“Dia Terus Terjun Untuk Selamatkan Adik, Tapi Dia Pula Yang Tak Timbul – SEBAK! Nak selamat adik, abang yang ‘pergi’

“Dia Terus Terjun Untuk Selamatkan Adik, Tapi Dia Pula Yang Tak Timbul – SEBAK! Nak selamat adik, abang yang ‘pergi’ Hasrat seorang abang menyelamatkan adiknya tidak kesampaian selepas dia lemas ketika mandi di kawasan perkelahan air terjun Belukar Bukit, Kuala Berang, hari ini.

Dalam kejadian 5.45 petang, mangsa, Mohamad Aisar Hisham Mohd Kamal, 22, yang berasal dari Bukit Saujana, Johor Baharu dikatakan cuba menyelamatkan adik perempuannya, Nur Aifaa Diyana, 21, daripada lemas.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Berang, Zuraidi Mohd Yusof berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 6 petang.

Bergegas Ke Lokasi

Menurutnya, seramai lapan anggota bergegas ke lokasi kejadian dan segera menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa.

“Adik perempuan mangsa yang sedang berenang dikatakan lemas sebelum mangsa terjun untuk menyelamatkan adiknya itu” katanya.

Katanya, adik mangsa berjaya diselamatkan orang awam yang menyaksikan kejadian itu.

“Adik mangsa diselamatkan tetapi pengsan dan kami sedaya upaya membuat CPR untuk menyedarkan mangsa.

“Selama 20 minit pencarian, kami dengan dibantu penduduk kampung akhirnya berjaya menemui jenazah mangsa,” katanya.

Ditemui 20 Meter

Zuraidi berkata, mayat mangsa ditemui di dasar sungai kira-kira 20 meter dari tempat dia dilaporkan lemas.

Beliau berkata, mangsa adalah bekas pelajar Akademi Binaan Malaysia Johor Baharu dan jenazahnya diserahkan kepada polis sebelum dibawa ke Bilik Forensik Hospital Hulu Terengganu untuk siasatan lanjut.

Katanya, adik mangsa turut menerima rawatan di hospital sama.

Difahamkan, 10 ahli keluarga termasuk mangsa dan adiknya dikatakan mengikut saudaranya bercuti di situ.

Sumber: Harian Metro

Kongsikan artikel ini.
  • 5.9K
  •  
  •  
  •  

Dajal ini makhluk apa? Benarkah ia ada tertulis kafir di dahinya? Bolehkah kita selamat daripadanya? – Menghadapi fitnah Dajal

Menghadapi fitnah Dajal. Saya ada dengar ceramah berkenaan Dajal. Saya mahu kepastian daripada ustaz, Dajal ini makhluk apa? Benarkah ia […]

‘Ayah you ni sangat mudah kami uruskan’ -Pengurus Jenazah Kongsi Pengalaman Waris Bangsa Cina Sambut Jenazah Ayah

‘Ayah you ni sangat mudah kami uruskan’ -Pengurus Jenazah Kongsi Pengalaman Waris Bangsa Cina Sambut Jenazah Ayah. Berpeluang menguruskan jenazah […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *