Genap 2 Tahun Tragedi Pusat Tahfiz, Sedih Bila Terkenang Jeritan ‘Anak Syurga’

Genap 2 Tahun Tragedi Pusat Tahfiz, Sedih Bila Terkenang Jeritan ‘Anak Syurga’. Kema tian yang menghidupkan, biarpun sudah genap dua tahun berlalu tragedi duka yang menimpa pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah masih lagi segar dalam ingatan seluruh rakyat Malaysia.

BACA: Kenyataan Biadab, Pemuda Mohon Maaf Dengan Institusi Diraja

Pagi 14 September 2017 gempar tatkala api marak ‘menelan’ bangunan tiga tingkat itu serta membakar 24 tubuh didalamnya sehingga rentung.

Genap 2 Tahun Tragedi Kebakaran Pusat Tahfiz, Sedih Bila Terkenang Jeritan ‘Anak Syurga’

Dikatakan bahawa mereka yang terkorban adalah terdiri daripada 24 pelajar dan dua orang warden yang menginap di situ.

Pelbagai spekulasi timbul, ramai yang berteka-teki tentang punca terjadinya insiden tragis hingga membunuh anak-anak syurga.

Pada mulanya, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur menyatakan bahawa kebakaran itu tercetus apabila berlakunya litar pintas namun siapa sangka, hanya kerana perbuatan ejek mengejek, nyawa akhirnya menjadi taruhan.

Ya, kebakaran di pusat tahfiz itu disahkan sebagai khianat di mana tujuh remaja berusia antara 11 hingga 18 tahun didakwa terlibat.

Kejadian yang menghebohkan seluruh negara itu menaikkan lagi kemarahan masyarakat apabila rakaman CCTV kejadian berkenaan tersebar di media sosial.

Suspek kelihatan mencuri masuk ke dalam kawasan psuat tahfiz itu sambil membawa tong gas. Menurut pihak polis, mereka juga menggunakan satu bahan pembakar digunakan untuk mempercepatkan proses kebakaran.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata jasad ditemui di dua kawasan berasingan di bangunan tersebut. Siasatan juga mendapati keadaan 24 mayat rentung dan bertindih antara satu sama lain akibat kebakaran itu.

Wajah anak-anak yang terkorban

Surat terakhir dari salah seorang anak kecil yang menjadi mangsa tragedi tersebut. Warga twitter kembali mengenang persitiwa yang berlaku genap dua tahun itu, raat-rata mereka menzahirkan perasaan sebak dan masih tidak boleh melupakan insiden sadis yang menimpa anak-anak kecil berkenaan.

Tak pernah lupa, perasaan gembira bertukar sebak bila tahu tentang tragedi ini. Masih ingat aku pernah lalu depan pusat tahfiz tu, pandang je dah terdengar jeritan kanak-akank saat api menjilat tubuh mereka yang terperangkap

Dah dua tahun berlalu, rasa macam baru je berlaku

Tak boleh lupa suara-suara dalam video kebakaran tu. Pengajaran bagi kita sebenarnya bilamana Allah menarik sedikit demi sedikit Ulama. Fuqaha, Hafiz Hafizah dan Ilmuan Islam.

Sumber: Siakap keli

Kenyataan Biadab, Pemuda Mohon Maaf Dengan Institusi Diraja

Kenyataan biadab, Pemuda Mohon Maaf Dengan Institusi Diraja. Semalam, rakyat jelata dikejutkan dengan kehilangan akaun Twitter Raja Permaisuri Agong Tunku […]

Video Lelaki Dikunjungi Wanita Misteri Setiap Kali Waktu Mahgrib, Buat Ramai Seram!

Video Lelaki Dikunjungi Wanita Misteri Setiap Kali Waktu Mahgrib, Buat Ramai Seram! Pertama kali tengok video dia meracau, memang meremang […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *