‘Fed Up’ Jadi Gemuk, Satu Keluarga Nekad Nak Kurus Dan Sado Sama-Sama!

‘Fed Up’ Jadi Gemuk, Satu Keluarga Nekad Nak Kurus Dan Sado Sama-Sama! Keluarga bahagia dan kesihatan yang baik merupakan antara komponen penting dalam hidup seseorang dalam mencapai kehidupan yang bermakna.

Dalam kesibukan mengejar material, ramai orang terlupa nikmat keluarga dan kesihatan sehingga mengabaikan kedua-duanya secara tidak sedar.

Fokus Untuk Kurus

Jangan tunggu sehingga anda sakit dan tidak mampu membelanjakan kekayaan (yang dicari selama ini). Kata-kata ini mengingatkan kita agar tidak terlalu memfokuskan kepada mengejar harta sehingga terlupa menjaga kesihatan. Oleh itu, hargailah nikmat sihat sebelum sakit, muda sebelum tua dan lapang sebelum waktu sempit.

Jaga Kesihatan

Satu keluarga di China baru-baru ini menarik perhatian orang ramai dengan imej baru mereka setelah 6 bulan bersama-sama melakukan senaman untuk menurunkan berat badan dan mencapai fizikal yang ideal.

Dicadangkan Oleh Anak Lelaki

Idea ini dicadang anak lelaki mereka, Jesse yang mengajak mereka sekeluarga untuk mengamalkan gaya hidup sihat. Pada awalnya, dia mengajak si bapa yang mengalami tekanan disebabkan ketagihan alkohol untuk sama-sama berlari dengannya setiap hari.

Kedua-dua beranak itu memulakan senaman dengan hanya berjalan laju sebelum mula berjoging dan bersenam di gimnasium. Sepanjang proses itu, Jesse merekodkan ukuran badan mereka setiap 10 hari bagi memantau perubahan mereka berdua. Tidak lama kemudian, ibu dan isterinya turut menyertai cabaran gaya hidup sihat itu.

Jom jadikan mereka inspirasi untuk sama-sama sihat. Bukan sahaja sihat, hubugan kekeluargaan pun makin erat.

Sumber: Elite Readers

Touch ‘n Go Beri Peringatan ‘Page FB’ Palsu, Orang Ramai Jangan Terpedaya Dengan Jualan Smart Tag Murah

Touch ‘n Go Beri Amaran ‘Page FB’ Palsu, Orang Ramai Jangan Terpedaya Dengan Jualan Smart Tag Murah. Touch ‘n Go […]

Firdaus Wong Failkan Saman RM2 Juta Ke Atas Siti Kassim

Firdaus Wong Failkan Saman RM2 Juta Ke Atas Siti Kassim. Pendakwah Islam, Firdaus Wong Wai Hung, hari ini telah menfailkan […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *