Gerhana bulan berlaku awal pagi esok, tiada solat sunat Khusuf dilakukan

Gerhana bulan berlaku awal pagi esok, tiada solat sunat Khusuf dilakukan. Jika sebelum ini rakyat di Malaysia telah berpeluang melihat sendiri fenomena gerhana matahari penuh berbentuk cincin, pagi esok, gerhana bulan pula terjadi lebih kurang jam 1 pagi.

berlaku awal pagi esok, tiada solat sunat Khusuf dilakukan

BACA: “2/3 hari tak makan…”- Hidup berubah, pelakon cilik Puteri Balqis akui terpaksa ikat perut

Ketika gerhana matahari yang berlaku pada 26 Disember 2019 yang lepas, umat Islam digalakkan menunaikan solat sunat gerhana secara berjemaah bersama-sama.

Tidak diharuskan solat sunat gerhana

Gerhana bulan

Namun, bagi gerhana bulan pada pagi nanti, solat sunat gerhana tidak diharuskan untuk dilakukan kerana permukaan bulan hanya akan mengalami sedikit sahaja perubahan warna.

Kesan gelap tak dapat dilihat

Gerhana bulan

 

Penerangan yang lebih terperinci telah dilakukan oleh laman Facebook Bahagian Falak Dan Sumber Maklumat – Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan bagi memperjelaskan keadaan tersebut.

Gerhana bulan

Gerhana bulan penumbra ini akan mula dilihat sekitar awal pagi ini iaitu kira-kira jam 1 pagi 11 Januari 2020.

Ia berkemungkinan tamat sekitar jam 5 pagi esok dan dapat disaksikan di negara-negara Eropah, Australia, Afrika dan juga Asia.

Sumber : Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan 

“2/3 hari tak makan…”- Hidup berubah, pelakon cilik Puteri Balqis akui terpaksa ikat perut

“2/3 hari tak makan…”- Hidup berubah, pelakon cilik Puteri Balqis akui terpaksa ikat perut. Di usia yang masih kecil, bakat lakonan […]

Selepas Nasi & Pizza Boba, Kini Ada Krim Boba Milk Tea Pula!

Selepas Nasi & Pizza Boba, Kini Ada Losyen Badan Boba Milk Tea Pula! Sudah masuk tahun 2020, tetapi trend boba milk […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *