Fiesta Belon Udara Panas Putrajaya Kembali Lagi!

Fiesta Belon Udara Panas Putrajaya Kembali Lagi! Acara tahunan Putrajaya iaitu Pesta Belon Udara Panas Antarabangsa Putrajaya (MyBalloonFiesta) 2019 bakal menemui anda buat kali ke-10 di Presint 2! Bagi anda yang ingin merasai pengalaman menaiki belon udara panas, boleh memilih mana-mana tarikh pesta ini yang bakal berlangsung selama empat hari bermula 28-31 Mac.

Luangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan dengan pelbagai aktiviti yang menarik sesuai untuk semua peringkat umur. Pada pesta ini anda dapat melihat persembahan belon udara panas berterbangan bebas secara serentak.

Aktiviti Lain

Selain itu, beberapa aktiviti lain turut dimuatkan termasuklah berpeluang untuk menaiki belon udara panas yang bertambat bersama MyBalloonClub atau mahu menyaji mata bersarapan sambil menikmati pemandangan berwarna-warni di udara di Zon Piknik.

Acara kemuncak yang paling dinanti-nantikan semestilah ‘Night Glow’ yang mana cahaya lampu dari belon udara panas pelbagai bentuk bergemerlapan mengikut rentak muzik juga akan kembali pada tahun ini dengan satu kejutan yang berbeza.

Aktiviti Bakal menanti

Antara aktiviti lain yang bakal menanti anda pada musim cuti sekolah Mac ini, termasuklah pameran iglu belon yang diperbuat daripada belon kitar semula, Zon Korporat bagi pameran produk serta Zon Makan dan Minum untuk anda menikmati pelbagai juadah yang disediakan.

Dalam pada itu, 20 belon udara panas pelbagai bentuk dan warna dari seluruh dunia dijangka akan menyertai pesta tahun ini. Antara negara yang mewakili pesta ini termasuklah Belgium, United Kingdom, Sepanyol, Taiwan, Thailand dan semestinya Malaysia.

Sebarang maklumat lanjut tentang aktiviti pesta ini boleh didapati di laman rasmi MyBalloonFiesta.

Sumber: himpunan Cerita lawak

“Makcik tiada duit, yuran yang perlu dibayar melebih RM1,000 tapi makcik dah berkongsi masalah kami dengan cikgu sekolah di sini.”

“Makcik tiada duit, yuran yang perlu dibayar melebih RM1,000 tapi makcik dah berkongsi masalah kami dengan cikgu sekolah di sini.”. […]

Tarif Air Dijangka Naik, Kenaikan Tidak Akan Beban Rakyat – Menteri Air, Tanah Dan Sumber Asli

Tarif Air Dijangka Naik, Kenaikan Tidak Akan Beban Rakyat – Menteri Air, Tanah Dan Sumber Asli. Kadar tarif air mungkin […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *