakal Doktor Lulusan Dari Mesir. Mungkin kisah ini mampu membuka mata anak muda di luar sana agar tidak memilih pekerjaan. Bukan calang-calang, seorang pemuda graduan kedoktoran dari Mesir ini sanggup melakukan apa sahaja pekerjaan termasuklah menjadi pekerja pembersihan di sekolah asalkan rezeki yang diterima halal.

Seorang guru, Noorihsham A Rahim tampil menceritakan kisah ini. Disangka anak muda itu hanya tukang cuci biasa di sekolahnya, rupa-rupanya tanpa disangka-sangka dia ialah seorang doktor yang bakal berkhidmat untuk negara. Memang respect!

TABIK HORMAT!

Pemuda ini masuk bekerja sebagai Pekerja Pembersihan Swasta di sekolah saya. Orangnya tidak banyak bicara dan tekun melaksanakan tugasnya.

Kelmarin, dia ingin berjumpa dengan saya. Bermacam-macam perkara yang terlintas dalam pemikiran saya… Pelik!

“Cikgu, saya nak minta tolong!” Katanya penuh tertib.

“Kenapa?” Saya bertanya sambil memerhatikannya.

Dia tersenyum penuh keikhlasan. Makin pelik!

“Cikgu, saya nak minta tolong untuk cikgu jadi saksi sebagai kakitangan kerajaan.” Katanya sambil tersenyum.

“Aduhai, Apa pulak ni!” Getus hati. Saya tenung wajahnya. Tiada sebarang kejanggalan. Pelik! Pelik!

Saya semakin berperang dengan perasaan, antara lojik dan andaian. Dia menyua satu borang. Saya ambil, baca & merenung dia kembali! Saya kagum!

Secara spontan saya bertanya kepada dia, “kenapa kerja di sini?”

Dia menjawab dengan senyuman, “cari duit, cikgu. Duduk rumah pun bukan dapat apa-apa.”

“Dah berapa lama tak dapat kerja dengan kerajaan ni?” Tanya saya penuh kekaguman.

“Dah setahun lebih. Saya buat dulu kerja-kerja lain dan macam-macam kerja,” katanya.

Saya menandatangan pada ruangan yang diperlukan tanpa rasa curiga. Saya berjabat tangan dengannya. “SELAMAT UNTUK SEMUANYA!” Ucap saya penuh ikhlas. Terasa saya ingin berikan satu tabik hormat kepadanya serta mereka yang bersikap sepertinya.

Siapa pemuda itu tadi?

BELIAU BAKAL SEORANG DOKTOR YANG BARU MENERIMA SURAT PANGGILAN UNTUK BERTUGAS DI SALAH SEBUAH HOSPITAL KERAJAAN.

BELIAU MERUPAKAN SEORANG GRADUAN DRP MESIR.

Tuan-tuan & Puan-puan Yang dimuliakan,

Terima kasih atas segala respons terhadap pos Facebook saya ini. Kisah ini hanyalah satu kisah kecil yang berlaku dalam ruang lingkup kehidupan kita. Mungkin banyak lagi kisah-kisah hebat yang boleh dijadikan panduan.

Sejujurnya, perkara pertama yang terlintas dalam pemikiran saya? Saya melihat kita dahagakan sesuatu yang boleh dijadikan sumber inspirasi.

Percayalah… Adakalanya sesuatu perkara yang kita anggap kecil tetapi mungkin memberi impak yang besar kepada orang lain.

Semua orang boleh dan mampu memberi hujah dan pendapat masing-masing. Namun, biarlah disantuni dengan adab.  yang menyinggung hati mana-mana pihak. Tiada sekelumit pun niat untuk berbuat demikian. Terima kasih.

Sumber : Noorihsham A Rahim

Kongsikan artikel ini.
  • 655
  •  
  •  
  •  

Kau Bercintalah Bagai Nak Rak, Tapi Hakikatnya Kehidupan Lepas Kahwin Tak Sama Masa Bercinta!

Kau Bercintalah Bagai Nak Rak Tapi Hakikatnya Kehidupan Lepas Kahwin Tak Sama Masa Bercinta. Lelaki ini kongsi, hakikat kehidupan lepas […]

Kalau Ada Niat Nak Dirikan Masjid, Allah Pasti Bantu Cukupkan Rezeki

Kalau Ada Niat Nak Dirikan Masjid, Allah Pasti Bantu Cukupkan Rezeki. Setiap pasangan yang bercinta pastinya ada keinginan untuk mengakhiri […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *