Doa Ketika Memulakan Pekerjaan atau Perniagaan & Habis Kerja, Amalan dan Tips Murah Rezeki!

0
8

Doa Ketika Memulakan Pekerjaan atau Perniagaan & Habis Kerja, Amalan dan Tips Murah Rezeki! Sebelum memulakan kerja, tugas, berniaga, keluar rumah, buat sesuatu atau pun selepas solat, kita digalakkan membaca doa supaya kehidupan kita lebih baik dan diberkati selain memohon kepada Allah agar rezeki yang kita terima itu adalah daripada sumber yang halal. Bacalah doa ketika memulakan kerja sama ada di awal pagi atau sebaliknya.

BACA:Wanita 25 Tahun Ke Atas Kena Tahu 6 Rahsia Jaga Kulit Wajah Kekal Cantik, Ramai Yang Terlepas Pandang!

“Ya Allah, sesungguhnya engkaulah Maha Pengampun lagi Maha Mulia yang menyintai orang yang memohon kemaafan, Ampunilah aku Ya Allah.”

“Aku memohon Keampunan kepada Allah yang Maha Agung, yang tiada Tuhan kecuali Dia yang Maha hidup dan Maha mendiri sendiri, Aku Bertaubat kepada-Nya.”

“Ya Allah, maafkanlah kesalahan kami, ampunilah dosa-dosa kami, dan berikan Rahmat kepada kami.”

“Ya Allah, cukupkanlah aku dengan rezekiMu yang Halal (hingga aku terhindar) dari yang Haram. Kayakanlah aku dengan anugerahMu (hingga aku tidak meminta) kepada selainMu.”

Amin ya rabbal alamin.

Maksud Dalam Rumi:

 

“Ya Allah, aku memohon kepada Mu kebaikan pekerjaan ini dan segala kebaikan yang ada di dalamnya dan aku berlindung pada Mu daripada keburukan pekerjaan ini dan segala keburukan yang ada di dalamnya. Sesungguhnya di atas segala sesuatu itu Engkaulah Yang Maha Berkuasa menentukannya. Aaminn.”

Doa Ketika Habis Kerja

Maksud Dalam Rumi:

“Ya Allah, aku serahkan pada Mu pekerjaanku dan jiwa ragaku, dan aku bertawakal kepada Engkau Ya Allah. Amin.”

Amalan dan Tips Murah Rezeki

 

Perniagaan semakin laris? Kerja dinaikkan pangkat dan gaji bertambah? Apa, doa, amalan, tips dan caranya untuk dapatkan semua tu? Sebenarnya semua ni atas kebijaksanaan kita sendiri selain meminta dan berdoa kepada Allah SWT, tapi antara tips terbaik seperti yang dikongsikan di laman Facebook adalah seperti berikut.

1. Murahkan Senyuman

Ketika berniaga, bertugas atau berkerja wajib untuk anda murahkan senyuman. Rasulullah SAW sendiri ketika berniaga amat pemurah dalam memberi senyuman kepada pelanggan dan bakal pelanggan.

Senyuman akan mengundangkan senyuman yang lain. Senyuman akan melembutkan hati rakan sekerja, prospek dan pelanggan untuk membina kemesraan. Jangan lupa, kalau mereka tidak membeli sekali pun, senyuman anda itu satu sedekah!

2. Bantu Rakan, Prospek dan Pelanggan

Apabila kita banyak membantu, nanti orang pula akan membantu kita. Setiap perniagaan adalah penyelesaian kepada sesuatu masalah. Apa sahaja penyelesaian, ia merupakan satu bantuan.

Fikirkan bagaimana perniagaan anda dapat membantu orang ramai. Sama ada sebelum mereka menjadi pelanggan anda atau selepas menjadi pelanggan anda. Lebih banyak perniagaan dapat membantu, maka lebih murah rezeki akan datang kepada perniagaan.

3. Kemas & Bersihkan Tempat Kerja & Berniaga

Sekiranya berkerja atau mempunyai kedai, pastikan pejabat atau kedai dalam keadaan kemas dan bersih sentiasa. Sekiranya menjalankan perniagaan Internet, sama juga. Pastikan meja tempat anda bekerja adalah sentiasa bersih dan kemas.

Keadaan tempat kerja yang kemas akan memudahkan perniagaan untuk menjadi lebih teratur. Kebersihan sekeliling akan memurahkan rezeki. Jangan lupa, kebersihan diri sendiri sebagai pemilik perniagaan juga perlu diutamakan.

4. Amalkan Doa Murah Rezeki Sebelum Kerja atau Berniaga

“Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kepada Engkau kebaikan hari ini, kemenangan-Nya, pertolongan-Nya, cahaya-Nya, keberkatan-Nya dan petunjuk-Nya. Dan aku memohon perlindungan kepada Engkau dari kejahatan sesuatu yang ada di dalamnya dan kejahatan sesuatu sesudahnya.”

Antara Doa Murah Rezeki Terbaik

Mencari rezeki yang halal, mengharap berkat dan redha Allah. Berbekalkan kudrat tulang empat kerat, bermandi peluh jerih demi memberi nafkah kepada keluarga, anak, isteri atau diri sendiri dan memastikan kelancaran hidup di dunia yang sementara ini.

“Hamba berserah diri kepada Mu ya Allah. Semoga Allah mempermurahkan rezeki hamba-hambaNya yang telah berusaha. Amin. Mudah-mudahan Allah memberkati sepanjang kehidupan kita di dunia dan akhirat.”

Semoga perkongsian doa-doa ketika memulakan pekerjaan dan perniagaan serta doa dan tips murah rezeki ini akan dimanfaatkan. Jadikanlah semua doa mula kerja dan akhir kerja ini sebagai amalan harian agar kita terus dipermudahkan rezeki yang melimpah ruah selain setiap pekerjaan dan perniagaan kita mendapat keberkatan daripada Allah SWT.

Sumber: Suka viral

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here