Doa & Ayat-Ayat Syifa Untuk Anak Tidak Sihat. Cara Selain Makan Ubat!

Doa & Ayat-Ayat Syifa Untuk Anak Sakit. Alternatif Selain Makan Ubat. Bila anak tak sihat, selain dapatkan rawatan doktor, ikhtiar melalui amalan bacaan ayat suci al-Quran juga antara yang boleh membantu.

BACA: Jika Kita Berkira Dengan Orang, Allah SWT Pun Akan Berkira Dengan Kita

Doa & Ayat-Ayat Syifa Untuk Anak Sakit. Alternatif Selain Makan Ubat!

Kadang kita terlupa bahawa yang menyembuhkan adalah Allah. Jika masih belum baik mintalah bersungguh-sungguh dengannya.

Berikut perkongsian dari Puan Yatie Eimra mengenai cara yang dilakukannya merawat batuk anak dengan doa dan ayat-ayat syifa penyembuhan. Moga dapat membantu semua ibu-ibu.

Awal bulan haritu, Fydh kena demam selesema & batuk lagi.. Batuk kali ni jenis yang kering tekak & gatal. Bila tekak terasa kering & gatal, mulalah terbatuk² non stop. Bila minum air masak, kuranglah sikit tapi tak lama lepas tu akan terbatuk² lagi.

Masa tu teruk sangat batuk dak Fydh ni, dalam 5 minit sekali mesti akan terbatuk². Bila kerap sangat batuk, tekak dia jadi luka. Sepanjang hari asyik menangis & meragam. Walaupun dah gi klinik, dah makan ubat, sapu balm & minyak bawang putih, layurkan daun sirih, buat urutan percussion & refleksologi, bagi minum air madu.. batuknya tetap non stop.. Sejak Fydh bayi, tak pernah sekali pun keadaan batuk dia tak kurang lepas gunakan daun sirih & buat urutan. Tapi hari tu, semua cara kurang berkesan.. Mati akal dibuatnya..

Kemudian barulah saya teringat.. Sejak dari awal urut, letak segala ubat sepanjang hari tu.. saya langsung tak baca basmallah..Langsung tak baca doa² & ayat² syifa’ yang saya selalu amalkan sebelum ni.. Sebabkan terlalu kalut, saya terlupa nak berdoa & minta pertolongan Allah! Seolah² saya lupa yang menyembuhkan tu adalah Allah.. Seolah² tak percaya ubat & urutan semua tu berkesan hanyalah dengan izin Allah!

Saya berdoa bersungguh² minta Allah permudahkan urusan & diberi kesembuhan, baca doa² syifa’ & tawakal.. Andainya tak kurang gak, memang nak bawak anak terus ke hospital je (memandangkan dah lewat malam & klinik pun dah tutup). Sebagai percubaan terakhir, saya layurkan daun sirih dalam pan berisi minyak bawang putih (campuran daun salam untuk bantu masalah berkaitan pernafasan). Kemudian urutkan bahagian dada, belakang serta tapak kaki anak sambil berdoa & baca ayat² syifa’ selama urut tu..

Tak lama lepas sapukan minyak & urut, alhamdulillah dengan izin Allah.. Batuk Fydh beransur kurang.. Malam tu dia boleh tidur lena & hanya sekali jer terbatuk ditengah malam. Syukur alhamdulillah, ya Allah..

Doa, Usaha, Istiqamah/Iktikad & Tawakkal

Doa adalah kekuatan & senjata orang mukmin.. Dalam apapun yang kita lakukan, janganlah lupa berdoa & minta padaNya..

Peringatan ni lebih kepada diri saya sendiri sebenarnya, sebab kadang² kita terlupa & yakin bahawa ubat/kaedah tertentu berkesan menyembuhkan penyakit.. Walau apa pun ubat & kaedah rawatan yang dicuba, kita perlu sentiasa berdoa pada Allah & remind diri sendiri hanya Allah jualah yang berkuasa menyembuhkan setiap penyakit tu. Ubat² ni sekadar asbab jer untuk sembuh..

USAHA

Walaupun ubat hanyalah asbab kesembuhan, tu tak bermakna kita perlu tolak perubatan moden ye. Kalau tolak sepenuhnya perubatan moden atau main ambil je sembarangan ubat, bukan jadi asbab kesembuhan, tapi boleh jadi asbab kemudaratan.

Itulah sebabnya kena usaha. Usaha cari penawar. Usaha cari ubat yang tepat. Saya pernah tengok rancangan dimana Ustaz Hanafi sebagai tetamu jemputannya. Tahukah korang, setiap usaha mencari ubat/penawar penyakit ni dikira sebagai jihad.. Mak² kat luar sana, kalau ada yang terpaksa bersengkang mata, menahan penat jaga anak yang sakit agar anak kembali sihat.. ketahuilah korang sebenarnya sedang berjihad..

Istiqamah & Iktikad

Andai kita diuji dengan masalah kesihatan, berdoalah & berusahalah cari penawarnya.. Doa & usaha perlu dilakukan secara istiqamah. Istiqamah – melakukan sesuatu dengan tekun, secara berterusan. Contohnya waktu ubat dijaga, makan ubat secara berterusan (habiskan). Bukannya bila teringat, baru nak makan ubat. Ubat pun makan kadang², doa pun jarang², lepas tu mengeluh Allah tak sembuhkan penyakit..

Iktikad – yakin dalam hati kita hanya Allah Yang Maha Berkuasa Menyembuhkan.. Andai tak pernah berhenti berdoa & tak pernah berhenti ikhtiar cari penawar, tapi belum diberi kesembuhan.. Yakinlah mungkin belum masanya lagi.. & Allah nak kita berusaha lagi a.k.a nak bagi lebih banyak pahala berjihad..

Tawakkal

Lepas buat sehabis baik, bertawakkal & berserah dirilah kepada Allah..

P/s: Kat sini saya sertakan doa syifa’ & ayat² mudah yang boleh mak² amalkan, bukan setakat untuk anak tapi untuk diri sendiri & keluarga gak.. Ni antara doa & ayat² syifa’ yang selalu saya amalkan.

Sumber: Pa & Ma

Kenapa Ada Empat Mazhab Dalam Islam?

Kenapa Ada 4 Mazhab Dalam Islam? Umum mengetahui di Malaysia, sejak dari kita dibangku pengajian awal agama lagi, kita telah […]

Lepas Wanita Ini Amalkan 2 Ayat Dari Surah At-Taubah, Tak Sangka Rezeki Datang Melimpah Ruah

Lepas Wanita Ini Amalkan 2 Ayat Dari Surah At-Taubah, Tak Sangka Rezeki Datang Melimpah Ruah. Mengamalkan wirid 2 (dua) ayat […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *