[Foto] “Ini Pemandangan Rare!” – Orang Ramai Teruja Melihat Koleksi Gambar Terbaik Dunia Dan Juara Peringkat Asia Ini

“Ini Pemandangan Rare!” – Orang Ramai Teruja Melihat Koleksi Gambar Terbaik Dunia Dan Juara Peringkat Asia Ini. Hari ini jarang sekali untuk dapat melihat anak-anak bermain di luar. Bagaikan sesuatu benda pelik bila nampak ada anak-anak yang bermain bersama teman-teman. Bukan nak kata di bandar-bandar besar, malah di kampung juga sama.

Namun berbeza dengan koleksi gambar ini. Kelihatan seorang budak sedang bermain dengan sekumpulan kerbau dengan pelbagai reaksi wajah menarik perhatian netizen. Saya sendiri yang melihatnya pun rasa tidak ternilai sangat!

Dikhabarkan himpunan gambar ini telah memenangi 20 gambar terbaik dunia dan juara di peringkat Asia.

Antara Gambar;

Memang patutlah menang. Lihat sahaja hasil gambar-gambar ini. Cukup menarik dan dan bagaikan ada kisah yang hendak diberitahu melaluinya.

Gambar pelajar

Menerusi posting Che Zamri Omar, budak di dalam gambar-gambar itu adalah pelajar SMK Padang Midin, Kuala Terengganu, Terengganu dan kerbau-kerbau itu adalah peliharaan bapa pelajar tersebut.

Salah seorang pengguna Facebook, Wayne Ally memberitahu gambar tersebut adalah hasil seni dari Dallah Deen. Malah dia turut berkongsi dua gambar lain yang dihasilkan jurufoto tersebut.

Memang hidup betul foto yang diambilnya. Macam hidup dan berseni habis!

Rata-rata netizen turut teruja dan meninggalkan komen seperti berikut:

Sumber: HCL

Kongsikan artikel ini.
  • 1.2K
  •  
  •  
  •  

Kalaulah Saya Penguatkuasa, Saya Tak Sita, Saya Akan Bimbing – Uncle Kentang

Kalaulah Saya Penguatkuasa, Saya Tak Sita, Saya Akan Bimbing – Uncle Kentang. Siapa yang tak mengenali Unlce Kentang? Kuan Chee Heng seorang aktivis […]

“Hanya Disebabkan Tidak Berpuas Hati Pasal Futsal Sembilan Lelaki Bertindak Memukul Empat Beradik…”

“Hanya Disebabkan Tidak Berpuas Hati Pasal Futsal Sembilan Lelaki Bertindak Memukul Empat Beradik…”Tindakan sembilan lelaki membelasah empat beradik lelaki di […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *