Cuba Amalkan Doa Ini Supaya Wajah Anda Sentiasa Nampak Cantik Dan Berseri-Seri. InshaAllah Wajah Kita Kekal Berseri!

Cuba Amalkan Doa Ini Supaya Wajah Anda Senantiasa Nampak Cantik Dan Berseri-Seri. InshaAllah Wajah Kita Kekal Berseri! Keinginan untuk tampil cantik dan berseri adalah hal yang sungguh manusiawi. Bahkan dari zaman rasulullah pun penampilan menjadi sebuah bahasan yang sering diperbincangkan. Dan kethuailah bahwa doa ini yang menjadikan manusia terlihat lebih cantik dan berseri. Bagi sesiapa yang menginginkan supaya muka atau wajah nya berseri perlulah ia membaca surah Yusuf Ayat 4 (sebaik baiknya selepas shalat).

Mari lah kita amalkan ayat pengasih surah Yusuf ayat 4 dan Surah Thahaa ayat 39 seperti di bawah ini. Bagi sesiapa yang sudah mengamalkan, Alhamdulillah.. teruskan Ayat ini adalah ayat pengasih bagi mengeratkan lagi hubungan suami isteri dan ianya juga boleh untuk anak-anak (supaya anak hormat kepada kita sebagai ibu bapak mereka), keluarga dan sahabat handai taulan. Idz Qaala Yuusufu Li Abiihi Yaa Abati Inni Ra Aitu Ahada Asyara Kaukabauw Wasy Syamsa Wai Qamara Ra aituhum Lii Sajidin.

Maksud Surah Yusuf Ayat 4;

(ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: Wahai ayahku! Sesungguhnya Aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; Aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku. Setelah membaca surah teruskan dengan membaca keratan ayat dalam surah Thaahaa ayat 39. Wa-alqaytu Alayka Mahabbatan Minnii Walitushna Alaa Ainii

Maksudnya surah Thaahaa ayat 39.:

Dan Aku telah tanamkan dari kemurahanKu perasaan kasih sayang orang terhadapmu; dan supaya Engkau dibela dan dipelihara Dengan pengawasanKu.

Caranya:

Dibaca 3 kali kemudian sapu ke muka wajah. Amalan ini juga sesuai bagi mereka yang berat jodoh.

Perlu diketahui :

Jangan membaca tanpa memisahkan ayat tersebut. Surah Yusuf ayat 4 dibaca sehingga selesai, kemudian berhenti sebentar dan teruskan membaca keratan surah Thaahaa ayat 39. Jangan disambungkan terus dengan bacaan surah Yusuf tadi. Gunakan doa penyeri pemanis dan pengasih wajah surah nabi yusuf ini dengan niat yang baik terutama untuk isteri yang ingin suaminya menyayanginya lebih lagi.

Setiap kali bertemu atau bersua dengan kekasih/isteri/suami, bacalah kedua ayat ini. Untuk mendapatkan kesan yang baik, hendaklah diamalkan selalu membaca dihadapannya. Tidak perlu membaca dengan kuat, memadailah dengan hanya membaca di dalam hati. Selain itu agar dikasihi masyarakat, bacalah kedua-dua ayat ini setiap kali lepas solat sebanyak 3 kali.

Artikel Lain

Lepas Jadi Isteri, Ramai Perempuan Tak Perasan Dengan 4 Perubahan Ini

Perkahwinan adalah sesuatu yang membahagiakan. Lebih lagi jika kita berkahwin dengan lelaki yang kita cintai. Oleh itu, banyak perubahan yang berlaku pada perempuan yang kita sendiri sebenarnya tak perasan. Ini 4 Perubahan yang sering berlaku kepada perempuan selepas bergelar isteri.

1. Aura lebih tenang

Walaupun mungkin tertekan dengan peranan baru sebagai isteri, tetapi aura wajah wanita yang sudah berkahwin biasanya akan kelihatan lebih tenang. Walaupun pada beberapa waktu kelihatan letih, tetapi apabila tersenyum kelihatan berbeza dari biasa.nPerasaan lebih tenang kerana sudah mempunyai sandaran yang boleh menjadi salah satu faktor.

2. Lebih mudah berkompromi

Walaupun pada mulanya sukar, tetapi dari masa ke semasa anda akan lebih mudah berkompromi dengan semua perkara baru yang anda alami. Terutama berkompromi dengan semua kelebihan dan kekurangan suami. Dalam menghadapi sebarang masalah, nampaknya mereka berubah menjadi lebih fleksibel. Alasan mereka mula belajar bersabar. Selain itu, suami juga boleh melakukan perkara yang sama.

3. Sangat mudah tertekan

Tidak semua akan mengalami hal ini. Tetapi dalam beberapa kes, tahap tekanan wanita berkahwin akan meningkat. Ini berkaitan dengan semakin banyaknya tanggungjawab. Di samping itu, kerana perkahwinan bukan hanya menyatukan dua individu tetapi juga dua keluarga, proses penyesuaian juga dapat menimbulkan tekanan bagi isteri.

4. Dari jual mahal dan sebaliknya

Bila sudah sah bergelar suami-isteri. Wanita yang pernah menjadi acuh tak acuh akan menjadi lebih berhati-hati. Setelah mereka dimiliki, wanita mungkin menjadi lebih cemburu daripada biasa. Sekiranya ini berlaku, suami mesti mula memberikan pemahaman. Terutama jika kecemburuan ini membuat kedua-dua pihak rasa tidak selesa.

5. Tidak teragak-agak mengadu pada pasangan

Jika kali pertama berkahwin mungkin masih malu atau teragak-agak untuk mengadu dengan pasangan, sekarang selepas perkahwinan anda rasa lebih bebas untuk mengatakan perkara-perkara yang membuat anda kurang selesa. Tetapi ini sebenarnya adalah perkara yang positif kerana ia adalah tanda bahawa anda sudah rasa benar-benar selamat dan selesa dengan suami.

Artikel Lain

Betul Ke Berkahwin Dengan Kekasih Dari Zaman Sekolah Lebih Bahagia?

Mesti masa zaman persekolah kita pernah bercinta bukan? Ada juga hubungan percintaan tersebut yang berakhir ketika tamatnya tempoh persekolahan dan ada yang berakhir ke jinjang pelamin! Menurut kajian yang pernah dikongsikan, berkahwin dengan kekasih zaman sekolah itu ternyata lebih terjamin dan bakal berakhir dengan kebahagian sehingga ke akhirnya, betul ke?

1. ADA DENGAN KITA UNTUK HADAP PERKARA BESAR DALAM HIDUP

Dialah yang ada dengan kita waktu suka dan duka termasuklah masa kita peroleh keputusan PMR/PT3/SPM, sewaktu pegang skrol graduasi di konvokesyen Universiti, waktu kita tertekan menghadap situasi di alam pekerjaan, waktu kita menangis gembira di hari pernikahan, waktu kita meneran melahirkan zuriat untuk dari dulu sampai sekarang semua momen berharga dapat dikongsi bersama!

2. KEMUNGKINAN UNTUK BERCERAI SANGAT RENDAH

Kalau dah kekal sampai hari ni sejak dari zaman sekolah dahulu, sukar rasanya untuk si dia meninggalkan kita sewenangnya. Dari remaja sampai dah berumur macam ni kalau si dia masih sanggup bersama kita, itu adalah cinta yang paling agung dan pasti ramai pasangan lain yang iri melihat.

3. RAPAT DENGAN KELUARGA MERTUA

Tak dinafikan ada orang yang bercerai sebab tak tahan dengan keluarga mertua. Tapi kalau kita kahwin dengan kekasih zaman sekolah, ibu bapa mereka pasti sudah kenal rapat dengan kita betul tak? Jadi tak ada masalah untuk nak mesra dan jadi rapat dengan ahli keluarga pasangan kita.

4. TEMPOH DARI RAKAN MENJADI KEKASIH BANTU KUATKAN EMOSI

Kita yang dulu bukanlah kita yang sekarang. Waktu muda memang lebih banyak drama daripada yang logik betul tak? Maklumlah masing-masing belum matang. Oleh itu, tempoh waktu perkenalan sudah lebih lama dan pastinya si dia dapat mengenal baik buruk kita secara mendalam. Setakat merajuk dan amarah kita tu, semuanya dalam poket dia. Dia mesti boleh handle!

5. MILIKI HATI & JIWA KENTAL

Sebab dalam tempoh perkenalan yang sangat lama dari zaman sekolah, dah selalu sangat bertengkar, bergaduh, salah faham dll. Jadi bila dah jadi suami isteri, rasanya tak ada masalah pun untuk satu sama lain bergaduh besar. Asalkan keduanya kekal berada di sisi masing-masing, merajuk pun mesti sekejap je.

Kongsikan artikel ini.
  • 1.7K
  •  
  •  
  •  

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *