Dunia Akan Bergelap Selama 40 Hari, Gejala Jerebu Ingatkan Tentang Peristiwa ‘Dukhon’

Dunia Akan Bergelap Selama 40 Hari, Gejala Jerebu Ingatkan Tentang Peristiwa ‘Dukhon’. Susulan daripada kebakaran hutan lebih 1000 hektar di Kalimatan, Indonesia. Negara kita turut mendapat tempiasnya, apabila tahap jerebu sudah semakin membimbangkan.

BACA: Rahsia Kalau Nak Sentiasa ‘Diberi’ Rezeki, Lakukan 4 Amalan Ini Tanpa Jemu

Boleh dikatakan, setiap hari tahap bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak menunjukkan pengurangan, maka bermula ada pihak yang saling menunding jari antara satu sama lain.

Jerebu ingatkan tentang peristwa Dukhon

Namun, disebalik gejala jerebu yang sedang melanda, ada yang sudah mula mengaitkan dengan salah satu tanda kiamat iaitu peristiwa dukhon (kabut asap)

Dalam surah ke 44 Ad Dukhan, di penghujung zaman nanti dimana antara tanda kiamat, akan ada satu masa datangnya asap yang nampak nyata dan tebal.

“Maka tunggulah hari ketika langit membawa asap yang nyata.” (Ad-Dukhan:10)

Dunia akan bergelap gelita selama 40 hari

Ad Dhukhan yang bermaksud asap atau jerebu, menjelaskan asap tebal akan muncul dan ketika itu ada yang mengatakan bahawa bumi akan bergelap selama 40 hari 40 malam dimana ketika itu tiada sumber elektrik dan tiada sumber makanan.

Banyak hutan yang terbakar, dunia semakin panas

Tidakkah kita terfikir sebenarnya dunia kita ini sudah semakin uzur, jika dapat kita kenangkan semula, bukan di Indonesia sahaja yang ditimpa kebakaran hutan.

Malah, beberapa negara seperti Greece, Spain, Turkey, France, Russia dan hutan Amazon di Brazil juga mengalami kebakaran hutan yang besar.

Bayangkanlah, hutan Amazon yang sebelum ini menjadi paru-paru dunia kini telah terbakar sehingga 900 hektar luasnya, lebih menyedihkan kebakaran tersebut tidak dapat dihentikan.

Hutan

Difahamkan, kebakaran yang berlaku ini terjadi di dalam bulan Julai, Ogos da September yang menyebabkan suhu bumi naik mendadak dan semakin panas.

Bukan mahu menakut-nakutkan, tetapi kita perlu menerima kenyataan bahawa satu hari nanti dunia yang kita banggakan ini dengan sekelip mata mampu menjadi debu.

Oleh itu, ambilah peristiwa jerebu yang sedang berlaku ini sebagai satu peringatan untuk kita sentiasa ingat akan adanya hari pembalasan, maka perbanyakkan amalan dan ibadah untuk persediaan kita menghadapinya.

Sumber : Surah Ad-Dhukhan & Almaswa Haji Che Ros

Waktu Mustajab Doa Di Hari Jumaat

Ramai Yang Tak Tahu Ada Waktu Mustajab Doa Di Hari Jumaat. Senjata terbesar yang dimiliki umat manusia adalah doa. Doa […]

Checklist Umrah Wanita, Ini Antara Senarai Barangan Keperluan

Checklist Umrah Wanita, Ini Senarai Barang Keperluan Umrah. Sesiapa sahaja yang mendapat peluang untuk mengerjakan haji atau umrah, pastinya tidak […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *