Doktor Sahkan Hayat Anak Dikandung Tidak Akan Lama. Ibu Ni Kongsi Pengalamannya!

Doktor Sahkan Hayat Anak Dikandung Tidak Akan Lama. Ibu Ni Kongsi Pengalamannya! Sungguh pilu membaca perkongsian dari seorang ibu ini. Hanya diberi peluang 24 jam untuk dapat bersama anak sulongnya sebelum kembali ke negeri abadi.

Ayuh kita selami kisah suka duka hidup di dunia ini. Bismillah..

2 Disember 2018

Nurul Maryam selamat dilahirkan secara normal. Kuatnya Maryam ni. Pukul 2.17 pagi dengan ayah yg sentiasa disisi.

Pukul 4 pagi

Doktor paeds jumpa ibu ayah. Maklumkan tentang Maryam. Potter syndrome. Tak pernah dengar kan. 1 dlm 30000 kes ni. Bukan genetic bukan masalah chromosomes. She just can last long for few hours. Ibu ayah dah bersedia InshaAllah pada masa tu.

Pukul 7 pagi.

Dr paeds jumpa ibu lagi. Maklumkan respon positif dari Maryam, bila diorang masukkan bantuan oxygen. Alhamdulillah. Ibu cukup bersyukur sebab ibu nak jumpa anak ibu ni. Anak ibu yang kuat ni.

Pukul 1130pagi

Ibu dapat jumpa Maryam. Cantiknya anak ibu. Subhanallah putih comel. Tapi, doktor kata, Maryam tak boleh bertahan lama, paru2 Maryam dah bocor.

Pukul 1230tghari

Maryam yang cantik dapat jumpa semua orang. Nenek pakcik makcik semua. And Maryam bukak mata bila ayah panggil. Maryam genggam jari ayah bila ayah panggil.

Pukul 5 petang

Orang tak henti2 melawat Maryam. Semua cakap Maryam cantik. Semua cakap Maryam kuat. Doktor buat scan lagi nak tahu apa masalah Maryam. Result scan menunjukkan Maryam tkde kidney, limpa and salur najis. Kesian anak ibu. Ibu redha Maryam. Ibu taknak Maryam sakit.

Pukul 8malam

Ibu kena demam menggigil. Sebab ibu tk rehat sejak lahirkan Maryam. Ibu kuat bangun lawan sakit sebab nak tengok Maryam. Bila sakit, ibu kena jugak rehat atas katil. Ibu rindu Maryam.

3 Disember 2018

Ibu terjaga. Terdetik dekat hati ibu. Apelah khabar Maryam ibu ni. Ibu terus cakap, Maryam sayang kalau sakit tak payah tahan. Pergilah. Ibu redha. Then lepastu, nurse datang ckp dgn ibu, nicu call nak jmpa ibu. Then i know Maryam dengar ape ibu ckp kan.

Bila ibu sampai, heartbeat Maryam dah drop smpai 44. Ibu cakap, Maryam tunggulah ayah. Ayah datang tu. Itulah pertama kali ibu dapat peluk Maryam dengan ada banyak wire yg berat. Sakit mulut anak ibu kan. Bila ayah datang, heartbeat Maryam jadi stabil balik. Manja dgn ayah ni. Ibu bagi ayah pegang pulak. Sebab tangan ibu dah lenguh.

3.35 pagi

Nurse kejut ibu sebab ibu tertidur dekat situ. “Puan Anak dah takde puan”. Allah luluhnya hati ibu dengar. Tq Maryam utk 24jam yg ada. @ Hospital Besar Melaka

Meninjau perkongsian terdahulu, ibu cekal ini juga ada muat naik apa yang dirasai dan dilaluinya bertarikh 12. 11 yang lalu. Setiap baris ayat memberi rasa yang sayu buat yang membacanya, apatah lagi buat yang menanggungnya.

Lebih kurang sebulan dah ibu ayah tahu keadaan awak kat dalam tu sayang. Tapi anak ibu masih bertahan. Kuatnya dia.

Lepas jumpa pakar lagi harini, keadaan awak tetap sama. Bengkak makin besar dalam perut awak. Air ketuban langsung takda. Tapi anak ibu tetap aktif jgk.

Tadi doc consult lagi. Kalini ibu kalah. Ibu nangis. Doc nasihat, ibu dgn ayah kena lebih bersedia. Kena redha dari sekarang. Ibu ayah kena kuat. Peratus utk awak hidup mmg tipis. Tapi ini semua kan kuasa Allah. Dia lebih mengetahui.

Untuk sampai ke tahap ni sayang, ibu dah redha dah. Tak pernah ibu rasa penat / menyesal ada awk dekat dalam ni. Tak pernah ada rasa marah sebab jadi semua ni. Tak pernah salahkan sesiapa. mungkin ini cara Allah hapus dosa ibu ayah yang dulu. Mana tahu kan?

Lagi sekali, ibu memang dah redha. Ibu tawakal utk apa yg akan jadi lepas ni. Kita rehat je dulu. Hargai masa yang ada. Selagi awak ada kat dalam ibu dah cukup bahagia dah. Banyak lagi perkara yg patut ibu syukurkan. Salah satunya, dapat suami yang sangat penyabar, sokong ibu tak kira masa.

And ayah sentiasa ada utk ibu. Tak pernah sikit pun dia mengeluh kena ulang alik hosp ni. Tq abang @ifwatishak ada mak yg sentiasa doakan utk ibu. Ada mertua yg sgt penyayang. Ade family yg sentiasa support ibu utk kuat. Ada kawan kerja yang sgt memahami. Cukup semuanya.

Sumber : Nurul Nadia Ismail

Kongsikan artikel ini.
  • 261
  •  
  •  
  •  

Kawan Baik Isteri, Rupanya Bekas Teman Wanita.. Tapi Kami Bahagia!

Kawan Baik Isteri, Rupanya Bekas Teman Wanita.. Tapi Kami Bahagia!. Pernah tak masa zaman sekolah anda terlibat dengan cinta monyet? […]

‘Agama Bukan Periuk Nasi’ – Mujahid Nafi Sekat Penceramah Berdakwah

‘Agama Bukan Periuk Nasi’ – Mujahid Nafi Sekat Penceramah Berdakwah. Baru-baru ini, tular senarai nama 10 penceramah antaranya Datuk Mohd […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *