Gangguan bekalan air berjadual di 20 kawasan terlibat mulai Sabtu dan Ahad ini

Gangguan bekalan air berjadual di 20 kawasan terlibat mulai Sabtu dan Ahad ini. Beberapa kawasan di pusat bandaraya Kuala Lumpur dan kawasan sekitarnya akan mengalami gangguan bekalan air berjadual pada Sabtu dan Ahad ini.

Menurut laman web Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS), gangguan bekalan air itu akan bermula dari jam 9.00 malam Sabtu, 12 Januari 2019, hingga jam 11.00 malam Ahad, 13 Januari 2019.

Gangguan bekalan air itu ekoran hentitugas Loji Rawatan Air Bukit Nenas bagi pelaksanaan kerja-kerja pembaikan kebocoran serius paip air mentah.

Antara kawasan-kawan yang terlibat adalah:

Bukit Bintang, Imbi, Pudu, Bukit Ceylon, Jalan Sungai Besi, Pusat Bandaraya Kuala Lumpur, Bukit Damansara/Damansara Heights, Seluruh kawasan Bangsar termasuk taman-taman perumahan, Titiwangsa, Sentral, Bukit Persekutuan, Kampung Attap, Taman Duta, Bukit Tunku, Kampung Baru, Taman SA, Brickfields, Kampung Datuk Keramat, Taman Tasik Perdana (Taman Botani Perdana), Chow Kit, Pekeliling.

SYABAS menasihat semua pengguna di kawasan-kawasan terlibat untuk menyimpan bekalan air yang mencukupi sebelum kerja-kerja pembaikan dan penutupan bekalan air bermula.

Difahamkan, bantuan bekalan air kecemasan akan digerakkan dan Pusat Khidmat Setempat di parkir HKL, Jalan Tun Razak akan diaktifkan serta beroperasi bermula jam 8.00 malam Sabtu, 12 Januari 2019 bagi memberi bantuan kepada pengguna.

Sumber: SYABAS Via The Reporter

Kongsikan artikel ini.
  • 732
  •  
  •  
  •  

Mohd Syukor, Budak Lelaki Luar Biasa, Cuit Hati Netizen Selepas Gambarnya Memenangi Anugerah Antarabangsa

Mohd Syukor, Budak Lelaki Luar Biasa, Cuit Hati Netizen Selepas Gambarnya Memenangi Anugerah Antarabangsa. Baru-baru ini gambar seorang budak lelaki […]

Berita buruk: Suhu lautan dunia sebenarnya meningkat dalam rekod lebih pantas – Kajian

Suhu lautan sedunia semakin meningkat dalam rekod bacaan yang lebih pantas, sekali gus menunjukkan bahawa pemanasan global terus berlaku dan […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *