Dipukul Teruk Tanpa Belas Kasihan Teman Lelaki Dayus, Murid 13 Tahun Ini Buat Laporan Polis

Dipukul teruk tanpa belas kasihan teman lelaki dayus, murid 13 tahun ini buat laporan polis. Walaupun baru menjalinkan hubungan cinta sebagai kekasih, dah ada yang berani ‘naik tangan’ terhadap pasangan masing-masing. Tu belum kahwin lagi, tak tau la apa nak jadi.

Dipukul Teruk

Itu terjadi kepada seorang pelajar perempuan ini apabila dikatakan telah menjadi mangsa pukul teman lelakinya hingga mendatangkan kecederaan teruk di bahagian bibir.  Remaja tersebut yang juga merupakan seorang instafamous, Amalin menjadi tular di laman Twitter gara-gara sikap panas baran teman lelakinya itu yang bertindak untuk memukul tanpa berfikir secara waras.

Hati-hati gadis semua

Melalui laman Instagram miliknya, pelajar berusia 13 tahun itu juga ada memuat naik beberapa posting berkaitan dengan kejadian tersebut.

“Terima kasih lah kepada yang talam tu, fitnah la lagi okey banyak banyak. Buat kat aku tak apa, aku maafkan. Jangan buat dekat orang lain, aku ni bukannya baik sangat tapi setakat nak ingatkan dosa memfitnah tu berat tu boleh lah eh. Lagi satu jangan cari lelaki yang jenis kaki pukul. You better move on,” tulisnya.

“Terima kasih daun keladi, ada masa tumbuk lah lagi. Kau nak lepas geram dengan perempuan nanti carilah aku, jangan pukul girls girls lain okey. BTW thanks you for those yang DM, post gambar kat story semua, komen bagi semangat semua, i will reply as soon as posibble. I really appreciate it, niat cuma nak nasihat perempuan lain jangan jadi bodoh je, tak sangka macam ni. girls take care of yourself okay, jangan jadi macam kita,” katanya.

Instafamous pun kena pukul?

Tinggalkan je laki macam ni.

Tergamak pukul anak dara orang!

Perghhh lelaki dayus!

Walau bagaimanapun, laporan polis yang dibuat sebelum ini telah ditarik balik oleh remaja perempuan tersebut. Mungkin dah jumpa jalan penyelesaian?

Biasa la, peringkat remaja ni banyak konflik identiti diri, dengan kekasih hati lagi. Tak berapa nak jelas mengenai kejadian yang berlaku antara mereka, tapi lebih baik kalau adik-adik belajar habis dulu ya!

Sumber : putriemiela , amalin

Artikel Lain

Boleh Ke Isteri Ambil Duit Suami Tanpa Kebenaran? Jangan Ambil Mudah!

Antara persoalan yang mungkin ramai para isteri belum tahu adalah berkaitan dengan persoalan, bolehkah kita sebagai isteri mengambil duit suami tanpa kebenaran dan pengetahuan mereka?

Nampak Mudah tapi berat

Nampak simple tetapi sebenarnya berat. Dan adalah berdosa si isteri jika tidak mengambil tahu tentang halal dan haram. Bolehkah isteri mengambil duit suami kerana keperluan tertentu dan suami hanya membeli barang keperluan dan kadang-kala bila suami tak ada, isteri tak ada duit untuk membeli keperluan makanan?

Dengan Kadar Perlu

Isteri boleh mengambil dari wang suaminya pada kadar yang perlu. Dalam satu hadis menceritakan tentang Hindun (Isteri Abu Sufyan) mengadu kepada Nabi tentang suaminya (Abu Sufyan) yang kedekut (tidak memberikan belanja yang cukupi untuk isteri dan anak-anak).

Ada Hadis Mengatakan

Nabi berkata kepada Hindun, “Kamu ambillah dari hartanya kadar yang mencukupi untuk kamu dan anak kamu mengikut kebiasaannya.” (Hadis riwayat al Jamaah). Namun isteri tidak boleh menyedekahkan duit itu kepada masjid atau memberinya kepada golongan memerlukan kerana duit itu hanya boleh digunakan untuk keperluan dirinya dan anak-anak sahaja.

Hadis itu menunjukkan, isteri boleh mengambil daripada harta suaminya pada kadar yang perlu. Perlu menjadi kebiasaan suami untuk menyediakan bukan sahaja keperluan dari segi barangan tetapi dari segi kewangan yang mampu untuk keperluan isteri dan anak-anak khasnya bila suami tiada di rumah bertugas di luar atau sebagainya, inilah yang dipanggil duit kecemasan. Kadang kita tak jangka perkara-perkara seperti anak sakit, barang dapur habis dan sebagainya apabila suami tiada di rumah. Suami harus berfikir jauh untuk keselesaan isteri dan anak-anak.

Kongsikan artikel ini.
  • 2.3K
  •  
  •  
  •  

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *